View: 2418|Reply: 7
|
APA YANG ANDA CARI DALAM BOARD MM INI..
[Copy link]
|
|
Atau tidak ada dalam senarai diatas sila nyatakan.
Tazkirah
Semua manusia lahir dalam keadaan fitrah(suci)
Diantara lahir dan kematian anda akan tempuh berbagai ujian-ujian kehidupan, tujuannya adalah untuk membuktikan siapakan diantara manusia yang paling baik amalnya. Siapakan orang yang sentiasa bergantung kepada Allah, menafikan makhluk dan mengisbatkan kepada Allah, orang yang sentiasa berusaha untuk menjadi orang yang taqwa inilah orang yang fitrah, orang yang paling baik amalnya akan mati dalam keadaan fitrah. Orang yang bijaksana ialah orang yang sentiasa menjaga dirinya supaya sentiasa dalam keadaan fitrah, dan usaha supaya orang lain juga berada dalam keadaan fitrah.
Tidak semua dapat mati dalam keadaan fitrah(suci)
Kita kena berjuang dan usahakan supaya dapat mati dalam keadaan fitrah
Diantara Ciri-ciri FITRAH:
BERSIH
1. Bersih dari dosa (Selalu bertaubat)
2. Bersih dari kelakuan dan sifat yang buruk (baiki diri)
3. Bersih dari sifat kebinatangan (Kemanusiaan)
4. Bersih dari sifat kesyaitanan (taat)
5. Bersih dari sebarang idealogi sesat (mengikut petunjuk)
6. Bersih dari sebarang kejahatan (akhlaq mulia)
7. Bersih seperti bayi yang baru dilahirkan. (Sentiasa menjaga diri dari tercemar)
PERJUANGAN
1. Menjadikan dirinya hamba kepada Allah
2. Menjadikan dunia ini sebagai hambanya
3. Mensucikan jiwanya
4. Mensucikan akhlaknya
5. Menyuruh manusia supaya menghambakan diri kepada Allah
6. Berusaha dan bersusah payah membawa dan menujukan manusia kearah pintu surga
KELAKUAN
1. Sentiasa beriman, beramal, pemaaf, redha, sabar, tawakkal, pemurah, taat, tawadhuk, pemurah, zuhud(benci dunia) dan sebagainya.
2. Tidak sombong, bakhil, bongkak, keras kepala, degil, takabbur, lahap, rakus, tamak, kejam, dengki, busuk hati, sangka buruk, dan sebagainya
Kesimpulannya: Setiap diri mesti berusaha untuk menjadi seorang manusia yang fitrah, jika kurang sifat-sifat mulia perlu dilatih, jika banyak dosa perlu bertaubat, jika derhaka tukar kepada taat, jika belum berjuang jadilah pejuang, untuk mendapatkan semua yang diatas maka perlu berusaha bersungguh-sungguh, jika anda masih gagal dan tak nampak jalan maka anda perlu gabungkan diri dengan orang yang berjuang untuk keselamatan alam akhirat yang menjalankan kerja-kerja dakwah keserata dunia, keluarlah 4 bulan dijalan Allah, insyaallah anda akan kembali kepada fitrah.
Dalil:
Barang siapa yang mati dengan akhir kalam LAALAHAILLALLAH maka wajib surga baginya (Mafhum hadist) (Mati dalam fitrah)
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.(Asy-Syams:9-10)
Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri ,(Al-A'laa:14)
[ Last edited by kuman at 28-8-2006 01:13 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
salam,
Sebab I ini serba kekurangan kesemua di atas adalah matlamat I dlm board M&M ini.
Sometimes kalo rasa lara atau malas nak beramal ibadah... I selalu fikir... buat la sesuatu atas jln Islam...sedikit pun tak apa.... at least bila dah tua atau mati nanti...tak menyesal...ada juga usaha ke jln Allah.
Astaghfirullaahal 'azhiim.... Astaghfirullaahal 'azhiim.... Astaghfirullaahal 'azhiim... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nak tengok pelbagai pendapat yg bersandarkan kepada pelbagai latarbelakang |
|
|
|
|
|
|
|
Kehidupan didunia ini adalah kehidupan yang sementara, dunia adalah darul amal, dunia ialah tempat menerima ujian dari Allah, dunia penuh dengan tipudaya, dunia penuh dengan perhiasan, dunia adalah medan perjuangan, Setiap sesuatu yang terjadi didunia ini semuanya telah diputuskan dilangit, termasuk rezeki, ajal, jodoh, keselamatan, bencana, peperangan, gembira, sedih..semuanya dari Allah, semuanya itu merupakan ujian dari Allah untuk manusia, terkadang Allah mahu kebaikan kepada seseorang diberinya ujian musibah, jika dia bersabar dan redha maka Allah akan benihkan dalam hatinya hidayah, dia akan kembali untuk mengadu kepada Allah. Jika seseorang mendapat masalah, dia diam dan tidak menceritakan kepada sesiapa, tetapi dia hanya mengadu kepada Allah, maka Allah akan membantunya, jika dia mengadu kepada sesama makhluk maka Allah swt akan membiarkan dia menyelesaikan masalahnya sendiri.
Kesemua kita orang-orang yang beriman, yakinlah bahawa Allah swt tidak kejam, dia menjadikan masalah, tetapi dia telah memberitahu bagaimana jalan untuk lepas dari masalah tersebut, Allah swt juga telah bagitau bagaimana cara untuk elakkan masalah, elak dari bencana, elak dari penyakit, elak dari kerosakan, jika ditimpa maka disediakan jalan bagi melepaskan diri, Allah swt juga benyak memberi janji bahawa dia sentiasa bersedia untuk membantu bagi orang yang meminta bantuannya, Allah swt juga banyak memberi amaran jika buat ini maka ini balasannya, apa yang menimpa seseorang adalah disebabkan amalnya sendiri, jika amalnya baik maka amalnya akan menarik rahmat dari langit, jika amalnya buruk maka amalnya itu akan menarik azab dari langit dan tertimpa atas dirinya sendiri, boleh jadi juga tertimpa sama atas keluarganya yang tidak bersalah, oleh itu kita ingat memperingatilah sesama kita supaya berkelakuan baik, jika tidak amal buruk pelaku mungkin akan terkena tempiasnya kepada kita, jika kita sudah berusaha untuk memperingatinya maka bila bala nak turun maka Allah swt akan selamatkan kita, ini janji Allah.
Kehidupan dunia ini adalah kehidupan yang sementara, susah sementara, senang sementara, sakit, suka, duka, gembira lapar, kenyang semua sementara. Akhirat adalah kehidupan yang kekal, jangan kita sia-siakan kehidupan yang singkat ini, inilah masa untuk kita berusaha kembali kepada fitrah, usaha supaya kita sentiasa suci seperti bayi, kita perlu tanya diri kita adakah Allah swt redha dengan diri kita sekarang ini, disaat ini?, tanda yang baik ialah hati merasa tenang dan tidak ada rasa takut pada mati, untuk mendapatkan perasaan ini maka kita perlu sentiasa berada dalam menyelesaikan menjalankan perintah Allah yang wajib contoh solat 5 waktu, dan cara untuk mendekatkan diri kepada Allah ialah melakukan perkara-perkara sunat atau sunnah, orang kata sunat kalau buat dapat pahala, jika tak buat tak ada apa-apa, ini kata-kata yang remeh. Hakikat yang sebenarnya ialah perkara sunat yang dibuat dapat menghampirkan diri kepada Allah.
Insyaallah... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tujuan saya masuk MM ni;
1. ilmu utk dikongsi
2. menyedarkan rakan2 agama lain
3. tambah pengetahuan
4. mengharapkan rahmat yang Allah akan berikan kepada hambaNya yang berusaha di atas agamanya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
utk mengingatkan diri yg sentiasa lalai...dan alpa... |
|
|
|
|
|
|
sauber This user has been deleted
|
Salam,
Antaranya
- melihat hujah-hujah pro dan kontra forummer disini dan pada masa yang sama cuba bersangka baik dan tidak mengklasfikasikan mazhab mereka apalagi menghukum sesat pegangan mereka secara diam atau terang.
- berkongsi pengetahuan pada yang mau
- belajar cara mengolah pengetahuan agar ia dapat disampaikan dengan lebih berhikmah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tujuan saya tak lain tak bukan adalah:-
Menambahkan rasa takut kepada Allah swt....diri ni rasa kerdil, sedih dan malu kpd Allah.Tak tau lah nape....Semoga Allah beri petunjuk. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|