View: 3564|Reply: 2
|
Apakah hukum mempercayai bomoh? salah satu perkara syirik...
[Copy link]
|
Melur01 This user has been deleted
|
Assalamualaikum,
Saya seringkali dengar dari rakan-rakan apabila timbul perasaan hasad dengki maka pihak ini akan berjumpa bomoh supaya sipolan bin sipolan hidupnya akan susah hanya semata-mata kerana perasaan irihati. Berjumpa bomoh apabila bergaduh dengan suami atau isteri supaya suami atau isteri mengikut cakap.
Sesiapa ada cerita yang boleh dikongsikan disini, hidup ataupun mati... akibat dari perkara syirik ini dan sehingga malaikat maut ingin mengambil nyawanya...bagaimanakah keadaan pihak ini? bukan tujuan untuk mengaibkan sesiapa tetapi sebagai teladan dan petunjuk pada kita semua... |
|
|
|
|
|
|
|
kesilapan besar ialah bertanya kepada bomoh: ini angkara siapa?
maka sibomoh pun sebutlah nama sipolan dgn bantuan 'saudaranya' ...
maka bergaduh lah mereka ... ada yg nama bapak sendiri pun disebut ... dah bergaduh anak beranak ...
sebenarnya putus silaturahim itulah yang 'mereka' suka sgt terjadi pada manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah bertanya pada banyak bomoh yg ada kelebihan dgn 'saudaranya'.Biasanyer jin la kan.Aku tanya balik bomoh tu, 'saudaranya' tu dapat mana berita2 tu.Tuk moh boley ke confirmkan yg berita yg 'sudaranya' tu sampaikan tu tak menipu atau kelentong.Sebab sebaik2 jin adalah sejahat2 manusia.Manusia yg jahat biasanya suka menipu.Apatahlagi si jin yg paling baik pun masih dibawah martabat manusia yg paling jahat.Kalau tak bleh kompomkan 'sudaranya' tu tak kelentong..toksah ah jadi bomoh.Buat gaduh umat manusia je.Dan biasanya bomoh tu bengang ngan aku.
-Voodo- |
|
|
|
|
|
|
| |
|