CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: dewamafia

Aurat & Muhrim (anakperantau, sofia80, Mgsrulz, adheq, SICUREZZA)

[Copy link]
anakperantau This user has been deleted
Post time 22-7-2006 10:42 PM | Show all posts

Pergaulan dengan ipar duai/ mentua

Assalamualaikum forumers,

Apa yang teman nak tulis ni ialah luahan tentang apa yang teman alami. Teman punya keluarga mentua semua baik2 belaka. Mereka ni hubungannya rapat; tersangat rapat. Malah kalau nak nilai dan banding dengan keluarga sendiri, teman rasa adik beradik teman ni lagilah hubungan sesama kami tak serapat tu. Adik beradik ipar ni kebanyakan kerja biasa2 saja.. paling tinggi pun takat kerani saja..

Apa yang teman rasa terbeban di hati ialah cara pergaulan yang rapat tu. Bagi teman ,mereka memang baik.. mereka menghormati dan menyanjungi tetamu.. tapi berdasarkan apa yang teman belajar kat sekolah agama dulu, teman dapati banyak yang mereka lakukan tu walau digalakkan oleh masyarakat Melayu tapi tak sejajar dengan Islamic teachings.. Contohnya, aurat sesama adik beradik ipar tak dijaga.. yang perempuan keluar bilik air berkemban perkara biasa... bersalaman sesama ipar menjadi amalan.. menutup aurat cuma keluar rumah saja... yang lelaki pun bila kat rumah pakai short pant sampai atas lutut.. walau ipar ada di rumah..

Satu lagi mereka ni bila balik berkumpul tidur ramai2 tak kisah laki ke perempuan..ipar ke biras ke, semua tidur kat satu ruang. Teman pernah suarakan kat husband, sebab husband pun alhamdulillah ada kesedaran islam.. tapi apa yang teman lihat husband ni terlalu "weak" dalam menegur ahli keluarga. Tapi kalau dengan isteri, bukan main strict lagi.. (tak apalah tu, teman terima sebagai isteri). Bila balik raya, adik beradik ni take turn untuk berkumpul rumah adik beradik.. yang jadi masalah, rumah kakak ipar teman ni bukan besar sangat, bilik ada 2, satu bilik parents, dan satu lagi bilik sesapa pun boleh masuk.. setakat ni teman tak pernah setuju kalau di ajak tidur rumah mereka bila semua orang berkumpul di rumah kakak ipar ... rumah mentua teman tak kisah..teman pun tak tahu apa pandangan mereka tapi teman rasa teman tak nak bukan tak sudi tapi sebab macamana nak jaga aurat kalau tidur b erlambak di ruang tamu, bilik persalinan campur lelaki perempuan? Teman tak nak anak teman lihat perkara2 cam tu masa dia membesar...nanti  dia fikir tak apa.. Utj pengetahuan forumers, bila tak ada perkumpulan, bukan teman tak ke rumah kakak2 ipar.. teman pergi, malah tidur lagi... cuma masa ramai2 tu teman tak senang..

sekarang ni teman ikut suami ke luar negara bertugas... so teman rasa banyak isu ipar duai mentua ni kurang sikit teman rasa... kalau tak.. hmm tah lah...tak lama lagi kami dah nak balik.. hmmm teman rasa risau balik.. tah lah.. nampak mudah kan.. tapi berat mata memandang berat lagi bahu memikul..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2006 01:21 PM | Show all posts
Assalamualaikum
sesama ipar tu masih lagi kena menjaga aurat.

Betul. Walaupun haram dikahwini selagi masih menjadi ipar, tp aurat masih kekal spt aurat dgn bukan mahram.

Hadith - Bukhari and Muslim
The Prophet  said, "The in-laws are death."


Apa yang teman rasa terbeban di hati ialah cara pergaulan yang rapat tu. Bagi teman ,mereka memang baik.. mereka menghormati dan menyanjungi tetamu.. tapi berdasarkan apa yang teman belajar kat sekolah agama dulu, teman dapati banyak yang mereka lakukan tu walau digalakkan oleh masyarakat Melayu tapi tak sejajar dengan Islamic teachings.. Contohnya, aurat sesama adik beradik ipar tak dijaga.. yang perempuan keluar bilik air berkemban perkara biasa... bersalaman sesama ipar menjadi amalan.. menutup aurat cuma keluar rumah saja... yang lelaki pun bila kat rumah pakai short pant sampai atas lutut.. walau ipar ada di rumah..  


I know how u feel. I have the same problem too. Bezanya, ia merupakan my own family. Tambah sedih my dad is a so-called "aalim" lah jugak. But so sad he never says  a word on this matter. Skit pun tak pernah tegur.
Ya Allah! Berikanlah mereka hidayah. Itu saja yg mampu ku katakan.  :cry: :pray:
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 08:08 PM | Show all posts

HUBUNGAN ANTARA ADIK BERADIK ANAK SESUSUAN

Assalamualaikum wbt

Mohon sesiapa yang arif dalam permasalahan ANAK SESUSUAN.

Apakah batas aurat antara anak kandung dan anak sesusuan, dengan ibubapa adik beradik sesuan mereka.
Kita ambil contoh bukan yg bersaudara macam sepupu tetapi memang dari keluarga yang tidak ada pertalian langsung.
Dari aspek wali sekiranya ayah kandung sudah tidak ada adakah bapa sesuan lebih layak dari adik beradik kandung atau adik beradik sesuan boleh bertindak sebagi wali.

Ada kah sejarah pada zaman2 rasulullah dulu yg boleh dijadikan pedoman.

Saya mmg kurang arif pasal nie.Harap sesiapa yang arif boleh menjelaskan.
terima kasih dan wassallam.

[ Last edited by  SICUREZZA at 23-7-2006 08:27 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 08:38 PM | Show all posts
Originally posted by SICUREZZA at 23-7-2006 08:08 PM
Assalamualaikum wbt

Mohon sesiapa yang arif dalam permasalahan ANAK SESUSUAN.

Apakah batas aurat antara anak kandung dan anak sesuan, dengan ibubapa adik beradik sesuan mereka.
Kita ambil co ...


Adik beradik susuan, atau anak susuan termasuk dalam kategori mahram kerana rada', An-Nisa' 23 menggolongkannya sebagai perempuan yg haram dikahwini. Batas auratnya serupa sahaja dengan adik beradik biasa yg lain.

Treatment pada anak susuan adalah sama sahaja dgn treatment kepada anak, kecuali dalam dua hal iaitu hal pusaka dan hal wali.Jadi jika dia masih ada adik beradik kandung, maka adik beradik kandung lebih layak untuk mewalikannya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 10:27 PM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 23-7-2006 20:38
Adik beradik susuan, atau anak susuan termasuk dalam kategori mahram kerana rada', An-Nisa' 23 menggolongkannya sebagai perempuan yg haram dikahwini. Batas auratnya serupa sahaja dengan adik be ...


terima kasih antiQue,
jelas seperti yang fahami sebelum ni.
:tq:
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 02:39 PM | Show all posts

Aurat dgn abang ipar/adik ipar atau biras lelaki.

Saya ni musykil sket tentang aurat dgn ipar duai dan biras lelaki.
Macam kalau kita balik kg tu, kena pakai tudung ke kalau abang ipar/adik ipar, biras lelaki ada sama?
Keliru sket la.. kalau ada sape2 tau, explain la...
terima kasih bagi yang menjawab...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2006 02:58 PM | Show all posts
Golongan yg boleh diperlihatkan aurat perempuan itu ada dalam ayat dari Surah An-Nur 31. Ipar lelaki / biras lelaki tidak termasuk dalam golongan yg boleh diperlihatkan aurat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 03:07 PM | Show all posts
anakperantau,
betul apa yang awak nyatakan. saya pun risau pasal tu... sebab bila balik kg, biras saya yg lelaki, hulur tangan kpd saya (nk bersalaman) saya pun was-was, boleh ke? tapi dah sebab dia hulur salam, saya pun salam je tapi segan sangat... sebab saya tak biasa... dgn sepupu lelaki pun saya tak salam dan saya takkan hulur tangan nak bersalam tapi bila diorg jumpa saya masa kt kampung, atau rumah org tua saya, mak mertua, semua hulur salam, saya pun pelik, diorg ni tak tahu ke?
tapi setakat yang saya perati, itu dah jadi macam budaya diorang..tu yang pelik tu... bahkan biras saya yang perempuan, boleh bersalam dgn bapak saya bila saya dtg ke rumahnye dgn bapak dan mak saya, tak ke pelik? sepatutnya tak boleh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2007 12:22 PM | Show all posts
saya confuse aurat dengan :

1) bapa saudara (betul2 punye bapa saudara - adik beradik mak atau ayah)
2) sepupu lelaki yang lebih muda (sebab dari kecik dah biasa main2 sama2, so bila da besar pergaulan tu masih
    sama cam masa kecik2 dulu, sebab kitorang memang takde hati pun, dah macam adik beradik, adakah sama
    cam aurat dengan lelaki tua yang tidak berkeinginan untuk berkahwin)
3) adik ipar lelaki yang jauh lebih muda cthnye beza umur lebih 10 tahun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.161127 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list