|
saya nak tanya apabila keluarga si mati menjemput orang untuk bacaan tahlil untuk si mati, betul ke bacaan/tahlil tersebut tidak membawa kebaikan untuk si mati..tolong jelaskan sesapa yang tau |
|
|
|
|
|
|
|
off-topic sorry, tanak kacau thread orang lain
nak tanya sket kat mekma
''tau tak semua kaum wanita bila aurat tak tutup solat tu sia2 saja.."
betul ke apa yg mekma tulis ni?
kalau solat tak tutup aurat tu mmg la batal n sia2
tapi mekma maksudkan pompuan islam yg freehair tu
semua solat dorang sia2....
biar betul mekma
bagi la dalil2 sket.. thks..:flower:
|
|
|
|
|
|
|
|
ni aku copy dari mix chinese
10 jenis solat tidak diterima
RASULULLAH bersabda bermaksud: 揝esiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat, dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya. |
|
|
|
|
|
|
|
mana ada orang solat tak tutup aurat..semua tutup..yg dimaksudkan kat situ dah tentu orang tu solat tapi bila keluar rumah atau ngan bukan muhrim aurat dibuka.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mekma at 28-8-2007 02:00 PM
mana ada orang solat tak tutup aurat..semua tutup..yg dimaksudkan kat situ dah tentu orang tu solat tapi bila keluar rumah atau ngan bukan muhrim aurat dibuka..
yang ini macamana :
''Orang lelaki solat sendirian tanpa membaca sesuatu."
sah ke kalau lelaki solat sendirian tanpa membaca sesuatu?....
semoga kita dberi petunjuk..........:flower:
|
|
|
|
|
|
|
|
mekma,
mekma boleh baca jawapan dari thread berkenaan tahlil dan kenduri arwah. ada banyak perbincangan situ. mekma buka thread index. saya dah indexkan thread berkenaan tahlil tu. maaf yer, sebab connection saya slow. kalau saya nak buka thread index tu ambil masa.
haarman,
takkan tak baca fatihah kot? ada 3 bacaan wajib iaitu fatihah, salawat dalam tahiyat akhir dan bacaan tahiyat akhir. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 ibnur's post
ohh ya ke, tima kasih ya bagitau..
untuk penerangan lebih lanjut lebih baik en haarman tanya orang yang lebih arif..tq |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 ibnur's post
Originally posted by mekma at 28-8-2007 10:03 AMtau tak semua kaum wanita bila aurat tak tutup solat tu sia2 saja..
since ibnur malas nak baca, let me summarize for u:
dalil yang menyokong kenyataan mekma diatas berasal dari....
Rasulullah bersabda: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 haarrmann's post
betul gak tuh ...
sy pun musykil gak nihh!! betul ker kalau x pakai tudung solat x diterima?? org zaman dulu jarang yg pakai tudung mcm mana ekk??
[ Last edited by zamnie at 29-8-2007 03:50 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ni mek copy dari soal jawab ugama ...darul numan
Apakah tanda-tanda yang amal ibadah kita di terima oleh ALLAH SWT?
Nazri, Sunway
Jawapan:
Begitu besar rahmat dan kasih sayang Allah kepada umat manusia di dunia ini, sehingga tidak ada satu makhlukpun yang mampu menghitung besarnya rahmat Allah tersebut. Rahmat Allah yang luas itu diberikan kepada siapa yang dikehendakiNya tidak kira kepada orang yang beriman ataupun kepada orang ingkar. Dalam beribadah kepada Allah seseorang akan merasakan nikmat kedamaian dalam jiwanya jika ibadahnya diterima oleh Allah. Hati mereka menjadi tenteram bahkan segala kativiti harian yang dilakukannya diserahkan kepada ketentuan dan takdir Allah, setelah itu apapun ganjaran yang diterimanya diterima dengan perasaan redha.
Jika perasaan redha dan sabar telah menyatu dalam kehidupan dan keperibadian seseorang maka ini suatu bukti bahawa amalan yang dilakukannya itu diterima oleh Allah. Tetapi jika mereka tergolong orang yang taat mengerjakan ibadah,namun pada masa yang sama masih melakukan pekerjaan mungkar dan terkutuk, sehingga tidak meninggalkan bekas dalam hati dan kehidupannya. ini membuktikan bahawa amalannya tidak diterima oleh Allah.
********Contoh lain, umpamanya dalam ibadah solat dengan tegas Allah jelaskan "bahawa solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar". Namun dalam praktiknya ramai orang mengerjakan solat tetapi pada masa yang sama melakukan kemungkaran, ini suatu bukti bahawa tanda-tanda amalan solatnya tidak diterima oleh Allah. Kerana ibadah solatnya tidak memenuhi ketentuan yang telah digariskan oleh Allah SWT tadi. Begitu juga dalam ibadah haji, jika seseorang setelah kembalinya daripada tanah suci memiliki keperibadian yang mulia dan berubah dari kurang baik kepada yang lebih baik, ini membuktikan bahawa hajinya tergolong haji yang mabrur ertinya hajinya diterima oleh Allah. Tetapi ada juga sekembalinya dari tanah suci keperibdiannya lebih jahil daripada sebelumnya, ini membuktikan bahawa hajinya adalah haji mardud ertinya amalannya ditolak oleh Allah SWT *******
Puncak dari diterimanya amalan seseorang itu adalah hati mereka menjadi aman dan tenteram dengan mengingat Allah SWT. Firman Allah SWT maksudnya: "Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingat Allah lah hati menjadi tenteram". (Ar ra'd ayat 28) Wallahu A'lam.
Sila rujuk buku-buku berikut:
1. 170 Amalan Yang Diterima DN 260
2. 170 Amalan Yang Ditolak DN 261
3. Penawar Jiwa DN 049 |
|
|
|
|
|
|
| |
|