CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: swordman

Limpahan Darah di Sungai Semur

[Copy link]
Post time 2-10-2011 07:31 PM | Show all posts
ada percanggahan la sy rasa dalam cerita oleh swordman dgn buku "askar melayu 50 tahun" dan "kenangan berdarah sg semur"...mlm skit sy tulis balik kt sini ringkasan buku tersebut...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2011 09:09 PM | Show all posts
Post Last Edit by masa_lalu at 2-10-2011 21:49

pernah baca kisah ni dalam buku 50 TAHUN ASKAR MELAYU oleh A SAMAD ISMAIL kalau tak salah, masa tu sekolah rendah lagi, buku ditulis oleh orang melayu, dalam buku ni ada diceritakan keberanian askar melayu dan sikap pengecut orang british.
nak kena cari balik buku tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2011 10:17 PM | Show all posts
sy ada buku tu...tan sri datuk a samad idris penulisnya...tgh dok ringkaskan crita sg semur...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2011 10:45 PM | Show all posts
Pada 20 april 1950, platun 13 batalion ketiga ditugaskan membuat rondaan sekitar hutan gua musang. Diketuai leftenan hassan dan seramai 24 anggota. Bekalan makanan yang dibawa hanya utk 4 hari sahaja.

Selama 4 hari membuat rondaan,tiada kesan komunis dijumpai. Pada hari ke 4,platun ini singgah di kuala semur utk memerhatikan org2 cina yang dikawal oleh Jungle Squad utk mengambil daun2 nipah.Jungle squad diketuai oleh sarjan Wan Hassan bertanggungjawab menjaga keselamatan org2 cina itu dari gangguan komunis.

Setelah bertukar2 maklumat,mereka merasakan bahawa kawasan tersebut tiada musuh.leftenan hassan memutuskan utk membawa paltunnya balik ke markas di Pulai.platun 13 meneruskan perjalanan balik setelah yakin Jungle Squad tidak terancam dengan musuh.engambil daun2 nipah.Jungle squad diketuai oleh sarjan Wan Hassan bertanggungjawab menjaga keselamatan org2 cina itu dari gangguan komunis.

Setelah bertukar2 maklumat,mereka merasakan bahawa kawasan tersebut tiada musuh.leftenan hassan memutuskan utk membawa paltunnya balik ke markas di Pulai.platun 13 meneruskan perjalanan balik setelah yakin Jungle Squad tidak terancam dengan musuh.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2011 10:59 PM | Show all posts
24 april 1950,1030
setelah berjalan kira2 sebatu setengah dari kuala semur, platun 13 diarahkan berhenti rehat.

Selesai membersihkan diri, leftenan hassan memerintahkan org2 bersiap utk pulang.pada ketika ini, ketua komunis memberi isyarat supaya serangan serentak dilakukan terhadap platun 13. Kira2 250 komunis yg bersembunyi kiri dan kanan tebing sg melepaskan tembakan. Tembakan serentak itu berjaya mengorbankan 10 org termasuk leftenan hassan.

Pihak komunis  terus melepaskan tembakan walaupun ramai yang tercedera.pemangku sarjan jamaluddin mengambilalih platun dan merasakan sukar utk menyusun semula barisannya kerana ramai yang tercedera dan kedudukan mereka yang tersepit antara komunis.

Ketua komunis mengarahkan supaya platun 13 menyerah diri tapi ditolak oleh pemangku sarjan jamaluddin. Platun 13 terus menembak komunis secara berhati2.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2011 11:06 PM | Show all posts
nnt sambung lg...internet xbest...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2011 11:50 PM | Show all posts
sy ada buku tu...tan sri datuk a samad idris penulisnya...tgh dok ringkaskan crita sg semur...
mR_hUnt Post at 2-10-2011 22:17



ooo bukan  a samad ismail ke, salah le aku
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2011 09:43 PM | Show all posts
Eh,xde hal la...kebetulan sy ada buku tu...

Sambung

Keperwiraan pemangku Sarjan(PS) Jamaluddin.

Ps jamaluddin dan 2 rakannya melompat ke dalam parit yg cetek dilindungi rimbunan buluh.dia mengeluarkan arahan supaya jgn membazirkan tembakan kerana musuh yg ramai dan kekurangan peluru.

Komunis melemparkan bom ke pokok buluh tp ps Jamaluddin dan rakan terselamat..ps Jamaluddin dan rakan terus melawan komunis dgn berhati2.setiap komunis yg cuba mengambil senjata askar yg gugur ditembak.

Pihak komunis menawarkan supaya ps Jamaluddin dan rakan menyerah diri tp ditentang oleh ps Jamaluddin.pihak komunis terus menembak ke arah rumpun buluh dgn harapan ps jamaluddin dan rakan akan mati.

pada ketika ini,beberapa org askar melayu yg cedera dan bertahan di tempat lain telah ditawan komunis.2 rakan ps Jamaluddin yang turut bertahan cedera.tinggal ps jamaluddin bertahan serangan komunis.

beberapa org komunis merangkak ke arah rimbunan buluh dgn harapan dapat meninjau kekuatan askar melayu. Ps jamaluddin terdengar desiran daun lalu menggunakan bom lalu dibaling ke arah atas bukit tempat persembunyiannya.Kedengaran jeritan pihak komunis menahan kesakitan.

Pihak komunis terus menawarkan supaya askar melayu menyerah diri tp ditolak.pihak komunis mula menyedari ps jamaluddin saja bertahan.oleh kerana bilangan anggota komunis ramai,mereka mengepung rimbunan buluh.ps Jamaluddin tidak terburu2 melepaskan tembakan. Ketika keadaan genting ini,seorg komunis bersenjatakan Tommy Gun melompat ke tempat persembunyian ps jamaluddin.ps Jamaluddin cuna melawan tetapi seorg lagi komunis menerkam ke arahnya dgn pistol di tangan.

Dgn tertawannya ps Jamaluddin,pertempuran selama 4 jam itu berakhir.askar melayu yang ditawan,dibawa menemui pegawai komunis di khemah atas bukit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2011 12:35 AM | Show all posts
Reply 28# mR_hUnt


    sambung lagi... menarik mbacanya..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 02:40 PM | Show all posts
mr mod,nnt sy sambung...nak balik kampung sbb antar parent naik flight esok...

Maaf lambat sambung sbb kena berhati2 utk ringkaskan cerita supaya fakta tak tertinggal dan tepat.ada lebih kurang 20 helai utk diringkaskan...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 10:38 AM | Show all posts
Perajurit Nordin mula ditawan

Askar Melayu yg mula-mula ditawan ialah Perajurit 4091 Nordin bin Mat Isa. Beliau tlh ditawan ketika berada di tgh2 sungai berlindung di sebalik tunggul kayu.

Apabila komunis melancarkan serangan,setiap Askar Melayu menyelamatkan diri masing2. Dalam keadaan kelam kabut Pt Nordin tidak tahu apa yg berlaku kepada kawan2. Untuk menyelamatkan diri,Pt Nordin tlh melompat ke dalam sg separas leher itu. Beliau dapat berpaut ke akar tunggul kayu di tgh sg. beliau menyelitkan senjatanya di celah akar kayu supaya tidak dihanyutkan air.

Oleh kerana kedudukannya terdedah kepada serangan musuh, beliau nampak dgn jelas bagaimana komunis menghalakan mesin gan ke arahnya. Setiap kali komunis melepaskan tembakan, Pt Nordin menyelam ke dalam air. Apabila beliau timbul,tembakan dilepaskan oleh komunis ke arahnya.

Setelah lama bertahan dalam keadaan demikian,seorg komunis yg berada di tebing berdekatan tempat berlindung menyergah Pt Nordin supaya menyerah diri. Pt Nordin pun menyerah diri dengan mengangkat kedua tgnnya ke atas kepala. Komunis bertanyakan senjata Pt Nordin tetapi Pt Nordin mengatakan senjatanya hilang.

Pt Nordin dibawa berjumpa ketua gerila komunis dan diberi layanan baik serta diberi makanan dan minuman. Platun 13 Kompeni D Batalion Ketiga menerima nasib paling baik kerana tidak diseksa oleh komunis ketika ditawan. Pt Nordin dinasihatkan oleh ketua komunis supaya berhenti menjadi askar dan pulang ke kampung.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 11:12 AM | Show all posts
3 jam dlm tawanan

Dengan tewasnya Sarjan Jamaluddin, beerti seluruh platun 13 dapat ditawan. senjata-senjata kepunyaan Askar Melayu byk dirampas. Ps Jamaluddin dibawa berjumpa ketua komunis. Dalam pertemuan tersebut, ps Jamaluddin telah berunding supaya semua Askar Melayu yg ditawan dibebaskan. Permintaan tersebut telah dipersetujui oleh ketua komunis dengan syarat:
-Askar Melayu dibebaskan selepas jam 1830
-mereka hendaklah mengumpul semua mayat rakan yg terkorban di satu tempat
-mereka hendaklah menanggalkan pakaian seragam kecuali memakai kain sarung yg dibawa
-mereka dikehendaki membawa keluar risalah komunis utk disebarkan
-mereka dibenarkan membawa sama rakan yg tercedera
-senjata yg dirampas tidak dipulangkan semula

Syarat tersebut terpaksa diterima Ps Jamaluddin bg menyelamatkan rakan2. Selepas rundingan, ps Jamaluddin dan rakan yg tidak cedera membuat tandu utk membawa pulang rakan yg cedera. Kerja2 mengumpul mayat rakan terkorban dijalankan dgn diawasi komunis.

Selama 3 jam dlm tawanan, ps Jamaluddin dan rakan diberi taklimat oleh ketua komunis tentang perjuangan mereka.

Dalam masa pertempuran yg memakan masa lebih 4 jam,pihak Jungle Squad telah mendengar tembakan dan mereka yakin Askar Melayu telah diserang hendap. Menurut cerita Pt Nordin,pasukan Jungle Squad dan org2 cina yg mengambil daun nipah itu telah sampai utk memberi bantuan namun mereka sampai kira2 pukul 1500 apabila keadaan sudah tenang.  Jarak 1 stgh batu menyusur sg tidak mungkin memakan masa 4 jam utk dilalui. Sekiranya Jungle Squad sampai sebelum pukul 1400,sudah tentu Askar Melayu dapat memperkuatkan pertahanan.

Disebabkan kelewatan Jungle Squad,pihak komunis tidak menghadapi serangan balas yg berkesan. Menurut Pt Nordin,sebaik saja Jungle Squad sampai bersama org cina,mereka terus menyerah diri tanpa melawan dan semua senjata dirampas. Apabila ditawan, mereka ditempatkan secara berasingan. Dalam laporan darurat,pasukan Jungle Squad yg turut tertawan tidak disebut.

Askar Melayu mula meninggalkan kawasan tersebut sebaik saja waktu ditetapkan. Mereka dapat mendengar betapa gembiranya gerila komunis sebaik saja Askar Melayu meninggalkan kawasan itu. Ps Jamaluddin melaporkan segala peristiwa yang berlaku kepada Mejar Garner, Pegawai Pemerintah Kompeni D. Malam itu juga mereka membuat laporan dan menceritakan pengalaman kepada Pegawai Pemerintah Batalion Ketiga di Pengkalan Chepa.

Dalam siasatan yang dilakukan,didapati lebih 20 org komunis mati dan ditanam dalam satu lubang yg dangkal.sebahagian bedar dipercayai tercedera memandangkan kesan darah mengikut jalan mereka berundur.

mengikut laporan kemudiannya,org2 cina dari Pulai terlibat dalam serangan hendap tersebut. Tindakan selanjutnya tidak dpt dijalankan kerana kekurangan bukti. beberapa bulan selepas peristiwa itu,salah seorg gerila yg terlibat dalam serangan tersebut berjaya ditawan. Serangan hendap itu diatur oleh Pemerintah Tertinggi Komunis Malaya Utara yang menyelenggarakan kursus di kawasan tersebut.


Sekian, tamat.

Sumber:
1. Abdul Samad Idris,Askar Melayu 50 Tahun,Pustaka Budiman,Kuala Lumpur,1983
2. Kenangan Berdarah Di Sungai Semur, Persatuan Bekas Perajurit Malaysia Cawangan Selangor, Kuala Lumpur, 1983. (catatan utk Sarjan Jamaluddin Bin Muhammad)


Kalau ada fakta tertinggal,nnt sy masukkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.922228 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list