CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16489|Reply: 17

Datuk Siamang Gagap

[Copy link]
Post time 7-1-2008 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Datuk Siamang Gagap pahlawan Negeri SembilanOleh Hussain Said



LAKARAN wajah Datuk Siamang Gagap


Kahar Mukmin berjaya halau Inggeris dalam Perang Bukit Putus

JIKA negeri lain berbangga kerana memiliki pahlawan terbilang menentang Inggeris, Negeri Sembilan juga tidak terkecuali mempunyai tokoh yang boleh dibanggakan dan disanjung tinggi kerana berjuang menentang penjajah itu.

Kahar Mukmin atau lebih dikenali Datuk Siamang Gagap adalah tokoh terawal yang menentang Inggeris dalam "Perang Bukit Putus", peristiwa yang menjadi titik tolak kepada campur tangan Inggeris di negeri yang terkenal dengan adat Perpatih itu.

Sebenarnya, campur tangan Inggeris di Negeri Sembilan berpunca daripada krisis dan pergolakan takhta kerajaan negeri antara Tengku Laksamana Antah dan Tengku Ahmad Tunggal pada 1872 iaitu selepas kemangkatan Yamtuan Imam.

Datuk Siamang Gagap yang berasal dari suku Tanah Datar di Seri Menanti adalah pembesar Istana Seri Menanti dan kedudukannya ketika itu sama seperti Menteri atau Bendahara yang mengetuai pentadbiran dalam takhta kerajaan.

Beliau mendapat gelaran Datuk Siamang Gagap apabila dikatakan bersendirian dalam menentang orang Rawa (Temusi) yang cemburu dengan kemajuan dan kemakmuran Seri Menanti dan kerana kehandalannya itu beliau diberi gelaran itu oleh Yamtuan Radin.


MASJID yang dibina Datuk Siamang di Kampung Terusan Juasseh


Walaupun Yamtuan Radin mangkat pada 1861, Datuk Siamang Gagap masih menjadi pembesar istana yang penting di bawah pentadbiran Yamtuan Imam yang menggantikan kekandanya itu dari 1861-1869.

Kemangkatan Yamtuan Imam menyebabkan berlaku krisis mencari pengganti baginda dan Tengku Ahmad Tunggal, putera sulung Yamtuan Radin dikatakan menuntut hak supaya dirinya dilantik menjadi Yamtuan.

Namun, atas sebab-sebab tertentu, pembesar istana dikatakan enggan melantiknya dan Datuk Siamang Gagap secara tegas mengangkat Tengku Ampuan Intan, yang juga isteri kepada Yamtuan Radin sebagai pemangku takhta kerajaan.

Sebenarnya, keputusan Datuk Siamang Gagap melantik Tengku Ampuan Intan itu tidak mendapat persetujuan sepenuhnya daripada Datuk Penghulu Luak dan Orang Empat Istana yang kemudian melantik Tengku Laksamana Antah, putera Yamtuan Radin iaitu anak saudara kepada Yamtuan Imam menaiki takhta kerajaan pada 1972.
Pelantikan Tengku Laksamana Antah sebagai Yamtuan itu, iaitu kira-kira tiga tahun selepas kemangkatan Yamtuan Imam mendapat tentangan daripada Tengku Ahmad Tunggal.

Penentangan itu dikatakan menjadi pergolakan penting dalam sejarah takhta kerajaan yang membawa kepada meletus perang saudara yang tercatat dalam sejarah Negeri Sembilan sebagai "Perang Bukit Putus".

Tengku Ahmad Tunggal yang kecewa kemudian meninggalkan Seri Menanti dan bertemu dengan Datuk Kelana Putera, Undang Luak Sungai Ujung iaitu Datuk Kelana Putera Syed Abdul Rahman yang simpati dengan nasibnya.

Pada masa ini, Inggeris yang sudah pun memerintah Melaka dengan menerima arahan dari Singapura sejak perjanjian Raffles dengan Sultan Hussein Shah pada 7 Mac 1819 memainkan peranan untuk mencampuri urusan di Negeri Sembilan.

Inggeris yang datang ke Sungai Ujung (dikenali Seremban) sebenarnya terpikat dengan bijih timah menyatakan sokongan kepada Datuk Kelana Putera dan berjanji memberi bantuan kepadanya sekiranya hendak menyerang Seri Menanti dalam usaha membantu Tengku Ahmad Tunggal merebut takhta kerajaan.

Menerusi janji dan bantuan Inggeris itu menyebabkan krisis takhta kerajaan negeri bertambah parah yang akhirnya berlaku peperangan antara Sungai Ujung dan Seri Menanti yang dikenali sebagai "Perang Bukit Putus".

Dalam peperangan itu, penduduk Seri Menanti yang berdiri teguh di belakang Yamtuan Antah diketuai oleh Datuk Siamang Gagap sementara penduduk Sungai Ujung diketuai Kapten Murray, seorang pegawai tentera Inggeris.

Pada peringkat awal, pasukan Datuk Siamang Gagap berjaya mengundurkan lawan hingga ke Paroi tetapi pihak Inggeris kemudian menambah kekuatan dengan membawa askar sepoi dari Melaka untuk membantu.

Pihak Inggeris dengan senjata lengkap akhirnya memenangi pertempuran pada 1874 itu dan bagi mengelakkan ditawan, Yamtuan Antah melarikan diri ke Johor sambil Datuk Siamang Gagap meneruskan perjuangan menentang kemasukan Inggeris ke Seri Menanti.

Ketika Datuk Siamang Gagap merancang mahu bertindak balas, beliau mendapat tahu Yamtuan Antah dikatakan sudah menerima syarat berdamai yang dibuat oleh Fredrick Alusysweld.

Namun, dikatakan perjanjian antara Yamtuan Antah dengan Inggeris pada 4 Jun 1887 itu terus mendapat tentangan daripada Datuk Siamang Gagap dan bagi mengendurkan suasana, pihak Inggeris dikatakan menawarkannya menunaikan fardu haji ke Makkah.


MAKAM Datuk Siamang di Masjid Kampung Terusan Juasseh, Kuala Pilah.

Ketika pemergian Datuk Siamang Gagap ke Makkah, Inggeris dikatakan mengambil kesempatan memeterai perjanjian dengan Yamtuan Antah dan apabila pulang beliau akhirnya terpaksa mengalah sebaik mengetahui perjanjian itu sudah ditandatangani.

Selepas menandatangani perjanjian itu, Inggeris berjaya meletakkan pengaruhnya dengan lebih berkesan di Seri Menanti dan kedudukan bandar diraja itu kian tersepit selepas Yamtuan Antah mangkat kira-kira empat bulan selepas perjanjian itu.

Bagaimanapun, dalam usaha Inggeris mahu melantik Tengku Muda Chik menjadi Yamtuan bagi menggantikan Yamtuan Antah yang mangkat pada 1888, Datuk Siamang Gagap keras menentang.

Akibat penentangan itu, pihak Inggeris dikatakan melantik Tuanku Muhammad menjadi Yamtuan dan akhirnya pada 13 Julai 1889, Inggeris menamakan Martin Lister sebagai Residen Inggeris pertama di Negeri Sembilan.

Mengikut sumber Datuk Siamang Gagap yang benci dan menentang kuat terhadap Inggeris kemudian mengundurkan diri daripada menjadi pembesar istana dengan melarikan diri ke Pahang selepas penjajah itu campur tangan sepenuhnya di negeri berkenaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2008 11:00 AM | Show all posts
err..syd.., tumpang tanya...errr..asal nama dia siamang gagap eh..??tuh nama betul ker..?apa nama betul dia..?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2008 11:02 AM | Show all posts
FAKTA: Datuk Siamang Gagap



Nama sebenarnya Kahar Mukmin


Gagap sewaktu kecil tetapi masalah itu diatasi sebaik dewasa


Mempunyai badan sasa dan tegap dengan bulu mata kening tebal menutup pelupuk mata


Pernah dikatakan belajar di Sumatera, Indonesia


Berkahwin dengan gadis bernama Cik Kembang


Mendapat gelaran Datuk Siamang Gagap selepas menewaskan orang Rawa secara sendirian


Pembesar istana dan terbabit dalam pelantikan Yamtuan


Mengetuai pasukan Yamtuan Antah menentang Inggeris dalam "Perang Bukit Putus"


Dikatakan melarikan diri ke Pahang selepas Inggeris menguasai Seri Menanti


Dikatakan meninggal dunia di Makkah, Pahang dan Kampung Terusan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2008 11:03 AM | Show all posts

Reply #2 putratropika's post

heheheh

sori..lambat paste profile dia
dia mmg gagap dulu
masa kekecik
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 11:18 AM | Show all posts

Reply #4 Syd's post

lebih baik gagap dr gugup..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 11:28 AM | Show all posts

Reply #3 Syd's post

ooooooooo..Kahar Mukminin...tengok nama pun dah macam pahlawan islam

orang dulu2..tak ada askar dan police pun untuk mempertahankan tanahair mereka...guna keris tombak dan silat jek....dan yang paling penting keberanian...tapi orang sekarang..atau lebih tepat lagi zaman sekarang...masih adakah yang sanggup bergolok bergadai nyawa sama seperti orang zaman dulu2 buat...?aku percaya, mungkin adala..tapi hanya segelintir...harapkan tentera jer menjaga keselamatan negara...yang memberontak dan bangga dengan kehidupan penjajah adala... ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2008 11:29 AM | Show all posts

Reply #4 Syd's post

takpe syd..dont be..thnks anyway for the info..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 11:37 AM | Show all posts
Oooo...........baru aku teringat, aku pernah nampak sekolah kat negeri sembilan . nama sekolah tu sekolah kebangsaan Siamang Gagap. Aku pun pelik dengar nama sekolah mcm tu. Rupanya tokoh pahlawan negeri sembilan rupanya. Good info!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2008 12:35 PM | Show all posts

Reply #6 putratropika's post

rasul melayu tu pun nama KAHAR gak..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 03:52 PM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

Pertama kali dengar nama nih. Good information!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2010 03:04 PM | Show all posts
Sekolah2 kene letak profile tokoh2 yg bersejarah. jangan letak nama je org mana tau. bagitau generasi muda sejarah kita. kalau x dengar nama Sek Siamang Gagap org persendakan... ish3 x baik...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2010 03:15 PM | Show all posts
patut dlm buku teks sejarah skolah kita pun kene masukkan tokoh2 menentang penjajah mcm nie..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2010 09:28 AM | Show all posts
sesape yg dah bace sejarah mengenai tokoh/tempat/atau ape-ape jerk kat sini harap dpt copy paste artikel kat sini dan simpan dalam pc memasing... leh cite kat kengkawan.... keluarge anak-anak... cucu-cucu...

supaye semua sejarah tak hilang sampai bebile...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 01:23 AM | Show all posts
sedap nama ni..kahar mukmin..dua nama ni mcm saling melengkapi jer..kalau ada buku psl beliau, i lagi suka beli drpd baca kat internet..lebih feel
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 10:13 PM | Show all posts
siamang gagap hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2010 07:10 AM | Show all posts
dia ni ada sangkut paut dengan leftenan adnan saidi... aku baca dalam novel leftenan adnan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2010 12:18 PM | Show all posts
eeeekkkk, garang sioll muka
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2010 08:59 PM | Show all posts
Reply 1# Syd


    syd...pe hbgan tengku muda chik ngn tuanku mehammad tu?dogr ni anak spe plak?huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.736653 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list