CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2560|Reply: 10

Maksiat Yang Tersembunyi

[Copy link]
Post time 18-10-2006 08:49 AM | Show all posts |Read mode
Budaya hiburan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2006 08:50 AM | Show all posts
Dalam pada itu, ada pula maksiat yang macam lemak, gula dan cili, sekali pandang ia tidak kelihatan seperti maksiat. Malahan ia tidak pun dianggap sebagai maksiat. Maka seluruh manusia bergelumang di dalamnya. Dari pihak atasan hinggalah ke peringkat bawahan. Dari pemimpin hinggalah kepada rakyat jelata. Dari guru hinggalah kepada anak murid. Orang bandar hinggalah kepada orang kampung. Namun mudharatnya makan dalam. Sedikit demi sedikit, ia merosakkan. Lama kelamaan seluruh masyarakat jatuh sakit dan pincang.

Maksiat yang tidak dianggap maksiat ini ialah maksiat yang ada hubungkait dengan hiburan. Ini termasuklah tari-menari, nyanyian dan muzik, olahraga dan sukan. Ramai orang sukar menerima bahawa tarian, nyanyian, muzik dan sukan adalah bentuk-bentuk maksiat sepertimana juga ramai yang tidak dapat menerima bahawa lemak, gula atau cili itu adalah racun kerana kita telah terbiasa dengannya. Kalau tak ada, makan tak sedap.

Tetapi siapakah yang boleh menolak hakikat bahawa semua itu mudharat dalam jangka panjang. Siapa yang boleh menolak hakikat bahawa mudharatnya makan dalam. Kalau mudharatnya telah berleluasa dalam masyarakat, ia susah untuk dipulihkan. Sama susahnya untuk memulihkan orang yang sudah terkena penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan lemah jantung akibat dari terlalu banyak makan lemak, gula dan cili.

Orang-orang yang terlibat secara terus dengan tari-menari, nyanyian dan muzik, olahraga dan sukan yang kita lihat di pentas, di auditorium, di kaca TV, di studium dan gelanggang sukan dan yang berkumandang suara mereka di radio tidaklah ramai. Mereka itu pula tertakluk kepada syarat-syarat dan disiplin yang tertentu dan tidak bebas berbuat sesuka hati mereka. Tetapi apa yang menjadi masalah ialah peminat-peminat di seluruh negara yang terdiri berbagai-bagai peringkat umur, berbagai tahap pendidikan dan berbagai tahap akhlak dan moral. Mereka tidak tertakluk kepada apa-apa syarat dan disiplin. Mereka bebas berbuat apa sahaja sesuka hati mereka.

Semua mereka ini terpengaruh dengan tari-tarian yang mereka lihat, dengan nyanyian dan muzik yang mereka dengar dan dengan olahraga dan sukan yang mereka turut memberi sokongan. Mereka dibuai dan dilalaikan dengan hiburan-hiburan seperti ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2006 08:52 AM | Show all posts
Lama-kelamaan, watak saikologi dan minat mereka ini akan cenderung semata-mata kepada segala apa yang berbentuk hiburan. Hiburan menjadi tunjang utama dalam hidup mereka. Apa-apa pun berhibur. Lapang-lapang sikit berhibur. Sudah tidak ada perkara yang serius dalam hidup mereka lagi. Hidup mereka tidak lain hanya untuk berhibur.

Masyarakat atau bangsa yang mempunyai saikologi seperti ini susah untuk dididik supaya menjadi satu bangsa yang membangun dan yang berkemajuan. Jauh sekalilah untuk menjadi satu bangsa yang mendukung, menguatkan dan memperjuangkan agama.

Bangsa yang asyik dengan berhibur ialah bangsa yang lemah jiwa, lemah pendirian, suka meniru orang, tidak ada jati diri, suka berfoya-foya dan berjiwa hamba. Bangsa yang gila dengan berhibur ialah bangsa yang tidak tahu apa erti pengorbanan dan apa erti tanggungjawab untuk memartabatkan bangsa dan agama.

Lebih teruk lagi, bangsa yang terkena sindrom berhibur ini sangat terdedah kepada pengaruh-pengaruh liar dan jahat. Mereka jinak dengan maksiat. Rokok, dadah, arak, pergaulan bebas, seks bebas, rosak moral, bohsia, bohjan dan seribu satu macam salah laku. Tidak ada apa-apa kekuatan dalam jiwa dan diri mereka untuk menolak pengaruh-pengaruh liar dan jahat ini. Malahan apa yang ada dalam diri mereka hanyalah dorongan dan kecenderungan untuk berbuat apa sahaja asalkan dapat berhibur.

Tidak ada siapa yang dapat mereka contohi dan dapat jadikan role model dalam hidup mereka kecualilah para-para artis, dan jaguh-jaguh sukan. Mereka inilah yang menjadi idola mereka. Mereka inilah yang cuba mereka tiru. Apa hasilnya?. Apakah akan terjadi pada orang yang meniru para artis dan ahli sukan juga. Mungkin ada sedikit yang mampu dan berkebolehan. Yang ramainya akan kecundang. Mereka akan cari jalan lain untuk memenuhi keinginan mereka itu.

Mereka akan ikut pop, rock, thrash metal, heavy metal, doom metal, black metal dan sebagainya. Mereka akan memenuhi disko dan pusat-pusat karaoke. Mereka berfoya di sini dan berfoya di sana. Melepak di sini dan melepak di sana. Dalam benak mereka tidak ada lain melainkan artis, lagu, muzik, sukan, pelakon dan isu-isu yang hanya ada sangkut paut dengan dunia hiburan. Bahan bacaan mereka hanyalah akhbar dan majalah hiburan. Percakapan dan bualan mereka di sekitar dunia hiburan. Hiburan, hiburan, hiburan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2006 08:53 AM | Show all posts
Mereka terlalu asing dengan persoalan iman, taqwa, akhlak, memperbaiki diri, bermujahadah, mengenal diri dan pembinaan insan. Mereka tidak faham apa hablumminallah dan hablumminannas. Mereka tidak tahu apa dia fardhu ain dan apa dia fardhu kifayah. Mereka tidak tahu membaca Al Quran. Yang mereka tahu hanya melalak sini, melalak sana.

Inilah kesan dari budaya hiburan. Maksiat yang makan dalam. Kita sibuk dan kita marah anak-anak muda kita tidak berdisplin, tidak ada tujuan hidup, tidak ada cita-cita dan tidak berkemajuan. Walhal kitalah yang telah merosakkan dan mengusir semua itu dari dalam hati dan jiwa mereka dengan tidak berhenti-henti menyogok mereka dengan hiburan. Maksiat yang selama ini kita tidak anggap sebagai maksiat.

Percaya atau tidak, sedar atau tidak, inilah dia perancangan Nasrani dan Yahudi yang halus dan licik. Setelah jiwa anak-anak muda kita dilemahkan, dilalaikan dan diracuni dengan hiburan-hiburan; ada yang berbentuk tari-menari, nyanyian, muzik dan sukan; maka mudahlah bagi mereka memperkotak-katikkan masyarakat dan bangsa kita. Para artis, para pemuzik, ahli-ahli sukan dan olahraga hanyalah alat-alat mereka. Matlamat mereka yang sebenar ialah untuk merosak dan menjajah dan melemahkan fikiran dan jiwa masyarakat, rakyat dan bangsa kita.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2006 01:39 PM | Show all posts
SALAM 2 winamp.

Saya setuju mengenai topik ini dan perenggan akhir mengenai keterlibatan musuh tradisi dari golongan semitik.  Namun kesengkokolan mereka dengan peneraju utama si Sang Iblislah menjadikan kerja mereka bertambah suksesi!  Si Iblislah yang menyuntik kedalam pemikiran mereka idea-idea yang begitu tersusun dan amat halus guna mempengaruhi pemikiran umat Islam dan dalam masa yang sama mempengaruhi seluruh manusia tanpa mengenal sempadan geografi dan budaya.  Dan disebelah pihak umat Islam pula, siIblis Laknat ini jugalah yang melunakkan jiwa dan perasaan yang dikuasai nafsu untuk dengan mudah menerima budaya yang merosakkan ini.  Jadi siIblis menjelajahi dan menakluki kedua-dua belah sempadan ini dengan memperkudakan nafsu manusia, tak kira siapapun mereka itu.

Namun ada satu perkara mengenai HAKIKAT.
Hakikatnya segala perbuatan itu dengan Izin ALLAH jua, kenapa ALLAH izinkan?  Kerana hendak menguji IMAN dan TAQWA kita.  Kenapa ALLAH nak uji?  Kerana hendak diberi balasan pada kerajaanNya yang Kekal nanti.  

Maka pendekatan saya(ini pandangan peribadi saya sahaja), maka saya ambil pedoman dari  firman-firman ALLAH di dalam Al-Quraan keseluruhannya sebagai keakuran saya kepada RABBULJALIL yanh juga MALIKIYAUMIDDIN kerana ALLAHA 'IBADIHI LAKHOBEERUNABADSEER.

Sebagai panduan saya, maka saya selalu mengingati ayat-ayat dibawah sebagai panduan induk saya, sebagai pertimbangan semua.  Ianya berkedudukan seawal Suroh iaitu Al-Baqoroh kerana ada Rahmatnya yang ALLAH letakkan ayat-ayat tersebut disitu untuk diambil sebagai pengajaran dan panduan.  ALLAHULALIMULHALIM


165.
Namun begitu, ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah untuk dijadikan sekutu-sekutuNya, mereka mencintainya, sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta  kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman  itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya,  



166.  
Bilamana ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka.



167.
Dan  berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau kami dengan itu dapat kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)!" Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka segala perbuatan mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka.


Kalau kita melihat ayat-ayat diatas secara supermakro, keterlihatanlah musuh-musuh kita yang bersekongkol dengan si Iblis Laknatullah melakonkan watak mereka dalam misi mengajak kita kearah kekafiran, lihatlah peringatan ALLAH pada suroh yang sama, dibawah:




[120] Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu  sehingga engkau menurut ugama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya Petunjuk Allah itulah Petunjuk yang Benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya  Pengetahuan kepadamu, maka kamu tidak akan ada, terhadap Allah, wali (pelindung) dan tiada juga penolong.

Namun jika kita melihat pada sudut mikro, faktor kesalahan diri sendiri terhadap ancaman berterusan oleh siIblis patut diambil kira.  Kita mesti berusaha sehingga berupaya membina sistem pertahanan ampuh dan kental dalam mengelak dari serangan bertaliarus Iblis and da gang.  Untuk itu sebagai perisai kehidupan, kita JANGANLAH mengambil mana-mana ilah atau panduan atau perantara, kerana Nabi Muhammad SAW sendiripun menTauhidkan ALLAH, tidak patutlah kita mengambil manusia dan kitab ciptaan manusia sebagai perisai atau sumber perisai, maka itulah sistem pertahanan ampuh berjaya dibina dalam diri Rasulullah SAW, lihat firman ALLAH, yang dituturkan oleh Nabi Muhammad dibawah:

Al-Anbiyaa:



24]
Patutkah mereka menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah? Katakanlah: Bawalah keterangan dan bukti kamu; kandungan Al-Quran ini menjadi peringatan dan bukti tauhid umatku, juga peringatan dan bukti tauhid umat-umat yang dahulu daripadaku.Bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui mana yang benar dan mana yang salah, dengan sebab itulah maka mereka berpaling ingkar.



Sebagai kesimpulan peribadi(sekadar untuk pertimbangan), selagi hati kita berbelah-bagi untuk menumpahkan sepenuhnya rasa kecintaan/ketaqwaan/ ketauhidan, tunduk dan patuh yang mandatori kita terhadap ALLAH sebagaimana tumpahnya kecintaan Nabi Muhammad SAW terhadapNya tanpa prasangka, maka selagi itulah tusukrasukan mesrahalus si Iblis melalui agen-agennya mahupun dari luar atau dari dalam tidak dapat ditangkis.  Dan pada masa yang sama, fitnah-fitnah yang secara pakage berlaku sejak sekianlama keatas  Nabi Muhammad SAW sejak kewafatanBaginda  akan gugur bertaburan dan lenyap di tiup seperti gugurnya daun kering yang disembur racun terhebat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 12:42 AM | Show all posts
sekarang dah berleluasa niat menghalalkan cara. contoh meraikan anak yatim dengan berhibur dan konsert rock atau dangdut amal...
Reply

Use magic Report

Follow Us
dragon90 This user has been deleted
Post time 19-10-2006 03:01 PM | Show all posts
baguslah dah sedar... aku tengok banyak org yang sembahyang cukup.. tapi suke dengar muzik yang tak berfaedah..... pergi konsert rock...tengok movie omputih... macam sia2 jer amal....  sebab buat dosa kecil yang berterusan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2006 10:46 PM | Show all posts

ups thread ni...

bukannya  apa, perbetulkan diri jua....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2006 10:54 PM | Show all posts
Originally posted by dragon90 at 19-10-2006 03:01 PM
baguslah dah sedar... aku tengok banyak org yang sembahyang cukup.. tapi suke dengar muzik yang tak berfaedah..... pergi konsert rock...tengok movie omputih... macam sia2 jer amal....  sebab buat d ...



amal itu tidak sia-sia, tetap akan dikira....
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2006 04:29 PM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 22-11-2006 10:46 PM
bukannya  apa, perbetulkan diri jua....


K stuju...dgn ussopp...Dlm kehidupan kite ni ade mcm2 faktor yg bleh mendorong seseorg muslim itu utk buat dosa..Dan dlm kehidupan kite ni tahap iman setiap individu muslim tu jugak berbeza-beza antara satu dgn yg lain...

Tapi ape yg paling penting la pada K ialah pendirian diri sendiri yg K anggap sebagai ssuatu yg penting utk mengelakkan diri kite sbg muslim drp melakukan benda2 negatif..yg ditegah oleh Allah SWT...

Pd pendpt K laa...kalu iman kite kuat..pendirian kite kuat..maka kite sendiri bleh mendisplinkan diri utk menempis perkara2 negatif disekeliling kite...Btul tak member2 semua?...Kite buat benda2 ni pun semuanye utk kebaikan diri sendiri..biler kite buat ssuatu yg baik kite akan merasa kebaikannye kalu kite buat ssuatu yg tak baik..kesannye buruk la..

[ Last edited by  kinky71 at 12-12-2006 04:39 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2006 08:48 PM | Show all posts
Alhamdulillah kerana hari ini dapat meyaksikan peningkatan mereka yang berminat kepada program-program berunsur keAgamaan Islam semakin bertambah berbanding masa terdahulu.  Benar le seperti janji Allah... jika Dia berkehendak maka manusia akan berbondong-bondong mencari diri Nya... Kepada yang berilmu dan memahami... maka peringatkanlah kepada mereka yang tidak tahu...dakwah itu bermula pada diri sendiri, keluarga kemudian barulah orang disekitaran dengannya... Ketahui lah yang Allah tidak menilai kepada hasil pekerjaan itu, tetapi dia menilai kepada kesungguhan usaha itu dikerjakan... berusaha le kita agar menjadi hambaNya yang dirahmati dan diredhai...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.350758 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list