CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7733|Reply: 17

Tokong Yasukuni, tempat persemadian 2.5 juta warga perang Jepun

[Copy link]
Post time 27-3-2007 11:01 AM | Show all posts |Read mode
Tokong Yasukuni, tempat persemadian 2.5 juta warga perang Jepun
27-03-2007 10:03:56 AM
Oleh Mohd Haikal Mohd Isa




TOKYO: Telah banyak yang diperkatakan dan ditulis tentang Tokong Yasukuni di Jepun.

Tokong itu yang terletak di tengahtengah kesibukan kota metropolis Tokyo beberapa kali menimbulkan perbalahan antara Jepun dan dan jiran-jirannya.

Ia dibina pada 1869 atas arahan Maharaja Meiji untuk memperingati tentera Jepun yang gugur dalam perang Boshin. Bagaimanapun nama asalnya Tokyo Shokonsha diubah kepada Yasukuni pada 1879.

Tokong agama Shinto itu hari ini merupakan kawasan persemadian kirakira 2.5 juta rakyat negara "Matahari Terbit" yang terkorban dalam peperangan sehingga Perang Dunia Kedua bagi pihak diraja Jepun.

Bagi penduduk luar terutamanya di Korea Selatan dan China, Tokong Yasukuni dilihat sebagai simbol kekejaman tentera Jepun di Asia. Pada 1985 Kerajaan keduadua negara jiran itu membantah lawatan menterimenteri kabinet Jepun ke tokong itu. Pekara yang sama berlaku apabila bekas Perdana Menteri Jepun Junichiro Koizumi melawat tokong itu beberapa tahun yang lepas.


KEMARAHAN TERHADAP YASUKUNI
Kemarahan mereka tertumpu kepada tindakan pihak pentadbir tokong yang turut menyemadikan penjenayah perang yang didapati bersalah oleh mahkamah antarabangsa selepas Perang Dunia Kedua.

Terdapat 14 penjenayah perang "Kelas A" yang yang disemadikan di tokong itu, selain daripada lebih 1,000 bekas tahanan perang Jepun yang turut disabitkan dengan pelbagai jenayah perang.

Dengan maklumat yang serba sedikit itu, saya memulakan perjalanan ke Tokong Yasukuni bersama pelbagai pertanyaan dalam fikiran saya.

Adakah kedatangan seorang warga asing ke tokong yang menjadi pusat kepada semangat nasionalis Jepun itu akan disambut baik?, tanya hati, tanpa sebarang jawapan, malah disambut dengan lebih banyak pertanyaan.


MEMASUKI KAWASAN SUCI AGAMA SHINTO
Bagaimanapun saya bertekad mahu ke Yasukuni untuk melihat dari dekat apa yang menjadikannya begitu kontroversi dan menimbulkan kemarahan berjutajuta penduduk di luar Jepun.

Tepat pukul 5.30 pagi keesokan harinya, pemandu teksi membawa saya ke tokong itu. Akhirnya saya berada di destinasi yang saya tuju.

Jam di tangan menunjukkan pukul 6.30 pagi dan dalam kesejukan cuaca pagi yang yang menjunam ke 4 darjah Celcius, saya berdiri di bawah pintu masuk pertama "Torii Gate", menandakan kedatangan seseorang ke sebuah kawasan yang suci.

Persekitaran tokong itu sangat sunyi, hanya terdapat beberapa warga Jepun yang menggunakan kawasan luas di tokong itu untuk bersenam.

Terdapat tiga buah "Torii Gate" di Tokong Yasukuni, pengunjung ke kawasan suci itu akan disambut pula dengan ukiran tugu gangsa seorang individu penting dalam sejarah ketenteraan Jepun.


BERHADAPAN DENGAN TOKONG YASUKUNI
Tugu Omura Masugiro yang berdiri megah kirakira 50 meter atas tanah dengan tangannya memegang pedang pahlawan Jepun seolaholeh memerhati keadaan sekeliling tokong Yasukuni.

Omura yang diiktiraf sebagai pengasas pasukan tentera diraja dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ketenteraan Jepun meninggal dunia pada 1869, kira-kira sebulan sebulan selepas beliau diserang oleh bekas samurai di Kyoto.

Meneruskan langkah sambil diperhatikan oleh warga Jepun, mungkin pelik akan kehadiran warga asing di tokong suci itu seawal pagi, saya melalui dua buah lagi struktur besar "Torii Gate," sebelum berhadapan pula dengan "Haiden" atau kawasan beribadat utama di tokong Yasukuni itu.

Sehelai kain berwarna putih sentiasa dilabuh di hadapan pintu masuk ke "Haiden". Berdiri di tepi, saya memerhatikan para pengunjung tokong akan berhenti di bawah kain putih itu dan bertafakur kirakira seminit bagi rohroh (kami) yang kini menjadikan Yasukuni sebagai kediaman mereka sebelum meneruskan perjalanan ke tempat lain di tokong itu.


MEMPELAJARI "SEJARAH" TENTERA JEPUN DI YUSHUKAN

Daripada kawasan ibadat itu, saya ke arah kanan melepasi sebuah bangunan kayu kecil yang menjual barangan ibadat dan cenderamata serta deretan kertaskertas kecil yang digantung.

Tidak lama selepas itu pengunjung akan menemui pula muzium yang dipanggil "Yushukan", yang menyediakan maklumat tentang peperangan yang ditempuh Jepun serta persenjataan yang digunakan oleh samurai ketika zaman maharaja dan anggota tentera negara itu ketika Perang Dunia Kedua.

Muzium itu turut diselubungi kontroversi kerana dakwaan versi dan pengertian sejarah ketenteraan Jepun yang dipaparkan olehnya adalah berlainan dengan pengertian sejarah oleh dunia luar.

Para pengunjung yang ingin melihat artifak yang terdapat dalam muzium yang dibina pada 1882 itu, perlu membayar Yen800 (RM24).


TUGU-TUGU KUDA DAN ANJING YANG TUMBANG DI MEDAN

Muzium itu mempunyai berbelasbelas galeri yang menyediakan pelbagai maklumat sebagai contohnya, semangat Samurai, sejarah tokong Yasukuni, sejarah tradisi ketenteraan Jepun, pemberontakan Satsuma, peperangan Sino-Jepun, peperangan RusiaJepun dan peperangan rantau Asia Timur.

Di aras bawah muzium itu pula, pengunjung berpeluang melihat dari dekat senjata-senjata sebenar yang digunakan oleh anggota tentera Jepun di medan perang seperti pesawat pejuang "Zero", kereta kebal dan kapal selam berani mati "Kaiten".

Perkara yang paling menarik perhatian di luar muzium adalah kehadiran tugutugu kuda dan anjing bagi memperingati haiwan-haiwan itu yang mati di medan peperangan ketika berkhidmat untuk tentera diraja Jepun.

Menurut maklumat di tokong itu, dianggarkan sejuta kuda mati di medan perang dari 1904 hingga 1945 dan majlis memperingati haiwan itu diadakan oleh bekas warga tentera Jepun pada 7 April setiap tahun.


MENINGGALKAN YASUKUNI YANG PENUH KONTROVERSI

Tidak jauh dari tugutugu haiwan itu, terdapat pula tugu seorang ibu bersama-sama tiga anaknya yang masih kecil bagi memperingati semua ibu-ibu yang ditinggalkan oleh suami mereka kerana perang dan terpaksa membesarkan anak-anak seorang diri.

Di perkarangan "Yushukan" itu, terdapat juga model kapal perang terunggul Jepun ketika Perang Dunia Kedua, "Yamato" dan sebuah lagi tugu bagi memperingati juruterbang-juruterbang pesawat pejuang negara itu yang terbunuh di medan perang.
Jam di tangan sudah pun menunjukkan pukul 10 pagi dan saya memutuskan untuk meninggalkan tokong Yasukuni.

Selepas menghabiskan kira-kira empat jam di Yasukuni, melawan kesejukan cuaca di Tokyo dan renungan pelik warga Jepun, saya meninggalkan kawasan suci penganut agama Shinto itu dengan rasa puas hati dengan apa yang saya telah saksikan. Tetapi banyak lagi yang perlu saya ketahui sebelum saya dapat memahami dengan baik dilema yang dihadapi tokong Yasukuni.  BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2007 12:31 PM | Show all posts
aku heran kenapa Orang China Dan Korea marah sangat kat sesiap yang melawat Tokong Yasukuni
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 02:36 PM | Show all posts

Reply #2 action_kamen's post

Sebab ada tentera yang diabadikan disitu berstatus penjenayah perang dan tak patut didewa2kan. China dengan Korea antara negara paling teruk menerrima kesan pendudukan Jepun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2007 06:26 PM | Show all posts
tp diorg bjaya mmbuktikan bahawa org asia mmpu kalahkan org puteh.. haha.. org melayu patut tiru org jepun ni. x yah dewakan raja, sembah je Allah. x yah tunggu smangat kamikaze, smangat jihad kan ade.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2007 11:53 PM | Show all posts
Semoga roh bekas-bekas tentera Jepun yang buat zalim kat rakyat Malaysia ni ditempatkan di neraka jahanam...

Amin...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2007 08:50 AM | Show all posts

Reply #4 homer_simpson's post

Betul....depa mampu kalahkan omputih...tapi apa jadi, 3 tahun aje lepas tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2007 09:56 AM | Show all posts
Maharaja Hirohito semasa hayat dia selepas perang tidak pernah melawat Yasukuni disebabkan sami-sami kat situ seolah2 membesar2kan penjenayah2 perang WW2 walaupun Maharaja tersebut adalah penjenayah perang paling besar yang tak dapat didakwa atas sebab beliau seorang raja dan mampu menyatukan rakyat yang pada masa itu menganggap dia tu Tuhan..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2007 11:56 PM | Show all posts
yasukuni ka...nie la tempat yg jadi kebanggan depa waktu perang dunia dulu ...macam kita bangga mati shahid

ware ware ha...heika no kougun de aru!!!
(we're all your majesty imperial army)

ware ware no mezashi to ha....yasukuni ni metateiru koto
(our fate is to be seletected to yasukuni..)

asoko ni mitehou..
(see you there)

sambil aktifkan bom tangan n letakkan kat perut...

tenno heika!!!...banzaiiii BOOMMMM

[ Last edited by  AzusaFuyutsuki at 4-7-2007 12:03 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2007 09:24 AM | Show all posts
Pada pendapat aku,memang patut Jepun nih kena bom atom.Padan muka dengan diorang.Aku sikit pun tak  rasa kesian kat rakyat Jepun yang mati dan yang hidup menderita.Sebab rakyat diorang nih pun menyokong tentera tentera Jepun menjajah nagara lain.The Japanese deserve it at that time.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 03:58 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 04:53 AM | Show all posts
tentera korea n tentera manchuria yang ikot jepong pon kena masuk jahannam gak no, habis la gadis2 peminat movie korea ngan jepong pakat kecewa...

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 02:33 PM | Show all posts
mereka sama2 kejam & zalim... manusai ke haiwan...
mcm yakjuj&majuj gayanye..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2010 10:28 AM | Show all posts
setiap manusia yang berusaha tuhan bagi ganjarannya.. tetapi..
kalau baik perbuatannya... ganjaran diterima
kalau sebaliknya.. balasan pula
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2010 05:44 PM | Show all posts
bape ramai yg terkorban dek Jepun di Bumi MELAYU.....tapi skrng, x de produk Jepun kat umah x sah... toshiba, yamaha, suzuki argh mcm2 lah!
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2010 10:43 AM | Show all posts
Yasukuni Shrine March




A little Japanese boy can be seen dressed-up in Japan's imperial military uniform at the Yasukuni Shrine. He was visiting the Yasukuni Shrine march, which honours wartime leaders convicted by an Allied tribunal as war criminals, along with millions of war dead.




A woman wearing a Japanese army cap and carrying a banner saying ' kamikaze ', a word used to describe suicide attacks by Japanese pilots during World War Two. The Yasukuni Shrine honours wartime leaders convicted by an Allied tribunal as war criminals, along with millions of war dead.




Dressed in a former imperial army uniform, a Japanese veteran poses as photographers focus on him at the Yasukuni Shinto Shrine in Tokyo. the war shrine is expecting the usual crowd: veterans, relatives of the war dead, tourists - and militarists brandishing Rising Sun flags and shouting diatribes against China.













Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2010 11:02 PM | Show all posts
Reply 15# HangPC2


   gmbr bawah skali dh macam Hitler Jepun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2010 09:56 AM | Show all posts
kalu jepun nie...aku adore ngan semngat samurai diorg.....sanggup mati demi negara
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2010 03:38 PM | Show all posts
Reply 17# cilok


   smngt banzai/kamikaze/samurai diorng mmg kuat...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.062806 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list