CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: Nape?Tak caye?

JIN DAN MANUSIA

[Copy link]
Post time 26-6-2007 09:30 AM | Show all posts
Originally posted by saifulms at 25-6-2007 11:54 PM


Tu Jin seribu satu malam..
Sekarang pun masih ada Jin yang macam itu, yakni Jins Shamsuddin....





p/s: ek? boleh ke buat lawak camni???


adeeh... lawak pagi selasa......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2007 09:43 AM | Show all posts
teringat kat seorg teman ym yg send msg mintak tolong... sepupunya hilang (lelaki).. dia bertolak pd suatu dr
rmhnya utk belayar, tiba2 boss tel pg esoknya bertanya kemana spupunya yg tdk muncul2 sedangkan kapal sdh nk blabuh...

setelah mencari dan report kt polisia xjugak bhasil.... kluarganya guna khidmat bomoh melalui bantuan jin.. jugak xberhasil, dh byk duit habis
kt bomoh... dia disyaki berada sekitar keramat dan ampang (lelaki ni asal johor). In pun tanya bagaimana dia tahu sepupunya berada di sini...?
org bunian yag ckp... maka In pun .... hrp xguling2 jer dpn lptop... awat xsuruh jer si bunian tu bwk balik, kn senang cerita.... marah lak
dia ni kt In krn main2kn bunian tu...
In ckp bunian adalah istilah melayu (awat lak xde bunian kt negeri omputih?). ia spesis jin gak.... mati hdup dia xcaya... malah marah In sbb main2kn
bunian yg di anggap lbh baik dr jin.... sampai sudah x ym lagi In.... adeehh,, putus kwn psl bunian.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2007 12:03 PM | Show all posts

ANTARA AMALAN SUFI DAN AMALAN KHADAM

ANTARA AMALAN SUFI DAN AMALAN KHADAM

Di dunia kini, ramai dapat kita lihat orang yang mempunyai kelebihan-
kelebihan yang luar biasa. Selalunya kelebihan-kelebihan tersebut
berpunca dari amalan-malan tertentu yang mereka amalkan untuk sekian
lama.

Kelebian-kelebihan ini pula termasuklah kebal, tak lut ditetak
parang, pandai mengubat penyakit, boleh ghaib, boleh berjalan di atas
air, boleh terbang di udara, boleh hidup dalam air, boleh hidup dalam
tanah, boleh nampak benda-benda yang lazimnya tidak boleh dilihat
dengan mata kasar, boleh tahu siapa yang akan datang ke rumahnya
walaupun orang itu belum sampai dan bermacam-macam lagi perkara pelik
yang mencarik adapt.

Umunya, perkara ini berasal dari 2 sumber. Pertama, melalui ilmu
sihir yang diajar oleh syaitan dan kedua dari sumber yang hak dan
benar.

Tentang sihir, jelas kedudukannya adalah haram. Sihir itu bersyarikat
dan bersekutu dengan syaitan. Ia tersimpang dari jalan kebenaran.
Natijah dari sihir hanyalah kesesatan, kerosakan, kemusnahan dan
penderitaan bagi umat manusia.

Tentang kelebihan-kelebihan yang berasal dari sumber yang hak pula
ada 2 bentuk. Ada yang diperolehi dari amalan-amalan sufi dan ada yang
diperolehi dari amalan-amalan khadam.

Orang yang mengamalkan sufi ialah orang membersih dan meyucikan
hatinya, yang bermujahadah melawan nafsunya, yang menghampirkan
dirinya kepada Tuhannya dan yang beramal khusus untuk menuju kepada
Tuhannya.

Apabila Tuhan sudah kasih dan sayang padanya, maka diberiNya berbagai
kemuliaan pada orang itu sama ada dalam bentuk karamah, maunah atau
bantuan. Justeru itu kita lihat ramai orang sufi yang sudah samapai ke
tahap Muqarrabin (hampir dengan Tuhan)

Mempunyai berbagai-bagai kelebihan. Mereka tidak memintanya, tidak
berusaha untuk mendapatkannya dan bukan itu matlamat amalan mereka.
Matlamat mereka hanyalah untuk mendapat Tuhan. Hanya itu satu anugerah
dan kemuliaan yang Tuhan beri pada mereka.

Ini sangat berbeza dengan orang yang mendapat berbagai-bagai
kelebihan melalui amalan khadam. Orang ini beramal juga. Orang ini
bersembahyang juga, puasa juga, zakat juga dan mengerjakan haji juga.
Ditambah pula dengan wirid, zikir dan membaca ayat0ayat Quran yang
tertentu sehingga beribu atau beratus kali banyaknya.

Orang ini beramal bukan untuk Tuhan atau untuk menuju kepada Tuhan.
Dia tidak mudah membersih dan membaiki hatinya. dia tidak bermujahadah
dan melawan nafsunya. Kalaupun dia tidak terlibat dengan maksiat, itu
hanya kerana hendak menjaga pantang larang amalannya supaya amalannya
tidak rosak atau terbatal. Tujuan dia beramal tidak lain dan tidak
bukan hanyalah untuk mendapatkan kelebihan dari amalan dan ayat-ayat
yang dibaca dan diwiridkannya itu. Dia hendakkan kelebihan..  Dia
bukan hendakkan Tuhan.

Memang setiap ayat Quran itu ada kelebihanna. Setiap ayat ada juga
khadamnya yang menjaganya. Orang yang mengamalkan amalan khadam ini
sebenarnya meminta kelebihan dari khadam itu sendiri dan bukan dari
Tuhan. Kalaupun diberi, khadam itu akan mempermain dan memperhambakan
dia. Khadam itu akan merasa dirinya lebih hebat dan lebih berkuasa
dari dia. Khadam itu tidak akan menghormati dia.

Bagi orang sufi, Tuhan sendiri yang memberikannya kemuliaan, walaupu
kemuliaan dan kelebihan itu tidak dipinta. Justeru itu, para khadam
sangat hormat dan akur kepada orang sufi seperti ini kerana dia adalah
orang Tuhan dan orang kesayangan Tuhan.

Orang yang mengamalkan amalan khadam, dapat atau tidak dapat
kelebihan yang dia cari, dikhuatiri dia terlibat dengan amalan syirik
sebab dia beramal kerana selain daripada Allah. Yang susahnya,
amalannya nampak macam betul. Dia sembahyang, dia puasa, dia bayar
zakat, dan dia pergi haji. Malahan segala apa yang dibaca semuanya
ayat-ayat Quiran beaka. Dalam banyak hal, dia pun seperti orang sufi
juga.

Cakapnya pun banyak berkisar tentang hal-hal agama. Kecuali bila
menyebut tentang Allah atau Tuhan, dia banyak menggunakan istilah-
istilah simbolik seperti " Hak Dia.". "Dia punya." "Bila Dia hendak,
Dia bagilah." Atau "Dia lebih tahu."jarang dia sebut nama Allah atau
nama-nama Tuhan yang lain secara terus. Dia juga jarang cakap tentang
Tuhan dan sifat-sifat Tuhan, hanya tentang kelebihan-kelebihan yang
ada pada orang ini dan orang itu yang mereka itu pengamal khadam dan
telah dapat sedikit sebanyak kelebihan.

Dia banyak kenal orang-orang yang telah pernah mendapat kelebihan
amalan khadam ini. Dia kurang kenal para wali dan orang-orang Tuhan.
Kalau berhadapan dengan orang Tuhan atau wali Allah pun dia tidak
kenal.

Akhlaknya seperti biassa. Seperti orang awam. Dia tidak terlibat
dengan maksiat secara lahir tetapi hati dan jiwanya tidak halus dan
tidak seni. Tidak nampak kesan mujahadah atau tarbiah pada dirinya.

Orang yang terlibat dengan amalan khadam ini perlu disedarkan dan
diberi ilmu. Mereka perlu kembali kepada Tuhan dan bergantung harap
sepenuhnya kepada Tuhan. Mereka perlu berusaha untuk mendapat rahmat,
keampunan dan kasih sayang Tuhan. Kelebihan yang mereka cari itu tidak
ada makna apa-apa dan tidak ada nilai di sisi Allah. Bukan itu yang
dituntut oleh agama. Adalah lebih baik mereka memperbaiki diri,
membersihkan diri, memberishkan hati dari segala sifat-sifat yang
keji, bermujahadah mendidik hawa nafsu dan menanam segala sifat-sifat
kehambaan dalam hati mereka seperti siat tawadhuk, sabar, tawakal,
bergantung harap dengan Allah, rasa hina, rasa bersalah, rasa berdosa,
rasa lemah, rasa kerdil dan rasa jahil di hadapan Tuhan Azza wa jalla.
Itulah sebenarnya jalan kebenaran.

Kuliah Abuya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 05:23 PM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 28-6-2007 12:03 PM
ANTARA AMALAN SUFI DAN AMALAN KHADAM

Di dunia kini, ramai dapat kita lihat orang yang mempunyai kelebihan-
kelebihan yang luar biasa. Selalunya kelebihan-kelebihan tersebut
berpunca dari am ...


apa pula hantu?

Jika bila orang mati dan dia pergi samaada syurga ataupun neraka.. kenapa ada hantu di bumi?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 06:22 PM | Show all posts

Reply #44 wei_loon5063's post

Rasanya dah ada penerangan kat tempat lain.

Yang orang kata hantu tu, dari spesis Jin dan syaitan la... mereka boleh menyerupai orang yang dah mati dengan sebab untuk menyesatkan manusia

Ada juga orang percaya hantu tu berasal dari orang mati, namun menurut Islam dan dari pendapat yang sahih, orang yang mati tempatnya di alam barzakh (alam kubur: bukan kubur kat dunia ni)

Alam barzakh boleh jadi taman dari taman2 syurga, atau satu liang dari liang2 neraka.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 06:26 PM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 6-7-2007 06:22 PM
Rasanya dah ada penerangan kat tempat lain.

Yang orang kata hantu tu, dari spesis Jin dan syaitan la... mereka boleh menyerupai orang yang dah mati dengan sebab untuk menyesatkan manusia

Ad ...


Oo... toyol? pontianak?

saya sangat interested dengan paranormal ini...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2007 06:57 PM | Show all posts
mungkin jin la... atau saudara mara kaum kerabat keturunan jin... atau ilmu2 hitam (black magic) yang menyebabkan orang2 tertentu nampak jelmaan lembaga2, sedangkan mungkin tak semua orang nampak
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 07:35 PM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 6-7-2007 06:57 PM
mungkin jin la... atau saudara mara kaum kerabat keturunan jin... atau ilmu2 hitam (black magic) yang menyebabkan orang2 tertentu nampak jelmaan lembaga2, sedangkan mungkin tak semua orang nampak


maksud kau semua benda paranormal yang kita lihat di bumi semua kerja Jinn jinn?

Jinn aladin tu cerita semata mata atau benar wujud?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2007 07:41 PM | Show all posts
Benda pelik yang jahat2 tu selalunya kerja jinn.

Ada juga rerkara2 luar biasa dari jin/syaitan yang disebut istidraj, kadang2 tidak dapat dikenal pasti sebab nampak macam kesan baik namun boleh mengelirukan orang yang tidak berilmu.

Perkara2 luar biasa yang lain dengan izin Allah:
Mukjizat (para nabi)
Karamat (para auliya' - orang hang hampir dengan Allah)
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 07:55 PM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 6-7-2007 07:41 PM
Benda pelik yang jahat2 tu selalunya kerja jinn.

Ada juga rerkara2 luar biasa dari jin/syaitan yang disebut istidraj, kadang2 tidak dapat dikenal pasti sebab nampak macam kesan baik namun bole ...


Oohh....

Dimanakah mereka? di dunia? kenapa ada orang boleh temu mereka ada yang tak boleh?

pernah kau jumpa?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 08:04 PM | Show all posts
Jinn dan Syaitan ada di dunia ni.

aku pernah bercakap dengan orang yang dimasuki Jinn, tetapi tak pernah melihat Jinn dalam bentuk asalnya
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 08:05 PM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 6-7-2007 08:04 PM
Jinn dan Syaitan ada di dunia ni.

aku pernah bercakap dengan orang yang dimasuki Jinn, tetapi tak pernah melihat Jinn dalam bentuk asalnya


di dunia maksud kau alam semesta atau bumi?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 08:11 PM | Show all posts
banyaknya di bumi sebab bumi dihuni oleh 2 makhluk yang akan dibalas kebaikan dan kejahatan:

1) manusia
2) jinn

tak mustahil jinn boleh tinggal di tempat lain selain di bumi
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 08:13 PM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 6-7-2007 08:11 PM
banyaknya di bumi sebab bumi dihuni oleh 2 makhluk yang akan dibalas kebaikan dan kejahatan:

1) manusia
2) jinn

tak mustahil jinn boleh tinggal di tempat lain selain di bumi


hmmm.... saya pun percaya ada makluk selain dari manusia...

mereka ini tinggal di dimensi lain...

pancaindera kita tak dapat lihat mereka....

sekarang CERN sedang buat research nak keluar dari dunia manusia ini.. iaitu dimensi ke lima......

nanti ada pulak cinta antara manusia dan jinn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.065089 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list