|
Originally posted by cyborq at 17-10-2007 08:58 PM 
http://us.f583.mail.yahoo.com/ya/download/us/ShowLetter?box=Inbox&MsgId=589_1215335_30521_4200_0_0_46335_438705_1001220716&bodyPart=4&YY=67055&y5beta=yes&ymv=0&y5beta=yes&order=down&sort=date&pos ...
huh??2019??malaysia tak sempat mencapai wawasan 2020....... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cyborq at 17-10-2007 08:58 PM 
http://us.f583.mail.yahoo.com/ya/download/us/ShowLetter?box=Inbox&MsgId=589_1215335_30521_4200_0_0_46335_438705_1001220716&bodyPart=4&YY=67055&y5beta=yes&ymv=0&y5beta=yes&order=down&sort=date&pos ...
tak sempat malaysia nak kecapi wawasan 2020...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #49 GRINDSAKHTANIC's post
MAHAthir pandang jauh sangat..
hehe..
itu xtaw nak cakap r kan..
hehe..
tp.. kalo bab neh pasti ada sesuatu yg lain selepas blackhole..
org kata kita akan mati bila masuk blackhole..
so.. maybe ada something di sebelah sana yg ALLAH nak cover..
dia akan tunjuk bila sampai masanya nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|

MILKY WAY GALAXY |
|
|
|
|
|
|
|

SOLAR SYSTEM |
|
|
|
|
|
|
|
GALAKSI
Galaksi adalah gabungan berbilion bintang. (Bintang ialah objek-objek angkasa besar seperti matahari. Bumi dan bulan bukan bintang). Terdapat tiga trilion bintang di dalam galaksi terbesar. Di dalam galaksi bersaiz sederhana, terdapat kira-kira 200 ke 300 bilion bintang, sementara terdapat sekitar 100 bilion bintang di dalam galaksi kecil.
Di dalam galaksi-galaksi bersaiz sederhana atau besar, terdapat satu pusat galaksi. Sekeliling pusat galaksi ini adalah tangan-tangan yang berputar pada kelajuan yang besar. Tangan-tangan ini terdiri daripada bintang-bintang, gas dan awan-awan debu.
Dengan tangan-tangan dan pusatnya, galaksi-galaksi adalah objek angkasa terbesar di angkasa. Kelompok-kelompok galaksi ini juga membentuk kelompok-kelompok objek angkasa yang lain. Terdapat beratus-ratus galaksi di dalam satu kelompok galaksi. Tambahan pula, kelompok-kelompok galaksi ini membentuk kelompok-kelompok objek angkasa lain. Kelompok galaksi ini makin membesar dan terus membesar.
Sekarang mari kita senaraikan kembali apa yang telah kita perhatikan setakat ini:
* Galaksi adalah himpunan berbilion, malah bertrilion bintang-bintang.
* Galaksi-galaksi yang besar dan sederhana mempunyai pusat galaksi.
* Galaksi mempunyai tangan-tangan terdiri daripada bintang-bintang, gas dan awan-awan debu. Tangan-tangan ini berputar keliling pusat galaksi pada kelajuan yang tinggi.
* Galaksi-galaksi berkumpul untuk membentuk kelompok galaksi. Kadangkala, terdapat beratus-ratus galaksi di dalam satu kelompok galaksi. Kelompok-kelompok galaksi ini juga berkumpul di dalam himpunan kelompok.
Simpan di dalam fikiran kamu, sebuah galaksi yang terkumpul daripada 100 bilion bintang-bintang adalah sebuah galaksi kecil, jangan lupa setiap bintang adalah sekurang-kurangnya sebesar matahari. Tambahan pula, terdapat planet-planet besar dan kecil seperti Bumi kita yang berputar mengelilingi semua bintang-bintang ini.
Sekarang, fikirkan perkara berikut: Bolehkah berbilion-bilion bintang dapat berkumpul secara kebetulan di dalam keadaan yang tersusun? Bolehkah bintang-bintang ini secara spontan mengadakan satu aturan yang membolehkan mereka bergerak tanpa berlanggar dengan objek-objek angkasa yang lain (contohnya Bumi kita dan planet-planet lain)?
Sudah tentu mustahil. Ini bererti bahawa bintang-bintang yang berputar dengan kelajuan yang tinggi tanpa berlanggar dengan objek-objek angkasa yang lain sejak mula kewujudannya adalah satu petanda kewujudan Allah: Pencipta, Perancang, Pengatur dan Pentadbir seluruh alam. Allah telah menjadikan banyak laluan untuk planet-planet, bintang-bintang dan komet-komet di angkasa. Semua objek-objek angkasa ini mengikut laluan mereka sendiri tanpa berlanggar dengan yang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
BIMA SAKTI (MILKY WAY)
Bimasakti adalah nama bagi galaksi di mana terletaknya Bumi kita. Galaksi Bimasakti amat besar. Seperti galaksi-galaksi besar yang lain, Bimasakti juga mempunyai pusat galaksi.
Bintang-bintang di dalam pusat-pusat ini adalah bintang-bintang tua; mereka berwarna merah atau kuning. Bintang-bintang pada tangan-tangan galaksi ini selalunya adalah bintang-bintang biru yang muda dan panas. Gas dan awan-awan debu terdapat di dalam tangan-tangan ini.
Bimasakti berbentuk pusar; sebenarnya bentuk galaksi ini adalah seperti "roda pin". Iaitu, ia mempunyai tangan-tangan pada pusatnya yang keluar ke arah bahagian luar. Terdapat empat tangan. Atau dikenali sebagai "Tangan Pemburu" (Hunter Arms). Kumpulan planet yang dikenali sebagai "Sistem Suria" terletak pada tangan ini, dan Bumi kita adalah satu daripada planet-planet di dalam kumpulan ini.
Sistem Suria kita terletak sedikit agak jauh daripada pusat galaksi ini. Matahari (dan sistem Suria kita) mengelilingi pusat galaksi ini, dan menyempurnakan satu putaran setiap 220 juta tahun atau lebih. Bimasakti ini telah mengekalkan bentuk dan pergerakannya selama berbilion-bilion tahun. Walaupun bintang-bintang di dalamnya beredar dengan kelajuan yang hebat, mereka memelihara laluan mereka sendiri.
Bagaimana pun, mustahil bagi bintang-bintang ini untuk membentuk bentuk-bentuk seperti ini dengan sendiri. Mustahil juga untuk mereka mencapai persepakatan; untuk beratur dengan cara yang paling tepat dan bergerak dengan cara paling tersusun. Tidak mungkin juga undang-undang yang mengatur bintang-bintang ini membentuk dengan sendirinya.
Tidak ada kuasa lain selain daripada Allah yang berupaya menjadikan berbilion-bilion bintang gergasi di dalam cakerawala yang teratur ini. Allah menjadikan mereka dan undang-undang yang mengawal mereka. Mereka semua bersaksi dengan kekuasaan dan pentadbiran Allah ke seluruh alam semesta ini. Kerana itu, setiap cebis maklumat yang kita pelajari tentang alam ini mengingatkan kita kepada kewujudan Allah dan penciptaannya. Dengan cara ini, Allah juga menunjukkan kepada kita kebijaksanaan dan pengetahuan-Nya. |
|
|
|
|
|
|
|
BINTANG BINTANG
Bintang-bintang dan planet-planet terbentuk melalui pemampatan jirim-jirim gas dan debu di angkasa yang dinamakan "nebula". Kerana itu, nebula, sumber objek-objek angkasa ini, mempunyai peranan utama di cakerawala ini. Nebula tidak mempunyai cahaya sendiri seperti bintang. Oleh itu, sukar untuk melihatnya. Ia hanya dapat dilihat apabila gas dalamnya mengeluarkan cahaya atau jika ia memantulkan cahaya daripada bintang-bintang. Kita juga dapat melihatnya apabila ia dilintasi satu sumber cahaya.
Bintang memberikan kepanasan, cahaya dan tenaga. Selain daripada bintang-bintang kecil, terdapat juga bintang-bintang besar. Sebenarnya matahari bukan bintang utama seperti yang kita sangka; terdapat banyak bintang-bintang lebih besar daripadanya.
Tahukah kamu bintang juga mempunyai jangka hayat? Bintang bukan benda hidup, tetapi seperti juga benda hidup, mereka juga dilahirkan, hidup dan mati.
Sebuah bintang gergasi selalunya mati di dalam letupan besar, jirim-jirim yang membentuknya akan berselerakan ke serata arah. Daripada pecahan-pecahan ini, ia membentuk elemen-elemen yang menyebabkan kemusnahan bintang-bintang dan planet-planet kecil yang berdekatan. Matahari dan planet-planet di dalam Sistem Suria dan Bumi kita telah terbentuk berikutan letupan sebutir bintang gergasi pada masa silam. |
|
|
|
|
|
|
|
MATAHARI
Matahari adalah objek angkasa terbesar di dalam Sistem Suria ini. Ia terdiri daripada gas-gas yang panas dan bercahaya. Setiap saat, berlaku letupan di permukaannya, seolah-olah matahari itu sendiri adalah sebutir bom nuklear gergasi. Letupan-letupan permukaan ini adalah sama dengan tenaga yang dihasilkan oleh berjuta bom atom. Ia melontarkan api 40-50 kali ganda lebih besar daripada Bumi.
Matahari kelihatan seperti bola api dan mengeluarkan kepanasan dan cahaya daripada permukaannya. Jika matahari tidak wujud, kita akan sentiasa berada pada waktu malam, dan seluruh dunia kita akan diliputi salji. Lebih penting, tidak akan ada hidupan di Bumi ini.
Matahari terletak berjuta-juta kilometer daripada Bumi, dan hanya satu bahagian daripada dua ribu kepanasan yang dipancarkannya mengenai Bumi.
Jika suhu Bumi sudah cukup tinggi walaupun dengan jarak di antara Bumi dan matahari, kamu boleh bayangkan betapa panasnya matahari? Ahli sains mengeluarkan anggarannya. Bagaimanapun, kita tidak dapat mengetahuinya dengan membandingkan dengan suhu yang sama di dunia. Di permukaan matahari sahaja, suhunya ialah 6,000癈. di dalamnya, ia meningkat sehingga 12,000,000癈. Tiada kepanasan di Bumi yang dapat kamu bandingkan dengan kepanasan ini! Tangan kamu hanya dapat menyentuh air sekitar 50癈. Walaupun pada musim panas, suhu hanya berada sekitar 40-50癈.
Contoh ini membuktikan Allah telah menetapkan jarak di antara Bumi dan matahari dengan tepat. Jika matahari sedikit hampir kepada kita, semua yang berada di Bumi akan layu dan kering oleh kepanasan dan bertukar menjadi abu. Bagaimanapun, jika ia sedikit terlebih jauh, semuanya akan beku. Sudah tentu hidupan tidak akan wujud di dalam kedua-dua keadaan ini. |
|
|
|
|
|
|
|
TARIKAN GRAVITI MATAHARI
Bumi bergerak pada kelajuan setinggi 108,000 kilometer (70,000 batu) per jam di dalam orbitnya mengelilingi matahari. Disebabkan oleh kelajuan tinggi Bumi ini, tarikan graviti matahari amat penting. Jika matahari berkurangan tenaga gravitinya, kita akan melayang keluar ke angkasa lepas bersama dengan Bumi. Ia akan memusnahkan Bumi
Sebaliknya pula, jika matahari mula menggunakan tenaga graviti yang terlalu kuat, Bumi kita akan tertarik kepada matahari dan menjadi cair. Dalam keadaan in juga kita akan musnah. Selain itu, daya tarikan graviti matahari juga memelihara planet-planet di dalam orbit mereka daripada berlanggar antara satu sama lain.
Bukan matahari sahaja yang mempunyai tarikan graviti. Planet-planet di dalam Sistem Suria ini juga mempunyai kuasa tarikan graviti mereka sendiri. Contohnya, tarikan graviti Bumi menarik bulan ke arahnya. Kerana tarikan graviti ini, bulan berada pada satu jarak. Dengan cara ini, Bumi tidak akan berlanggar dengan bulan. Tidak dapat diragukan lagi, kuasa Allah yang tidak terbatas telah memelihara bulan daripada jatuh ke Bumi.
Terdapat tarikan graviti lain yang sama dengan matahari, yang direka khas untuk membolehkan manusia hidup. Iaitu tarikan graviti Bumi yang memberikan kita berat badan. Kuasa graviti ini, yang kita rasai sebagai berat, menahan kita di atas Bumi dan membolehkan kita berjalan dan berlari dengan mudah tanpa melayang ke angkasa.
Kuasa graviti boleh bertambah atau berkurang daripada kuasanya yang asal. Jika ia berkurangan, kamu akan berjalan di udara dan tidak dapat menyentuh lantai dengan kaki kamu. Kamu tidak dapat bergerak sesuka hati kamu; kamu akan melayang-layang dari satu tempat ke satu tempat, melambung apabila kamu melangkah dan melanggar siling. Begitu juga sekiranya tarikan graviti Bumi terlalu kuat, kamu tidak dapat berjalan kerana kamu akan ditarik ke tanah. Kamu hanya dapat merangkak di atas tanah. Tetapi, ini tidak berlaku kepada kita; Allah menjadikan kuasa graviti yang tepat untuk kita. |
|
|
|
|
|
|
|
If the creations are that big then how big are the creator himself. One word, "Subhanallah" |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by enzo at 18-12-2007 11:18 PM 
If the creations are that big then how big are the creator himself. One word, "Subhanallah"
Yeah, That's right.. |
|
|
|
|
|
|
|
Persoalan yang selalu timbul dimindaku adalah bagaimana ahli sains dapat mengandai rupa bentuk Galaksi Milky way atau Bima sakti ini sedangkan kita berada di dalamnya.Jika Galaksi Andromeda lainlah sebab kita boleh mengambil gambar rupabentuknya.
adakah semua galaksi sama bentuk. |
|
|
|
|
|
|
|
So far ada tak comet atau...apa2 yg berpontensi utk langgar bumi kita nih... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #61 winamp05's post
Hang scan dan taruk kat sini lah |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sayapghaib at 19-12-2007 02:01 PM 
Persoalan yang selalu timbul dimindaku adalah bagaimana ahli sains dapat mengandai rupa bentuk Galaksi Milky way atau Bima sakti ini sedangkan kita berada di dalamnya.Jika Galaksi Andromeda lainl ...
Bolek ka tumpang jawab...
ginilah..kalaulah kita dpt ambil gambar semua objek sekeliling kita dan setiap objek tu kita tahu kedudukan, bentuk dan jaraknya..adakah boleh kita plotkan satu gambar rupabentuk kawasan sekeliling kita?..tentu bolehkan.
Jadi saintis mengesan gelombang2 latar belakang dan gelombang objek yg menyebbkan mereka mendapat tahu semua maklumat yg diperlukan utk menggambarkan btk galaksi kita..
Dgn menggunakan software tertentu plot 3 dimensi dpt dibuat dgn mudah..sekian.terima kasih.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|