CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3897|Reply: 16

M5

 Close [Copy link]
Post time 14-7-2006 09:18 AM | Show all posts |Read mode
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam.
Salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarganya

"Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba serta utusan-Nya".

Berikut ada beberapa point dari posting-posting dari M5:

2.  Bacaan 17:2 menunjukkan individu yg dirujuk sebagai pengembara Isra' dan Mikraj adalah Nabi Musa, dan bukannya Nabi Muhammad.

2. Kepercayaan tentang perjalanan "terbang" menaiki Buraq, etc, etc adalah cerita sensasi yg tidak ada sandaran didlm al Qur'an.

Ayat 33:50 menunjukkan poligami adalah dikhaskan untuk Nabi sahaja dan bukan untuk masyarakat umum.  What say you?

Jika sumber anda al Qur'an, saya juga telah merujuk kpd ayat2 al Qur'an dan mendapati Babi sebagai makanan itu tidak Haram.  

Al Qur'an menggariskan minimum standard didlm pemakaian yg menutup kemaluan lelaki/wanita.  

Anda masih tidak menjawab soalan saya sepenuhnya.  Saya berminat untuk tahu dari mana datangnya kalimah "'Asyhadualla ila haillah,wa asyhadu anna muhammadar rasulullah" yg anda sebutkan itu?  Dimana rujukan anda?



Posting di atas datangnya dari seorang yang seperti diakui M5 sendiri

Saya telah, sedang dan akan terus belajar tentang al Qur'an. (jika diizinkan Tuhan)  Tempat saya belajar adalah dihati saya.  Keyakinan tentang keutuhan al Qur'an perlu ada pada diri, tak kira dimana anda pergi untuk mencari ilmu didlm al Qur'an.  Bila anda ada keyakinan, Insyallah anda akan dapat memahami al Qur'an seperti mana yg dijanjikan oleh Pencipta kita.


walaupun dgn lantang berhujah dan berdebat tetapi tidak mahu membuat commitment kepada apa yang dihujah seperti berikut:

Persoalannnya bukan saya suruh anda percaya saya dan menolak guru anda/pandangan anda.  Tetapi isunya adalah dimana pilihan anda, andaian manusia anda atau penjelasan dari al Qur'an itu sendiri?




Berikut pula pandangan dari bebrapa forumer.  Minta maaf saya ambil 3 orang sahaja.  kalau ada nak tambah sila tambah kemudian.

rempo:
Nak kata GAH pun susah jugak.Dia ni macam musang berbulu ayam.Kalau kita tengok dr thread2 dan post2 dia ada jugak yg bercanggah dgn GAH,malah lebih advance lagi.Contohnya dia halalkan babi,silolipop tu pulak kata haram jugak.Dia pertikaikan poligami tp takde pula geng2 GAH yg menyokong.

Pendekata dia bangkang kebanyakan hukum2 yg asas dalam Islam dan juga segala ruang yg ada yg boleh diputarbelitkan spt darihal solat,aurat,khatan dan banyak lagi kalau dibiarkan, termasuklah syahadah yg paling basic.Jadi tak hairanlah kalau semakin ramai yg mengesyaki dia ni bukan Islam yg cuma nak mempermain2kan Islam supaya timbul perasaan ragu2 terhadap hukum hakam dan Islam itu sendiri.

Wallahu a'lam.


back_hand:
aku baru jumpa statement dari bdk m5 ni.  Mengenai mengucap.  Dia mintak prove dari kitab mengenai mengucap kalimah syahadah.  Aku rasa sbhgian forumer kat sini pernah kan berhujah dgn orang yg macam ni diluar forum.Last sekali org2 mcm ni bukak sendiri siapa diri dia yang sebenar bila dia minta kepastian pasal mengucap kalimah syahadah.hah!


azmi2020:
Dan Kepada saudara M5 apa khabar?


Saya memberi isyarat kepada anda M5 supaya lafaz dan ucapkanlah 2 kalimah syahadah jika anda adalah orang islam.  Adakah anda orang islam atau tidak?



Persoalannya, siapa dia M5?  

1.  Benarkah dia seorang yang menyamar?  
2.  Adakah dia seorang Islam yang asalnya adalah GAH kemudian kini sudah lebih advance?  

Kemungkinan yang pertama itu adalah sangat tinggi atas sebab-sebab berikut:
1. mengucapkan 2 kalimah syahadah sudah menjadi berat baginya.  Dia berpendapat mengucap dua kalimah syahadah tiada dalam Al-Quran.
2. menafikan Nabi Muhammad s.a.w. isra' dan mikraj secara otomatisnya menafikan perintah solat 5 kali sehari.
3. menutup aurat hanya cukup sekadar menutup kemaluan.
4. daging babi halal
5. poligami hanya untuk Rasulullah.

SAYA MINTA M5 BERI PENJELASAN SIAPA DIA YANG SEBENAR. SEKIRANYA DIA DI SINI HANYA MAHU MEMBUAT KEKELIRUAN, SAYA TIDAK TERAGAK-AGAK UNTUK MANGAMBIL TINDAKAN.  SAYA BERI DIA PELUANG DULU.


[ Last edited by  ibnur at 14-7-2006 09:20 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2006 10:44 AM | Show all posts
salam,


dipersilakan M5.....

Dah dibukakan topik khas buatmu agar engkau dapat mencerahkan suasana yang kelam......

Dalam keadaan ini engkau wajib berterus terang agar tiada yang tersalah tuduh yang akibatnya terpaksa menanggung dosa 'kering' bagai daun kering berguguran kebumi.......,


bersikap jujurlah dan berani kiranya engkau seorang pejuang kebenaran......




Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 10:58 AM | Show all posts
dan jika dirimu itu sebenarnya adalah sebagaimana yang mereka sangkakan, maka adalah lebih baik engkau berundur diri dengan cara terhormat... Cari saja port lain yang mana engkau bebas berhujah sekehendak hatimu tanpa adanya sekatan kecuali hukuman dari Allah kiranya engkau salah, dihari Perhitungan yang pasti datang..........,




sekian.
Reply

Use magic Report

f@uzi This user has been deleted
Post time 15-7-2006 09:50 AM | Show all posts

M5

Cara pemikiran seperti M5 sememangnya digalakan iaitu berfikir secara aktif untuk mencari kebenaran.... namun... dalam memperkatakan kebenaran Agama Islam, kitab suci Al-Quran dan lebih-lebih lagi akidah kepada Allah... pemikiran sebegini memerlukan petunjuk bukan berpegang kepada akal sahaja... apa bila akal mencabar apa yang dibaca dalam Al-Quran... carilah bahan bacaan dan guru-guru yang diiktiraf kesahihan ilmunya sebagai rujukan... juga mintalah kepada Allah memberi petunjuk... sesungguhnya nafsu dan syaitan adalah musuh kita yang nyata... dikuatiri tipu helahnya mampu menyesatkan kita jika tanpa pertolongan dari Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2006 01:13 PM | Show all posts
Salah Sejahtera ibnur, semua.

Terima Kasih kerana sudi membuka thread khusus untuk membincangkan tentang M5.  Lambat sikit reply kerana tak perasan ada thread dibuka untuk saya. Saya ambil ini sebagai satu penghargaan bagi saya.

Saya merujuk kepada persoalan yg dilontarkan oleh ibnur dahulu:

Persoalannya, siapa dia M5?  

1.  Benarkah dia seorang yang menyamar?  
2.  Adakah dia seorang Islam yang asalnya adalah GAH kemudian kini sudah lebih advance?  


Semua orang yg masuk diforum ini hakikatnya memilih "personaliti maya" dalam berbincang/berhujah di forum ini.  Ibnur disini menyamar ke tidak?  Walaupun ibnur taruk gambar IC kat avatar anda, ataupun kepilkan fotostat surat beranak, etc selagi ianya dilakukan didlm alam siber, ianya tetap "menyamar".

Anda bertanya samada saya menyamar sebagai orang Islam dan kemari untuk menimbulkan was-was terhadap fahaman yg telah sebati dijiwa anda.  Saya sangkal sepenuh2nya dakwaan anda.  Saya disini dgn fahaman saya yg mengatakan penjelasan dari al Qur'an itu lengkap untuk dijadikan pegangan hidup bagi mana2 manusia.  Saya berpegang pada al Qur'an sahaja sementara anda serta sekutu anda berpegang pada multiple sources selain dari al Qur'an.  Kita bawa isu ini secara quid pro quo.  Anda/saya bawa hujah masing2 satu persatu dan bandingkan apa rumusan yg boleh dicapai.

Soalan yg sama saya diajukan di LP, samada saya ni Islam ke tidak.  Saya telah terangkan pada mereka yg saya dilahirkan dan dibesarkan di KL, kalu masa kecil dahulu ada beberapa kali menang tilawah al Qur'an.  Don't be surprise jika saya ni mungkin kenalan anda yg sama2 pergi bentangkan sejadah kat masjid, jamu orang berbuka puasa, or even keluar 40 hari merantau dikampong2.  Samada saya berstatus Islam atau tidak, saya serahkan kepada Tuhan.  Ini bukan hak saya untuk menentukan saya ni Islam ke tidak, jauh sekali signifikannya pengiktirafan dari manusia yg lain.  So anda tak perlu risau bila bertanya motif saya disini.  Selagi mungkin saya tidak akan quote hujah saya selain bersumberkan al Qur'an.  After all, dgn berpandukan kitab yg sama yg anda dan saya pegang sepatutnya dapat menghapuskan prasangka buruk anda terhadap saya.

Untuk menjadikan sesuatu perbincangan itu bermanafaat, saya rasa ibnur dan rakan2 yg lain perlu fokus kepada apa yg dihujahkan.  Jika tafsiran yg dibawa tidak tepat atau lari dari konteks message ayat2 al Qur'an, maka fokuskan kepada makna yg sebenar.  Dari pengamatan saya setakat ini kyas adalah antara forumer yg dapat diambil contoh bagaimana satu perbincangan harus dilakukan.  Anda bagi point anda, saya kemukakan point saya.  Bukannya: saya bagi point saya, anda melabelkan saya ni kafir, menyamar, etc.

Sebagaimana anda rasa diri anda bertanggungjawab dgn pegangan anda, sama jugalah dipihak yg lagi satu.  Bila satu hujah dikemukan, bagi yg bertanggungjawab patut dapat mengemukakan hujah mereka dengan sokongan2 bukti yg anda rujuk dari sumber2 yg anda pilih.  The basic principle in good debating ni tidak perlulah dipanjangkan lagi, terutamanya kepada ibnur yg bertindak sebagai moderator.  As a moderator, anda sepatutnya lebih arif dlm hal2 sebegini.


Kemungkinan yang pertama itu adalah sangat tinggi atas sebab-sebab berikut:
1. mengucapkan 2 kalimah syahadah sudah menjadi berat baginya.  Dia berpendapat mengucap dua kalimah syahadah tiada dalam Al-Quran.
2. menafikan Nabi Muhammad s.a.w. isra' dan mikraj secara otomatisnya menafikan perintah solat 5 kali sehari.
3. menutup aurat hanya cukup sekadar menutup kemaluan.
4. daging babi halal
5. poligami hanya untuk Rasulullah.

SAYA MINTA M5 BERI PENJELASAN SIAPA DIA YANG SEBENAR. SEKIRANYA DIA DI SINI HANYA MAHU MEMBUAT KEKELIRUAN, SAYA TIDAK TERAGAK-AGAK UNTUK MANGAMBIL TINDAKAN.  SAYA BERI DIA PELUANG DULU.


1.  Jika anda yakin kalimah 2 syahadah ada dilm al Qur'an, sila rujuk kan saya ayat tersebut.  Saya tidak nampak apa2 masalah tentang permintaan saya.

2.  Ayat 17.1 dan 17.2 merujuk kepada kisah perjalanan Nabi Musa.  Sila bawa bukti yg mengatakan sebaliknya.  Saya pada mulanya merasa terkejut/tergamam juga dengan penelitian tafsiran 17.1-2.  Tetapi ini tidak bererti saya perlu memejam mata dan menolak sebarang penerangan dari Kitab Al Qur'an.

3.  Apa yg saya bincangkan adalah ayat Q24:30-31  yg menyebut furoojahunna sebagai zeenatahunna.  Saya TIDAK mengatakan hanya perlu ditutup adalah kemaluan.  Sila baca post saya dengan teliti sebelum membuat andaian anda.  Anda diberikan akal anda, so gunakan untuk memilih apa yg perlu dipakai.  Rumusan hujah saya, saya menolak fahaman yg meyuruh wanita mengenakan tudung untuk menutup rambut.  Ini jelas tiada sandarannya didlm al Qur'an.

4.  Sila bawa hujah anda untuk menolak pandangan saya.

5.  Sila bawa hujah anda untuk menolak pandangan saya.

Masalah yg berlaku bila satu2 ayat al Qur'an itu bila dibaca bertentangan dengan fahaman lazim anda, dengan mudah sahaja anda menolak hujah tersebut dengan melarikan diri dari melihat dan meneliti ayat2 al Qur'an.  Kenapa anda perlu takut dengan ayat2 al Qur'an jika anda rasa diri anda dijalan yg betul.

Anda berandaian yg saya memutar-belitkan tafsiran ayat2 al Qur'an.  Ini saya sangkal sama sekali.  Tidak ada faedah bagi saya untuk berbuat demikian.  Kalau anda bersifat terbuka dan mengambil initiatif melihat tafsiran2 yg saya gunakan, tidak ada yg complicated dgn tafsiran2 ini.  Anda juga boleh rujuk mana2 kitab yg anda gunakan dan buatkan perbandingan.  You are free to verify each and every words yg saya gunakan didalam tafsiran saya.  I have nothing to twist/hide dalam rujukan saya kepada al Qur'an.

Komen dibaris terakhir post anda, saya ambil sebagai pandangan anda yg dibuat mengikut nafsu marah anda.

Salam Sejahtera.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2006 03:30 PM | Show all posts
wassalah....

Saya bukan hendak berhujah pendapat dithread ini.  saya cuma nak M5 menerangkan siapa sebenarnya M5.  Kalau saya ikut nafsu, sudah tentu saya sudah tolak kredit awak sampai jadi beggar.

memang semua orang menyamar tapi adakah kita menyamar pegangan kita.  sepatutnya tidak.  bagi saya kalau orang tu menyamar sebagai islam tapi saja nak buat kekeliruan, itu memang tak beretika dan patut diambil tindakan.  ruangan utk orang sedemikian disediakan di RSF.

apa yang saya fahami dari posting-posting awak, semakin lama semakin banyak amalan-amalan yang dipertikaikan.  last-last semua tak payah beramal.  sampai mengucap pun tak payah.  maka bila dah sampai macam tu, al-quran bagi awak adalah seolah-olah macam kitab orang buddha, saja baca-baca sambil berlagu.  tiada amalan dalamnya yg wajib cuma mengajak kepada kebaikan.  saya pun rasanya boleh agak lepas ni amalan apa yang awak akan pertikai.  yang tu saya biar awak saja yg posting.  

walau bagaimanapun, saya biarkan thread ini terbuka utk rakan-rakan lain bincang.  kalau tidak saya nak tutup dalam beberapa hari lagi.

After all, dgn berpandukan kitab yg sama yg anda dan saya pegang sepatutnya dapat menghapuskan prasangka buruk anda terhadap saya


itu awak yang kata, awak ingat macam tu, tapi ada orang kata orang macam awak ni memang ada diceritakan dah dalam al-quran.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2006 06:38 PM | Show all posts
Salam hormat dari saya buat saudara M5...
dan juga buat kepada saudara2 yg lain disini...
saya ader beberapa permintaan/komen...

permintaan/komen saya:
- tujuan board ini diwujudkan adalah untuk kita berbincang/belajar/berdebat/bertukar2 pendapat..
- orang2 seperti saudara M5 bukan sahaja tidak menggugat kepercayaan/pemahaman yg saya ada...malahan orang2 seperti beliaulah yg mengingatkan dan mencabar diri saya supaya lebih mendalami/mengkaji apa yg saya yakini sebagai "betul" selama ini...
- jadi,biar pun siapa yg "datang"...penyamar atau bukan...saya yakin rakan2 seperjuangan yg ada disini berkemampuan untuk mematahkan/membuktikan hujah masing2 dengan aman..
- kepada saudara2 yg sama mengucapkan dan mengakui 2 kalimah syahadah seperti mana saya...sila betul/tegur/tambah sekiranya ada kesilapan/kekurangan dari apa yg saya tuliskan ini..

dan saya cuba untuk menjawab beberapa persoalan saudara M5 ..


Originally posted by M5 at 15-7-2006 01:13 PM
1.  Jika anda yakin kalimah 2 syahadah ada dilm al Qur'an, sila rujuk kan saya ayat tersebut.  Saya tidak nampak apa2 masalah tentang permintaan saya.


Agama Islam dibina di atas lima rukun. Mengucap dua kalimah syahadah adalah rukun Islam yang pertama. Ini telah dijelaskan oleh hadith Nabi s.a.w. yang bermaksud:

Daripada Ibnu Umar ra. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Islam itu dibina di atas lima perkara iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. Pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan puasa di bulan Ramadan". (Riwayat Ahmad, AI Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan An Nasa'i)

Sabda Nabi lagi:

Daripada Umar ra. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya tentang Islam lalu baginda menjawab, "Islam ialah engkau menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat berpuasa di bulan Ramadan dan menunaikan haji jika engkau berkemampuan. Ia berkata "engkau benar " (Riwayat Muslim)


but, since people like u already rejected hadith...
i like to paste this verse


Say: "O men! I am sent unto you all, as the Messenger of Allah, to Whom belongeth the dominion of the heavens and the earth: there is no god but He: it is He that giveth both life and death. So believe in Allah and His Messenger, the unlettered Prophet, who believed in Allah and His Words: follow him that (so) ye may be guided."  (Q7:158)

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya) dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayat petunjuk.


2.  Ayat 17.1 dan 17.2 merujuk kepada kisah perjalanan Nabi Musa.  Sila bawa bukti yg mengatakan sebaliknya.  Saya pada mulanya merasa terkejut/tergamam juga dengan penelitian tafsiran 17.1-2.  Tetapi ini tidak bererti saya perlu memejam mata dan menolak sebarang penerangan dari Kitab Al Qur'an.


ia akan menjadi sebagaimana yg saudara fikirkan biler membuat direct translation pada ayat2 Tuhan..

baiklah, sekarang selain dari ayat Q17:1 sila saudara buktikan pula :
1- bahawa Nabi Musa pernah di"israa"kan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa..
2- bahawa Nabi Musa pernah
di"mikraj"kan ke Sidratul Muntaha

sila rujuk pada thread :
http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2006 11:54 PM | Show all posts
Salam Sejahtera ibnur,

Originally posted by ibnur at 15-7-2006 03:30 PM
wassalah....
itu awak yang kata, awak ingat macam tu, tapi ada orang kata orang macam awak ni memang ada diceritakan dah dalam al-quran.


Cuma ingin juga berpesan kepada ibnur yg orang semacam anda pun ada disebut didlm al Qur'an.

Berjumpa di thread yg telah dibuka untuk kita sambung berbincang.

Salam Sejahtera.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2006 12:13 AM | Show all posts
Originally posted by karengkang at 15-7-2006 06:38 PM
Salam hormat dari saya buat saudara M5...
dan juga buat kepada saudara2 yg lain disini...
saya ader beberapa permintaan/komen...

permintaan/komen saya:
- tujuan board ini diwujudkan adalah un ...



Salam Sejahtera dan Salam Hormat kepada karengkang,

Terima kasih kerana berfikiran terbuka dalam memahami isu yg dibawa.

Originally posted by karengkang
permintaan/komen saya:
- tujuan board ini diwujudkan adalah untuk kita berbincang/belajar/berdebat/bertukar2 pendapat..
- orang2 seperti saudara M5 bukan sahaja tidak menggugat kepercayaan/pemahaman yg saya ada...malahan orang2 seperti beliaulah yg mengingatkan dan mencabar diri saya supaya lebih lebih mendalami/mengkaji apa yg saya yakini sebagai "betul" selama ini...
- jadi,biar pun siapa yg "datang"...penyamar atau bukan...saya yakin rakan2 seperjuangan yg ada disini berkemampuan untuk mematahkan/membuktikan hujah masing2 dengan aman..
- kepada saudara2 yg sama mengucapkan dan mengakui 2 kalimah syahadah seperti mana saya...sila betul/tegur/tambah sekiranya ada kesilapan/kekurangan dari apa yg saya tuliskan ini..


Now we have a sensible dialogue.  Saya setuju dengan kenyataan karengkang yg mengatakan dalam proses kita berhujah secara berilimiah, kedua2 pihak sepatutnya dapat menambah keyakinan dan secara langsung mengajak diri masing2 untuk lebih mendalami/mengkaji ttg sesuatu fahaman.

Originally posted by karengkang
dan saya cuba untuk menjawab beberapa persoalan saudara M5 ..

[quote]Originally posted by M5 at 15-7-2006 01:13 PM
1.  Jika anda yakin kalimah 2 syahadah ada dilm al Qur'an, sila rujuk kan saya ayat tersebut.  Saya tidak nampak apa2 masalah tentang permintaan saya.


Agama Islam dibina di atas lima rukun. Mengucap dua kalimah syahadah adalah rukun Islam yang pertama. Ini telah dijelaskan oleh hadith Nabi s.a.w. yang bermaksud:

Daripada Ibnu Umar ra. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Islam itu dibina di atas lima perkara iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. Pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan puasa di bulan Ramadan". (Riwayat Ahmad, AI Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan An Nasa'i) [/quote]

Untuk tidak memanjangkan thread ini dari menyimpang matlamat yg disarankan oleh pembuka thread, di izinkan Tuhan, saya akan turut memberi pandangan saya kepada post karengkang diatas, dithread yg lain.  Saudara boleh merujuk kepada perbincangan di thread yg telah saya buka kerana disana ada beberapa forumer yg menyuruh saya mengucap bagi menentukan saya ini berstatus Islam.  Atau pun saudara boleh membuka thread khusus jika perlu.

Berkenaan isu2 yg lain kita boleh sambungkan perbincangan dgn merujuk kepada thread yg sedia ada.

Salam Sejahtera.
Reply

Use magic Report

harith_hadi1204 This user has been deleted
Post time 16-7-2006 07:29 PM | Show all posts
kenapa nak mengaku diri tu Islam atau x pun susah?Sorg yg ISlam tu kan kena mengaku dgn hati, mengiakan dgn lidah dan mengamalkan dgn perbuatan...kalu lidah pun terasa berat nak mengaku diri tu ISlam(tp mungkin situasi kat sini guna perbuatan iaitu taip)...xtaula nak kata.moga2 Allah memberi kita petunjuk dan menjauhkan kita dr godaan syaitan laknatullah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2006 10:19 PM | Show all posts
M5,
Drp pengkisahan kamu mengenai diri kamu(sekiranya benar),aku dapati kamu seorang yg sedang mencari jalan kebenaran.Kamu mungkin mengkaji quran.Cuma aku tak pasti adakah kamu mengkaji quran sekadar menterjemahkan sebiji2 atau setiap patah perkataan ke dlm bahasa inggeris atau mungkin juga Melayu ataupun  mengikut disipilin2 ilmu tafsir yg betul.Yang ini penting.Apb kamu menolah hadis dan tafsir ulama muktabar melainkan hanya mengikut 'kebijakan' akal kamu semata2,apakah jaminan yg kefahaman kamu ttg sesuatu ayat sudah tepat manakala kefahaman umat Islam dan ulama muktabar sejak Rasulullah adalah salah.Siapa kamu,hebat sangatkah kamu?

Sebab itu aku pernah bercerita ttg perbezaan akal dan hati pada kamu,tp sampai ekarang kamu tak menjawabnya.Harap rujuk semula post aku itu klu kamu sudah lupa.

Sekali lg aku katakan sekiranya kamu benar2 ikhlas,mintalah dgn sepenuh hati pada 'tuanpunya' quran itu sendiri utk menunjukkan jalan kebenaran.Nescaya satu hari nanti akan ditunjukkan seterang2 jalan.Tp utk mendapat jln yg betul kadang2 kita kena 'sesat' dulu.
Reply

Use magic Report

f@uzi This user has been deleted
Post time 16-7-2006 11:48 PM | Show all posts

Sanat...

Mengaji Al-Quran kena ada sanat iaitu Guru yang mengajar Al-Quran itu jalur ajarannya kena sampai kepada Nabi Muhammad saw.   Jika M5 ada guru bersanat... bertanyalah kepada dia... orang yang ada sanat tidak hanya mentafsirkan Al-Quran hanya memakai logik akal....
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2006 12:42 AM | Show all posts
Originally posted by harith_hadi1204 at 16-7-2006 07:29 PM
kenapa nak mengaku diri tu Islam atau x pun susah?Sorg yg ISlam tu kan kena mengaku dgn hati, mengiakan dgn lidah dan mengamalkan dgn perbuatan...kalu lidah pun terasa berat nak mengaku diri tu ISl ...


Salam Sejahtera harith_hadi1204,

Jelas sekali, persoalannya bukan samada senang atau susah nak menyebut 2 kalimah syahadah.  Apa yg saya tanya ialah apakah sandaran dan rujukan tentang kalimah yg anda ingin saya sebutkan.  Jika anda sudah dapatkan sandaran anda, sila bawa ke thread yg berkaitan. Tidak disini, takut sesak sangat thread ni nanti.

Salam Sejahtera.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2006 12:51 AM | Show all posts
Originally posted by rempo at 16-7-2006 10:19 PM
M5,
Drp pengkisahan kamu mengenai diri kamu(sekiranya benar),aku dapati kamu seorang yg sedang mencari jalan kebenaran.Kamu mungkin mengkaji quran.Cuma aku tak pasti adakah kamu mengkaji quran sek ...


Salam Sejahtera rempo,

Terima kasih atas keprihatinan dan nasihat saudara.  Saya hargai pesanan anda.  Dan jika saya terabai dari menjawab post2 saudara/i yg lepas, itu tidak saya sengajakan.  Harap maaf.

Saya terima nasihat rempo untuk saya merujuk kepada sumber2 yg dipercayai bagi memahami konteks ajaran yg terkandung didlm al Qur'an.  Dalam saya mengkaji, saya juga dipesan oleh Tuhan menerusi pembacaan KitabNya yg menyatakan, ultimately, anda (saya dan setiap individu) akan dipertanggungjawabkan atas setiap tindak tanduk dan fahaman kita didunia ini.  Saya tidak boleh meletakkan Imam, Mullah, Mufti sebagai scapegoat untuk saya mengatakan saya tersilap dalam sesuatu perkara yg saya lakukan di dunia ini.  Ignorance is not an excuse since kita telah diberikan petunjuk oleh Allah di dunia ini.

Diharap ini dapat menjelaskan serba sedikit tentang perihal diri saya.

Salam Sejahtera.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2006 11:35 AM | Show all posts
salam

buat saudara rempo fauzi dan harith
jadi adakah salah bacaan seorang itu dgn yg lainnya(kebiasaannya)
sedangkan AL QURAN itu sendiri diturunkan dalam 7 qiraat
bolehkan saudara bagitau yg kesemuanya itu???

dan adakah salah tafsiran seseorang itu
sedangkan MANUSIA DIJADIKAN BERPERINGKAT KEJADIANNYA
sanggupkan saudara
maksud saya SAMPAI HIDUP SEHARIAN CAM NABI YG TERCINTA??????????????????????
(tanyalah diri sendiri)
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 01:00 AM | Show all posts

Dalam Pencarian

Salamun Alaikum

Saya juga sedang dalam pencarian, maka saya buang jauh-jauh segala prejudis, sentimen, mahupun apa saja yang dinamakan syak sbb syak itu bisikan syaitan.  Bagi saya selain M5, yg menjadi target topik ini, ada beberapa members lain yang saya rasa begitu rasional dalam memperbincangkan pegangan kita, iaitu ISLAM sebagai cara hidup atau Jalan hidup kita(Way of Life).  Jadi pada saya bukan semua jawapan yang dikehendaki  boleh terus didapati dengan 'just a finger tip or clip', ada yang just a minute ada juga yang terpaksa dibongkar dibawah timbunan-timbunan pendapat yang pada saya selagi ada fact and prove semuanya benar.  

Jadi di sini saya berpendapat, bila sahaja kita mengaku ttg keEsaan ALLAH maka Muslimlah kita, namun untuk menjadi Mukmin, kita kenalah juga percaya malaikat-malaikatNya, Kitab-KitabNya termasuk Al-Quran yang dijamin terpelihara dari segala ancaman pemalsuan dan kebengkokan, Nabi-nabi dan Rasul-Rasul termasuklah Nabi Muhammad SAW dan  Hari Kiamat seterusnya Alam Akhirat yang berkekalan, maka wajib pula kita beriman dengan Kesemuanya.......

Tentunya M5pun begitu.  Tinggal lagi hendak memaksa M5 berpegang dengan nilai-nilai orang lain yang beliau anggap tidak selari dengan pegangannya bagi saya seperti kata beliau, bolehkah kita nanti berkata 'Ya ALLAH, aku hanya mengikut dakwaan sipolan atas rekomen sipolan mengenai amalanku terhadapmu, lalu sekiranya amalnku ini salah, jgn persalahkan aku Ya ALLAH, merekalah yang bersalah kerana mereka lebih berilmu dari aku.  Ini tidak bermaksud kita menolak sal satu dari asas kepercayaan kita terutamanya kepercayaan kepada nabi-nabi dan rasul-rasul, kerana mana mungkin kita menolak kenabian dan kerasulan mereka sedangkan kita wajib percaya kepada kitabullah termasuk Al-Quran yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibrail untuk disampaikan secara HIKMAH(iaitu menyampaikan Ajaran dan Perintah ALLAH secara bijaksana: tidak terpisah Al-HIKMAH dari Al-Quran. Dan saya yakin akan janji Nabi Muhammad SAW kepada ALLAH apabila Baginda diminta berjanji untuk tidak mengada-adakan sesuatu yang bukan dari Al-Quran).

Alhamdulillah kerana saya berkesempatan untuk sama-sama memberi pendapat di sini.  Semoga kita sama-sama dapat meng'immarohkan ruang forum ini dengan pendapat-pendapat yang sentiasa bersandarkan kepada ISLAM semata-mata dengan penuh rasional..... Makbulkan DOA saya Ya ALLAH.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-7-2006 08:46 PM | Show all posts
tujuan thread ini saya buka ialah untuk M5 menangkis dakwaan bahawa dia adalah bukan islam yg tujuan ke mari adalah untuk buat kacau sahaja.  memandangkan dia sudah buat penafian dan beberapa orang sudah beri komen, saya rasa perlu tutup topik ini utk mengelakkan dari terjadi perdebatan-perdabetan pendapat yg sudah pun ada threadnya.

untuk itu kita mohon maaf dulu kepada M5 sekiranya dakwaan itu salah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.072878 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list