|
Sekadar renungan pengalaman sembahyang jumaat di Tabung Haji
[Copy link]
|
|
Originally posted by niceghost2005 at 3-10-2006 08:33 AM
No hal.....eyoei,
Itu lah di namakan DUGAAN di dalam menjalani Usaha Dakwah.
Ia bley mendekatkan kita kpd Allah swt.
Kita lakukan lah dgn KASIH SAYANG.
Hanya :pray: mengiringi selepas ...
Saya pun pernah jumpa keadaan macam ni saya... bila saya tanya pada si dia, dia jawab... 'Saya pernah diberitahu jika yakin tidak mengotori masjid tidak mengata". Saya pun first time dengar... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ct_og at 3-10-2006 06:59 PM
Saya pun pernah jumpa keadaan macam ni saya... bila saya tanya pada si dia, dia jawab... 'Saya pernah diberitahu jika yakin tidak mengotori masjid tidak mengata". Saya pun first time deng ...
Assalamualaikum ct_og,
Teman pun pernah dengar ALASAN sedemikian.
Yakni di zaman dahulu........om pompuan TAK ADA TUALA WANITA.
Sekarang....di zaman moden, sudah ada yg dapat mengelakkan 'darah kotr' tersebut mencemari ruang mesjid!!
Apa PENDAPAT MOD Muslimin n Muslimah plak??
Wsalam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by niceghost2005 at 4-10-2006 09:48 AM
Assalamualaikum ct_og,
Teman pun pernah dengar ALASAN sedemikian.
Yakni di zaman dahulu........om pompuan TAK ADA TUALA WANITA.
Sekarang....di zaman moden, sudah ada yg dapat mengelakkan ' ...
saya pun nak share cerita pasal uzur ni...
tahun lepas saya berpeluang menunaikan umrah. dalam group saya, ada lah yg pegi anak beranak (anak perempuan & ibunya). ditakdirkan Allah, dia uzur sejak dari hari pertama lagi, jadi maknanya, masa di madinah, dia memang tak dapat langsung jejak kaki kat masjid nabi...lepas tu bila tiba di mekah, dia masih lagi uzur..
jadi bila uzur tak surut2 tapi dah tinggal lagi 2 hari je sebelum bertolak balik, ada lah satu makcik yang lain bagi saranan, nak tau apa saranan dia?????
lebih kurang mcm ni la ayat dia " ala kita ni kan kira musafir, bukan senang nak datang sini, tambang pun mahal beribu2, bukannya selalu dapat buat umrah dan tengok kaabah...kalau uzur tu tak kering2....mandi wajib je, pakai pad tebal2...lepas tu ambik wuduk...pegi je buat umrah, nak tawaf ke saie ke,solat ke, rugi pulak dah datang jauh2 tapi tak boleh masuk masjid, kalau tak dapat buat umrah byk2 kali, buat sekali jadilah...."
bayangkan la, orang tua punya cadangan, bagus betul....saya rasa terperanjat sangat cadangan tu datang dari seorang tua yg saya tengok berilmu, bertudung labuh...
dan nak jadi cerita...bila si anak & ibu ni ikut la cadangan makcik yang "bernas" tu...dia pun mandi dan terus buat umrah...bila tiba masa nak masuk masjid, utk tawaf, dia rasa lain....(yg ni tak leh nak cerita la, cencored).... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by niceghost2005 at 4-10-2006 09:48 AM
Assalamualaikum ct_og,
Teman pun pernah dengar ALASAN sedemikian.
Yakni di zaman dahulu........om pompuan TAK ADA TUALA WANITA.
Sekarang....di zaman moden, sudah ada yg dapat mengelakkan ' ...
huh!!! mod pulak kena bagi pandangan!
Pandangan saya, lebih bagus pergi tanya ustaz kat mesjid tu. Atau kalau kat Mekah, tanya penasihat tabung haji di Mekah.
[ Last edited by ibnur at 12-10-2006 07:37 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 12-10-2006 07:36 AM
huh!!! mod pulak kena bagi pandangan!
Pandangan saya, lebih bagus pergi tanya ustaz kat mesjid tu. Atau kalau kat Mekah, tanya penasihat tabung haji di Mekah.
Haper kater....MOD yg pi tanya Ustaz or Penasihat Tabung Haji. :
boleh boleh... tapi tunggu mod pi umrah atau haji. ~ibnur.
sori ler.. memula nak trekan quote tapi tertekan edit... pulak dah... tak per la adjust sikit.
[ Last edited by ibnur at 14-10-2006 04:43 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by niceghost2005 at 4-10-2006 09:48 AM
Assalamualaikum ct_og,
Teman pun pernah dengar ALASAN sedemikian.
Yakni di zaman dahulu........om pompuan TAK ADA TUALA WANITA.
Sekarang....di zaman moden, sudah ada yg dapat mengelakkan ' ...
Satu hadith yg saya rasa perlu kita renungi :
Sahih Muslim
Book 003, Number 0587:
'A'isha reported: The Messenger of Allah (may peace be upon him) said to me: Get me the mat from the mosque. I said: I am menstruating. Upon this he remarked: Your menstruation is not in your hand.
Hadith ini tidak akan hadir sekiranya benar-benar Rasulullah menghalang wanita masuk ke masjid semasa sedang dalam haid.
Saya link kan juga pada beberapa fatwa dan kertas kajian tentang hal ini :
Fatwa Sheikh Salman al-Oadah
Sheikh Sa`ûd al-Funaysân, former Dean of Islamic Law, al-Imâm Islamic University |
|
|
|
|
|
|
|
Dari konteks sains, kepentingan meluruskan saf - Zaimim dari Majalah Suasa BKPSM ( Mesir ) Edisi Musim Sejuk
Tubuh badan manusia terdiri dari dua cas elektrik iaitu cas positif dan negatif. Semasa melakukan solat berjamaah, umat Islam disyariatkan supaya melurus dan merapatkan saf, bahu bertemu bahu dan tumit bertemu tumit.
Jasmani manusia terdiri daripada banyak unsur alam. Salah satunya ialah cas-cas yang bergerak dalam badan kita. Tanpa cas ini, seseorang tidak dapat berfikir, tidak akan dapat merasa, bisu, pekak dan sebagainya. Pendek kata akal tidak berfungsi kerana semua maklumat tidak dapat dialirkan.
Cas ini bertindak sebagai pengalir maklumat untuk membantu tindakan-tindakan anggota badan yang lain. Walaubagaimanapun, kekuatan cas-cas ini amat berkait rapat dengan pergerakan harian seseorang. Semakin banyak pergerakan yang dibuat, maka semakin banyak cas-cas yang akan digunakan.
Dalam bergeseran tubuh seseorang jamaah dengan tubuh jamaah lain yang berada di kiri dan kanan, tubuh badan ahli jamaah akan mengeluarkan cas-cas yang berlebihan dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas yang berlawanan dari tubuh badan rakan dalam solat. Masing masing akan mengeluarkan cas-cas dari tubuh badan mereka dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas-cas yang berlawanan dari tubuh badan yang lain.
Pada masa yang sama, umat Islam yang menghadap ke kiblat yang merupakan pusat magnet akan mempengaruhi kedudukan cas tersebut. Dengan ini berlakulah keseimbangan cas-cas positif dan negatif. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang dan semakin segar tubuh badan kita. Justeru perhatikanlah keajaiban suruhan Allah Taala yang sangat unik ini.
Dengan itu, secara tidak langsung cas yang mengalir dari rakan-rakan sejamaah akan melahirkan suatu perasaan yang menyatukan hati semua umat Islam. Itulah dia perasaan mahabbah ataupun persaudaraan yang umat Islam tidak sedari selama ini. |
|
|
|
|
|
|
| |
|