CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1732|Reply: 0

[Pulau Pinang] TNB bantu PLUS pulihkan gangguan elektrik

[Copy link]
Post time 2-10-2021 11:30 PM | Show all posts |Read mode
TNB bantu PLUS pulihkan gangguan elektrik[size=0.8][size=0.9]Hafidzul Hilmi Mohd Noor
[email protected]



Kuala Lumpur: Tenaga Nasional Berhad (TNB) bekerjasama dengan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam menangani gangguan bekalan elektrik di Jambatan Pulau Pinang semalam.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, TNB berkata, kerjasama segera diberikan untuk mengembalikan bekalan sepenuhnya sebaik kerja baik pulih oleh PLUS selesai.

"Hasil semakan dengan pihak PLUS mendapati gangguan berpunca di bahagian pihak PLUS yang sedang giat menjalankan kerja-kerja pemulihan bekalan.

"Pengujian atas bekalan yang disalurkan TNB ke jambatan pula mendapati kabel TNB berada dalam keadaan baik dan bekalan di pihak TNB sedia untuk dibekalkan," menurut kenyataan itu.

Semalam, pengguna di Jambatan Pulau Pinang terpaksa 'bergelap' selepas jambatan utama yang menghubungkan bahagian pulau dan Seberang Perai itu mengalami gangguan bekalan elektrik.

PLUS turut mengeluarkan kenyataan mengesahkan gangguan yang berlaku dan semua lorong tol di jambatan berkenaan yang terjejas sejak malam semalam kembali berfungsi hari ini.


Disiarkan pada: Oktober 2, 2021 @ 10:17pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.124278 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list