CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chumpon

Sejarah Republik Singapura

[Copy link]
 Author| Post time 15-6-2006 10:17 AM | Show all posts


begitu indah Singapura.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2006 08:25 PM | Show all posts
aku dgr sukukata SI dalam MALAYSIA adalah SINGAPURA... btul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2006 03:54 PM | Show all posts
Sejarah Singapura

DESAKAN Singapura supaya Pusat Pemeriksaan Imigresen Kastam dan Kuarantin (CIQ) Malaysia di Tanjong Pagar dipindahkan ke Woodlands, seperti yang sedang hangat diperkatakan sekarang benar-benar menyentap maruah Malaysia sebagai negara berdaulat.

Walaupun pajakan tanah itu berjalan untuk 999 tahun, tetapi tindakan Singapura itu seolah-olah mahu menghalau Malaysia dengan menggunakan fasal dalam perjanjian itu sendiri. Sebuah perjanjian yang mengikat kedua-dua pihak sepatutnya dihormati dan hanya akan dibubarkan jika kedua-dua pihak bersetuju.

Pihak Malaysia yang membekalkan Singapura dengan air mentah dan membenarkan tanah-tanah di Johor dibeli oleh rakyat Singapura, tidak pernah membuat tindakan yang boleh mengganggu kepentingan Singapura seperti yang telah dipersetujui dalam mana-mana perjanjian yang dibuat sejak dahulu sehingga sekarang.

Malaysia sentiasa menunjukkan sikap setia kawan yang cukup tinggi bukan sahaja kepada Singapura tetapi juga kepada negara jirannya yang lain, terutama dalam menjaga kepentingan ASEAN sebagai sebuah organisasi ekonomi, budaya dan kerjasama serantau.

Oleh itu, untuk menjaga kestabilan politik serantau, Singapura patut lebih bertimbang rasa dan menjaga integritinya sebagai negara bertamadun. Malah, Singapura, sebagai adik kandung Malaysia yang dilepaskan untuk berdiri sendiri di rantau Kepulauan Melayu ini, patut sekali menggunakan hubungan sejarah, geografi, budaya, bahasa dan demografi yang telah dibentuk oleh sejarah, dalam tindakannya kepada Malaysia. Singapura tidak boleh menghakis kesemua hubungan itu dengan begitu sahaja tanpa memikirkan implikasinya untuk jangka panjang.

Temasik adalah nama asal Singapura dibentuk dari perpecahan kerajaan Melayu Sri Wijaya. Ia ditukar nama Singapura kerana kehebatan sang Singa sebagai raja rimba Singapura, yang kini terus menjadi lambang Singapura. Setelah dikalahkan oleh Majapahit, kerajaan itu terus berpindah ke Melaka.

Kemunculan Melaka sebagai sebuah empayar terus mengekalkan Singapura, Johor, Pahang, Terengganu, Klang dan Pantai Timur Sumatera sebagai takluknya. Kejatuhan Melaka pada 1511, membangkitkan Johor Lama sebagai pusat kerajaan Melayu; ia kemudian dipindahkan ke Riau-Lingga sebagai penempatan terakhir serpihan kerajaan Melaka, Singapura dan Johor tetap menjadi jajahan taklukannya.

British membeli Singapura daripada Sultan Hussein Shah, raja bagi Johor dan Singapura, setelah empayar Melayu Riau-Lingga dipecah dua oleh British dan Belanda melalui Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1874.

Dengan pendudukan British di Semenanjung Tanah Melayu pada 1874 dan seterusnya, Singapura dijadikan pusat pentadbiran British bagi Semenanjung Tanah Melayu. Hanya pada tahun 1946, British memecahkan Singapura sebagai satu unit politik bebas dari Persekutuan Tanah Melayu. Namun, pada tahun 1963, Singapura sekali lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Singapura sebenarnya terhutang budi kepada Malaysia di sepanjang usia kewujudan negara itu sebagai sebuah negara merdeka. Singapura tidak akan muncul sebagai sebuah negara merdeka tanpa memasuki Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1963, di atas dorongan dan tajaan British. Persekutuan Tanah Melayu pimpinan Tunku Abdul Rahman telah diminta oleh British supaya mengambil Singapura sebagai rakannya dalam sebuah gabungan atau Persekutuan British telah menggunakan alasan keselamatan politik Singapura dari ancaman komunis sebagai umpan untuk memujuk Tunku Abdul Rahman.

Kata Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom di Kuala Lumpur G.W. Tory: ''I agree entirely with the recommendation of the Conference that the United Kingdom Government should accept as their aims the policy of working towards a political association between Malaya, Singapore, and the North Borneo Terrotories.

In my view, the best hope for stability and successful resistence to Communist encroachment in South East Asia in long term lies in Malaya, and in the continuation of strong and friendly Government in Malaya lies the best prospect of maintaining Commanwealth influence in the area.

I believe Mr. Lee Kuan Yew himself puts it no less-that Singapore, if deprived of hope of independence through merger with the Federation, will gradually move to left and thus become increasingly a security danger to Malaya.

Unless therefore we prepared to contemplate maintaining for ever both our position of military strength and our residual rights over external affairs and external defence in Singapore, as I know the Tunku in his present mood would wish us to do so, we ought in our own interest to be actively seeking some means of 'containing' Singapore which would both satisfy Singapore's constitutional ambition and restrain her from dangerous political development.

The association of Malaya, Singapore and the Borneo Territories to which the Inter-Territorial Conference has, referred offers the only obvious solution to this problem. (CO1030/978, Proposed State of Greater Malaysia, 54/4/01/Part B, Office of High Comissioner For The United Kingdom, Kuala Lumpur to Secretary of State for Commonwealth Relations, 1st. December 1960).

Petikan ini jelas menunjukkan beberapa perkara penting. Namun yang paling penting ialah ada agenda politik untuk menyelamatkan Singapura dan parti Parti Tindakan Rakyat (PAP) daripada pengaruh golongan radikal dan unsur komunisme yang dikatakan sedang berkembang di Singapura. Unsur-unsur radikal dalam PAP telah mencabar kepimpinan Lee Kuan Yew.

Tunku telah dapat diyakinkan oleh Lee Kuan Yew bahawa percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu adalah langkah terbaik untuk menyekat pengaruh komunis daripada berkembang dan menguasai kerajaan Singapura yang merdeka. Lee Kuan Yew bimbang keadaan ini akan meletakkan Persekutuan Tanah Melayu dalam keadaan bahaya ancaman Komunis. ''If the mighty United States could not deal with a communist Cuba in the Carribean, it is difficult to see how the small Federation could cope with independent Communist Singapore on its very doorstep. A batik curtain would be too flimsy, too permeable, too inflammable... the British could not hold longer'', kata seorang pengkaji (Mohamamed Nordin Sopiee, From Malayan Union To Singapore Separation, UMP, Kuala Lumpur, 1974, hlm. 138).

Rancangan untuk menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu ini telah dibuat sebagai langkah pertama British sejak awal tahun 1960 lagi apabila perancangan dibuat untuk British melepaskan tanggungjawab politiknya di rantau ini.

Pujukan kepada Tunku Abdul Rahman untuk menerima Singapura sebagai adiknya dikemukakan kepada Tunku dalam mesyuarat Perdana Menteri Commonwealth pada bulan Mac 1961. Ini dilakukan dengan baik; bagaimanapun Tunku Abdul Rahman menolaknya kerana bimbangkan jumlah penduduk Cina Singapura akan mengatasi jumlah orang Melayu apabila kedua-duanya disatukan. Ini akan memberi implikasi yang buruk ke atas kedudukan politik Tunku Abdul Rahman sendiri, yang sentiasa bergantung kepada undi orang Melayu.

Kata perisik British:

''The Tunku has now recognised that Singapore's separation from the Federation is in some ways more dangerous than merger with it. Nevertheless, the problem of Chinese numerical superiority remains. The Tunku has found his solution to it by making merger with Singapore conditional upon merger also with Borneo territories.

''It was essential to solve this problem because the Tunku reckons that the prospect of losing Malay predominance would be fatal to his position with the Malay electorate the PIMP, whose political fortunes are on the wane, would gladly seize any opportunity of attacking him on the ground of his endangering the Malays' present position in the Federation.

If they succeeded, not only would his plan for Malaysia probably fail, but his political position in the federation might be endangered and with it the chances of achieving a multi-racial Malaya free from communism.'' (CO1030/987, Proposed State of Greater Malaysia, 59/4/13, Part M.

Tunku telah menolak percantuman dengan Singapura; sebaliknya telah meminta Sarawak dan Borneo Utara serta Brunei dimasukkan ke dalam Persekutuan Malaysia. Bagi Tunku, 6.82 juta penduduk Persekutuan ketika itu akan bertambah kuat dengan tambahan 1.25 juta penduduk bumiputera Sarawak dan Borneo Utara. Singapura mempunyai 1.63 juta penduduk 90 peratus adalah keturunan Cina.

Dengan dasar kerakyatan yang begitu terbuka, Tunku percaya jumlah orang Melayu dan bumiputera akan menjadi sama rata dengan bukan Melayu.

Dengan dasar diplomatik British yang begitu hebat dan ketegasan Tunku terhadap gabungan dengan jajahan takluk British di Borneo sebagai seimbang penduduk Malaysia, Malaysia telah ditubuhkan.

Walaupun terdapat bantahan politik, diplomatik dan ketenteraan daripada Revolusi Brunei, Indonesia, Filipina, Parti Komunis China dan Rusia, tetapi dengan sokongan British dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963.

Apa yang jelas di sini ialah bagaimana Singapura telah menggunakan British untuk memujuk Tunku supaya bersatu dengannya bagi memudahkan kemerdekaan Singapura. British sendiri tidak bersetuju dengan kemerdekaan secara persendirian oleh Singapura kerana Pertubuhan Pertahanan Asia Tenggara (SEATO) yang berpangkalan di Singapura sangat mustahak bagi menjaga keselamatan kepentingan British di rantau ini.

Perjanjian Pertahanan Malaya dan British 1957 dalam kerangka pertahanan Commonwealth juga akan dipertahankan bersama-sama kepentingannya dalam SEATO, untuk tempoh 25 tahun lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2006 03:55 PM | Show all posts

sambungan....

Kata seorang pegawai kanan British:

''The United Kingdom Government have a constitutional responsibility for Singapore and the Borneo Territories and for guiding their future as far as practicable in the direction of the agreed aim for all United Kingdom dependent territories of full self government within Commanwealth.

In the long run the political stability and prosperity of the area is the best if not the only guarantee against subersion by Communist movements and outside aggression. We have political interests and strategic obligations connected with the defence of Malaya, Australia, New Zealand and Hong Kong, the protection of our cummunications with these countries and our obligations to SEATO.

The United Kingdom also has important economic interests in the region.'' (CO1030/980, Proposed State of Greater Malaysia, 59/4/01, part D, Comissioner General For South East Asia, Singapore, to Ian Mac-Leod, M.P., 27th June 1961).

Dengan itu pertimbangan British dan desakan Singapura telah memaksa Tunku Abdul Rahman membentuk Malaysia walaupun ditentang oleh parti-parti pembangkang dalam negeri dan kuasa-kuasa luar.

Pihak Singapura telah menggunakan masalah dalamannya dan ancaman komunis untuk mendapatkan kemerdekaannya melalui percantuman dengan Persekutuan Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia.

Dengan menggunakan kestabilan politik, keramahan politik dan hubungan sejarahnya dengan negara ini, Singapura telah cuba mendapatkan kemerdekaan negaranya. Walaupun, Singapura telah disingkirkan dari Malaysia kerana perbezaan kepentingan dan pandangan politik, namun ternyata Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi batu loncatan untuk Singapura mendapatkan kemerdekaan.

Inilah sumbangan Persekutuan Tanah Melayu/Semenanjung Malaysia yang terbesar dalam sejarah Singapura.

Mahu tidak mahu, Singapura tidak dapat melenyapkan ingatan itu, walaupun sejarahnya hanya dimulakan pada tahun 1965 dan mengikis segala hubungannya dengan tamadun Melayu sebelum itu. Memandangkan jasa Semenanjung Malaysia yang begitu besar kepada kemerdekaan Singapura, ia patut lebih bertimbang rasa dalam tindakannya.


Malaysia tentunya merasa kecewa dengan sikap Singapura yang tidak menghargai sikap tolak ansur Malaysia dalam beberapa isu dan tindakan Singapura yang telah menyinggung Malaysia sebagai jirannya yang paling dekat. Malaysia menerima alasan Singapura terhadap pencerobohan udara Malaysia beberapa tahun lalu.

Malaysia merundingkan secara diplomatik soal Pulau Batu Putih, Malaysia meminta dipertimbangkan semula keputusan Singapura yang membekukan pembayaran balik dari Tabung Simpanan Pusat (CPF) rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan Malaysia sanggup menerima malu kerana pendedahan Singapura terhadap penipuan sijil cuti sakit rakyat Malaysia di Singapura. Semuanya ditelan oleh Malaysia walaupun kadang-kadang ia memperlihatkan kelemahan kita sebagai sebuah negara merdeka yang berdaulat.

Mungkin kerana itulah agaknya Malaysia terus dihujani dengan berbagai tindakan Singapura. Singapura terus mengambil kesempatan daripada kelembutan sikap Malaysia. Akan berakhirkah penghinaan ini?

Oleh: DR. RAMLAH ADAM

[ Last edited by  Syd at 28-11-2006 03:56 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2006 04:32 PM | Show all posts
Penyingkiran Singapura

TENTU ramai yang ingin tahu mengapa Singapura disingkir dari Malaysia pada tahun 1965. Mungkin ada juga yang berpendapat, jika Singapura tidak disingkir dari Malaysia, masalah Tanjung Pagar dan keceluparan Lee Kuan Yew menghina Malaysia tidak akan berlaku; ia boleh diselesaikan secara dalaman.

Mungkin ada juga yang berpendapat, tidak perlu ada perbezaan undang-undang jika Singapura masih menjadi sebahagian daripada persekutuan Malaysia. Benarkah begitu? Di lihat dari urutan sejarah, penyingkiran Singapura adalah kerana adanya 'personel ambitions, economic power versus state outonomy' (G.P. Means, Malaysian Politics, London, hlm 342).

Pendapat ini adalah rumusan dari semua isu yang berbangkit dalam masa dua tahun Singapura menjadi anggota Malaysia. Pendapat ini hampir sama dengan banyak tulisan lain yang membincangkan pemisahan Singapura dari Malaysia. Bagaimanapun, ada pengkaji yang beranggapan bahawa penyingkiran Singapura adalah kerana keangkuhan dan kesombongan Singapura yang selalu mencabar kesabaran pemimpin-pemimpin kerajaan pusat, terutama Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Siew Sin dan ramai lagi.

Singapura ternyata terlalu mementingkan haknya sebagai anggota Malaysia tanpa menghormati Semenanjung Malaysia sebagai ketua dan kerajaan pusat Malaysia. Sikap Singapura ini timbul kerana adanya perasaan 'the island's excessive sense of self-importance and the importance of its role in Malaysia'. (Mohamad Nordin Sopiee, From Malayan Union To Singapore Separation, UMP. K. Lumpur, 1974, hlm 185).

Singpaura mempunyai anggapan bahawa kedudukannya adalah lebih tinggi daripada mana-mana negeri dalam Malaysia. Ia menunjukkan sikap mahu dilayan seperti satu daripada empat bahagian Malaysia iaitu Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Singapura sendiri.

Ia tidak mahu dilayan seperti salah satu daripada 14 buah negeri dalam Malaysia. Ini terbukti apabila Singapura mahu mengisytiharkan kemerdekaannya pada 31 Ogos 1963, sama seperti tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu; sebagai tanda kedudukannya setaraf dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Walaupun Tunku menolak dan berlaku sedikit masam muka, tetapi Singapura tetap mengisytiharkan kemerdekaannya pada 31 Ogos 1963. (Straits Times, 1st September 1963). Ia adalah satu tamparan hebat kepada maruah Persekutuan sebagai pemimpin Malaysia.

Malah, Lee Kuan Yew sendiri dilaporkan telah mempersendakan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang diberikan 'on a silver platter with red ribbons by British Royalty in uniform' (Straits Times, 4th September 1963. Walaupun Singapura sendiri merdeka dalam perut Malaysia dan menjadi anggota Malaysia dengan pujukan dan ugutan kepada British dan Persekutuan Tanah Melayu sendiri (Lihat C01030/978, Proposed Stae of Greater Malaysia, Part B, 1st December 1960).

Setelah memasuki Malaysia, Singapura mengamalkan sikap yang tidak mementingkan kemuafakatan dan musyawarah sebagai anggota Malaysia yang mahu pakatan Malaysia itu berjaya.

Dalam menyelesaikan sebarang masalah atau perbezaan pendapat di antara Singapura dan kerajaan Pusat, Singapura mempunyai pendekatan politik yang sangat provokatif. 'The PAP brought the points of disagreement into the open and was not unduly averse to discussion, debate and quarelling in public. This was a natural style for the PAP, a party whose power after 1961 depended not upon vote banks of institutionalized and socially rigidified constituencies of support but upon a direct appeal to the voter and upon rational persuasion and argument'. (Mohamad Nordin Sopiee, opcit, hlm.184).

Sikap dan pendekatan ini berbeza dengan Parti Perikatan yang lebih mengutamakan perundingan dan bertolak ansur dalam hal-hal yang besar sehinggalah kepada perkara yang kecil. Ini memang telah menjadi tradisi UMNO dan orang Melayu sejak menentang Malayan Union dan British.

Pendekatan ini diteruskan lagi dalam mencari formula terbaik untuk mengadakan kerjasama bangsa-bangsa dalam tahun 1950-an untuk membentuk negara-bangsa 'Malayan' bagi mencapai kerajaan sendiri, pilihan raya dan seterusnya merdeka.

Parti Perikatan yang memerintah, walaupun menghadapi masalah kerakyatan, bahasa kebangsaan, sistem pendidikan kebangsaan dan lain-lain lagi, menggunakan pendekatan itu. Oleh itu apabila Singapura mengamalkan sikap yang mementingkan diri sendiri dan tidak bertolak ansur, Tunku Abdul Rahman, Tan Siew Sin dan ramai pemimpin Perikatan yang terkenal dengan perasaan muhibah itu merasa tercabar. Akhirnya, perang mulut melalui kenyataan akhbar berlaku; perundingan politik tidak lagi menjadi pendekatan politik terbaik dalam masyarakat majmuk Malaysia.

Singapura telah menunjukkan keengganannya untuk menjadi anggota Malaysia yang baik hati dan akur kepada prinsip sebuah negara persekutuan seperti Malaysia. Singapura, sejak daripada mula lagi telah mementingkan diri sendiri, walaupun mengharapkan kemerdekaan daripada British melalui Malaysia.

Singapura tidak mahu membantu kewangan pusat bagi membiayai pembangunan Sabah dan Sarawak. Singapura mahu hal ehwal kewangannya, pertahanan dalamannya dan pentadbirannya bebas daripada Malaysia. Tetapi, di satu segi lain, Singapura mahu mendapat keuntungan terbanyak daripada keanggotaannya dalam Malaysia. Singapura mendesak pasaran bersama (common market) diadakan bagi memudahkan barangan industrinya disebarkan ke seluruh Malaysia.

Kerajaan pusat pula dipersalahkan apabila British memberhentikan import kain Singapura ke Hong Kong. Pihak peniaga Singapura juga menolak tindakan Menteri Kewangan Malaysia Tun Tan Siew Sin ketika itu memperkenalkan dua jenis cukai baru ke atas barangan industri bagi mengatasi defisit Malaysia.

Singapura yang mempunyai industri yang lebih banyak dari mana-mana negeri, menentangnya dengan sokongan Lee Kuan Yew, Ketua Menterinya.

Tindakan Siew Sin menutup Bank of China di Singapura dianggap satu campur tangan kerajaan pusat ke atas kuasa negeri. Dasar Malaysia memboikot barang-barang dari Afrika Selatan kerana menentang Dasar Aparteid juga tidak diterima baik oleh pedagang Singapura, Straits Times, 28 November 1964).

Singapura, ternyata mahu kebebasan dasar kewangan, perbankan dan perdagangan tanpa tertakluk kepada dasar negara Malaysia.

Parti PAP (People Action Party), pimpinan Lee Kuan Yew juga mula mengorak langkah untuk mencabar pengaruh Perikatan, terutama MCA dalam politik Malaysia, walaupun demokrasi menjadi amalan pilihanraya, namun PAP menolak kemasukan Perikatan ke Singapura, sejak Malaysia belum ditubuhkan lagi.

Parti Perikatan cawangan Singapura yang disokong oleh Perikatan Pusat telah menerima kekalahan teruk dalam pilihan raya Singapura di ambang pembentukan Malaysia. Bagaimanapun, kemasukan Perikatan ke Singapura itu dianggap sebagai satu cabaran kepada pengaruh PAP (People Action Party).

Maka, dalam pilihanraya Persekutuan 1964, PAP telah bertanding menentang MCA. Walaupun PAP memenangi satu kerusi sahaja (ia dimenangi oleh bekas Setiausaha Akhbar Lee Kuan Yew, Lim Kit Siang), namun, PAP melihatnya sebagai satu tanda kemenangan maruah politik PAP dan peluangnya untuk menggantikan MCA sebagai parti kaum Cina di Malaysia.

Tunku dan Perikatan, terutama MCA tentulah tidak boleh membiarkan hal ini; ia menjadi duri dalam daging yang terus menyakit dan membimbangkan.

Faktor pertembungan kepimpinan yang sama kuat juga tidak kurang penting dalam menambahkan ketegangan pusat dan Singapura. Tunku Abdul Rahman adalah Perdana Menteri Malaysia, pemimpin utama Malaysia; namun, Ketua Menteri Singapura juga mempunyai kedudukan yang dinamik sehingga beliau sentiasa mendapat perhatian dari dunia luar seolah-olah beliau adalah setaraf dengan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman.

Dalam lawatannya ke Australia dan New Zealand sebagai tetamu negara, beliau telah membuat kenyataan yang tidak menghormati kepimpinan Tunku dan kerajaan pusat. Kritikan beliau telah membangkitkan kemarahan Tunku yang menjawab 'we must not be pushed by a state governemnt' (Sunday Gazette, 18 April 1965). Pemimpin-pemimpin Singapura yang lain juga terus membuat kenyataan akhbar yang merendah-rendahkan integriti kepimpinan pusat, yang kebanyakannya adalah pemimpin Melayu. Ini mendalam dan merumitkan lagi persepsi politik di antara kedua pihak.

Akhirnya, perbezaan ideologi politik di antara Kuala Lumpur dan Singapura menjadi sebab utama pemisahan itu. Singapura, yang merasa tidak senang dengan desakan untuk melaksanakan dasar kedudukan istimewa Melayu dalam perlembagaannya, telah mempersoalkan dasar tersebut secara terbuka.

Ia dianggap sebagai sesuatu yang bertentangan dengan hak asasi manusia yang dijamin oleh perlembagaan Malaysia, Lee Kuan Yew memperkenalkan konsep 'Malaysian Malaysia'. yang secara langsung menolak pertimbangan keistimewaan ke atas orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.

Ini membangkitkan kemarahan UMNO dan orang Melayu lain yang melihat itu adalah satu cabaran kepada kedudukan politik mereka, yang telah diperjuangkan kepada kedudukan politik mereka, yang telah diperjuangkan sejak awal kurun ke 20, melalui gerakan kebangsaan mereka. Peruntukan Kedudukan Istimewa Melayu telah diterima oleh British sejak tahun 1920-an dan 1930-an dan dilembagakan dalam Perjanjian Perlembagaan 1948 dan Perlembagaan Merdeka, 1957, sebagai ganti perluasan kerakyatan jus soli kepada semua bangsa, Yang Di Pertuan Agung menjadi penaungnya. Hal ini kemudian diperluaskan ke Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan Malaysia 1963.

Rasa tidak puas hati orang Melayu Singapura yang tidak mendapat layanan yang sama seperti orang Melayu Semenanjung, telah menggalakkan mereka menyokong permintaan Syed Jaafar Albar, ketika itu sebagai Pegawai Penerangan UMNO, untuk memasukkan peruntukan itu di dalam perlembagaan Singapura.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2006 04:33 PM | Show all posts

sambungan....

Parti PAS dan 114 buah persatuan Melayu Singapura telah menyokong cadangan itu dan membuat pertemuan dengan Lee Kuan Yew. Beberapa perarakan telah diadakan, tetapi ia menjadi di luar kawalan apabila unsor-unsor Parti Komunis Singapura dan pelampau Indonesia yang menentang pembentukan Malaysia dan penyokong dasar 'Ganyang Malaysia' tajaan Sukarno, campurtangan dalam perarakan itu.

Lee Kuan Yew menyalahkan pemimpin pusat di dalam akhbar dan di Dewan Rakyat. (Straits Times, 5 May 1965), tanpa menimbang bahawa pihak komunis yang sentiasa ingin menjatuhkannya di Singapura.

Lee Kuan Yew kemudian menubuhkan Malaysia Solidarity Conventions (MSC), dengan keanggotaannya dari parti-parti pembangkang Sabah dan Sarawak. Tentunya tindakan Lee Kuan Yew itu mencabar kepimpinan Tunku Abdul Rahman dan kerajaan pusat. Ia juga dilihat sebagai satu cara melemahkan kedudukan politik orang Melayu/UMNO dalam Malaysia.

Akhbar Utusan Melayu dan Berita Harian menjadi jurucakap orang Melayu dan Persekutuan ketika itu.

Ada pihak yang mencadangkan supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikenakan kepada pemimpin-pemimpin tertentu Singapura. Ada pula yang berpendapat supaya Singapura menarik diri daripada Malaysia sebagai satu cara penyelesaian, sejak tahun 1964 lagi oleh pemimpin Singapura.

Ini menyebabkan ada dakwaan bahawa Singapura sengaja mencabar kerajaan pusat supaya Singapura dikeluarkan daripada Malaysia demi untuk mendapatkan kemerdekaan penuh sebagai sebuah negara. Pembentukan Malaysia hanya batu loncatan untuk kebebasan mutlak daripada British.

Walaupun ada berbagai pendapat bagaimana Singapura dikeluarkan dari Malaysia, namun, yang jelas, keputusan untuk menyingkir Singapura telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman sendiri tanpa sebarang rundingan dengan mana-mana menteri ataupun dengan nasihat kabinet atau parti Perikatan.

Tunku, yang berada di London Clinic, telah membuat keputusan itu dahulu sebelum meminta Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri merujukannya kepada beberapa orang menteri kanan yang selalunya bersetuju dengan keputusan Tunku. Walaupun satu pertemuan dibuat dengan Ketua Menteri Singapura kemudiannya, ia tidak lagi bermakna.

Malah, ada yang berpendapat pihak Singapura memang telah bersedia dengan keadaan seperti itu. Walaupun ada pendapat mengatakan Tunku membuat keputusan itu dengan bersyarat, tetapi kedudukan Tunku yang begitu berpengaruh dalam Perikatan dan Malaysia, tidak dapat dibantah oleh Sesiapapun.

Pada 7 Ogos 1965, Lee Kuan Yew, menandatangani persetujuan keluar dari Malaysia. Pada 8 Ogos, Tunku memberitahu pendiriannya kepada Majlis Kerja Perikatan dan pada 9 Ogos, cadangan dibentangkan di Dewan Rakyat. Perbincangan berlaku selama dua jam sahaja, dengan bantahan kecil dari beberapa ahli Melayu yang melihat 'kalau marahkan nyamuk kenapa kelambu di bakar? Bagaimanapun, cadangan itu diluluskan dengan suara majoriti. Hampir dua jam kemudian ia diluluskan oleh Dewan Negara. Maka pada tengahari 9 Ogos 1965, rasmilah penyingkiran Singapura dari Malaysia.

Ternyata cabaran pemerintah Singapura kepada kedudukan politik orang Melayu, kepimpinan Tunku Abdul Rahman dan keangkuhan Singapura, telah menjadi faktor-faktor penyebab tindakan Tunku Abdul Rahman. Ramai yang percaya, Tunku boleh membuat strategi yang lebih berkesan daripada melepaskan sebuah negeri yang begitu penting dan sangat strategik kepada sejarah, ekonomi, demografi, budaya dan persekitaran Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia sendiri.

Inilah sesuatu yang sangat dikesalkan oleh mereka, terutama parti pembangkang Melayu yang melihat Singapura adalah anak kandung kerajaan-kerajaan Melayu di rantau ini yang dikenali oleh pedagang dan kuasa penjajah Barat sebagai 'The Malay Archipelago'. Ternyata, tindakan menyingkirkan Singapura itu bukan jawapan kepada kesombongan Singapura yang nampaknya berterusan sehingga ke hari ini.

Ia tidak memudahkan hubungan Singapura dan Malaysia sebagai negara-negara yang terpisah, tetapi tetap dekat dengan sistem dan suasana politik, ekonomi, demogrfi dan hubungan diplomatik generasi yang ditinggalkannya. Hubungan sejarah dengan Singapura, sentiasa menjadi satu igauan ngeri, terutama bagi Lee Kuan Yew, pelakon utamanya.

Beliau masih terperangkap dengan kisah lama terhadap sebuah negeri yang kini mencipta kegemilangannya mengatasi Singapura, sebuah pulau kecil yang masih tidak terlepas daripada cengkamannya.

Oleh: DR. RAMLAH ADAM
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-5-2009 01:12 AM | Show all posts
Originally posted by thamrong at 22-2-2006 21:18
Bekas Pegawai Tentera Dalam Kabinet Singapura Hari Ini.

Dalam usha membentuk barisan pemimpin generasi kedua, Perdana Menteri Lee Kuan Yew telah merangka satu strateji yang mana bakal pemimpin ...


Owhh Sian Long tu pernah pegang MoF rupanya...

Di Singapura Menteri Kewangan ada lah bakal Perdana Menteri manakala Malaysia pula ialah Menteri Pelajaran...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 03:46 PM | Show all posts
Singapura tidak mengamalkan politik yg adil, tidak membahagikan kekayaan dengan adiln tidak memberikan jawatan2 dalam kerajaan dengan adil huhuhu... bahasa rasmi Melayu, tpi majoriti rakyat sana fasih ke berbahasa Melayu?

maaf saya memang anti dengan Singapura terutama Lee Kuan Yue. Kebanyakkan orang Melayu di sana juga agak sombong huhu... dah jumpe banyak dah bukan cakap2 kosong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2010 02:13 AM | Show all posts
at least tak bau longkang mcm kat negeri hang tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2010 03:43 PM | Show all posts
Reply 8# mok_nik


    tapi mok nik, sebut jah doketor mahathie demo tu kenal selalu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2010 11:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by aiskrimvanilla at 25-10-2010 07:51

ujan emas di sengapore, hujan batu di malaysia.....

tapi sapa yang kaji kes pemisahan malaysia dan singapore nie, diorang tak kan salahkan tunku sebab tindakan tunku adalah tepat
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2010 05:47 PM | Show all posts
Reply 113# aiskrimvanilla

tunku sebab tindakan tunku adalah tepat


memang tepat!
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2011 07:29 PM | Show all posts
Pada masa Tanah Melayu mencapai kemerdekaan,siapakah pegawai Inggeris yang jadi Gabenor Singapura?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 03:26 PM | Show all posts
Reply 110# darthery


    bro tak salah ko nak anti Lee Kuan Yew tapi "dalam setandan pisang takkan semuanya busuk" kalo nak cakap pasal sombong dan bongkak negara kita pon apa kurangnya negara lain pon apa kurangnya kalo soal keadilan kekayaan dalam negara kita, org melayu kita berapa percent???orang cina brapa percent????org india berapa percent??? sedangkan tampok pemerintahan dalam tangan siapa????

p/s:sorry the point is no need to blame people in the other country sedangkan negara kita pon masih merangkak step by step untuk kemajuan
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 06:13 PM | Show all posts
sana sempitlah susah nak bernafas.... terkurung tak bebas....
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 01:09 PM | Show all posts
Reply  darthery


    bro tak salah ko nak anti Lee Kuan Yew tapi "dalam setandan pisang takkan  ...
sepul Post at 3-1-2011 15:26



    haha.. ya aku memang anti Lee Kuan Yew.... terus terang ar..... memang dlm setandan pisang ada yg baik n buruk.. bukan semuanya sama.... tpi Singapura ni lain... tgk laaa ape pendedahan wikileaks.... mcm2 singapore ckp pasal negara2 lain.... Jepun, India pon kene gak lol... so, ape yg aku nk sampaikan, Dari segi hubungan Negara/Politik Nusantara, negara yg paling kita kena berjaga2 n berhati2 adalah Singapore... sbb Singapore tidak mempunyai semangat setiakawan... mcm Malaysia lain, dasar kita menjadi kaya dan mengayakan semua negara jiran2... supaya kita juga boleh tumpang senang sama senang.. tpi Singapore lain... huhuhu... sifat mahu senang sama senang tu xda.... itulah sifat ultra kuasu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2011 10:23 PM | Show all posts
sinagpura ni bukan satu negara
-rakyat depa tanya adakah kita sudah jadi satu negara? lee kuan yew jawab, belum lg tp kita sudah ada segalanya
-dgn separuh penduduk merupakan expatriat, dan tiada warisan tradisi, adat turun temurun, semuanya ebrlandaskan material saja
-naka kaya pegi laaa, pastu balik. patriotism dan dasar kebangsaan pada negara memang takde
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 10:21 AM | Show all posts
Reply 118# darthery


    kalo yg nie aku setuju mmg pemimpin dorang semua sudah di train begitu mesti nak menang/untung tak kira apa cara tapi kene ingat jugak kerana kemurahan hati pemimpin kita jugak pembelian tanah/rumah di johor tak terkawal,kebanjiran warga asing tak terkawal dan yang terbaru kebanjiran student dari negara luar jugak tak terkawal kemasukannya sampai kene ikut kalender dorang start kelas on september padahal kalo kat europe/us dorang peduli pon tidak student kita punya kalender
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 11:39 AM | Show all posts
Mari kita rakyat Singapura
Sama-sama menuju bahagia
Cita-cita kita yang mulia
Berjaya Singapura

|: Marilah kita bersatu
Dengan semangat yang baru
Semua kita berseru
Majulah Singapura
Majulah Singapura! :|
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.786570 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list