CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dCrook

Agama Orang Melayu Zaman Silam

[Copy link]
Post time 30-6-2010 08:20 PM | Show all posts
Reply 3# dCrook


    aku setuju...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2010 04:23 PM | Show all posts
apa beza keturunan sheikh dgn syed?...
dua2 pun dtg dr yaman..sape tau sila jelaskan..
sbb di area bt pahat byk betul keturunan sheikh2 ni..belakang nama dia ada al bajrai..kebanyakkan aku tgk peniaga lah..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2010 01:13 AM | Show all posts
sape sini keturunan super saiya?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2010 06:46 PM | Show all posts
Reply 202# C.K


    klu kat mesia pantang arab mesti ada syed,sharifah, al attas, mcm2 al. aku pun terpikir la xkan la semua arab dlm dunia ni ada syed syarifah haha tgh art , al jazeera xde pun. mmg org arab sgt particular pasal nama family, dorang jaga susur galur dorang,tp jarang la yg guna kan nama family tu. hnya utk simpanan peribadi. hnya golongan raja je yg simpan nama mcm family al-saud ( saudi arabia) kat mesia, sume arab ( wlpn xde rupe arab) pakai nama family.

sbrnya syed and syarifah tu mcm encik dan cik. bila org arab dtg sini, pendaftar tanya nama ape dia ckp la syed xxxx wlpn dye hnya nk ckp encik xxxx.

sbb org melayu kat malaysia msih di tahap tidak bangga dgn darah asli, bngga gila bile bercampur. so dorang kekalkan syed  smpai lah bila2. as if dorang ni golongan elit dr arab. wlpn ada yg betul,ada yg tidak.
klu ye pun arab dah 2-3,generasi, dah hilang arab tu. ada mmbr aku mak dia half arab ( datuk dia pure arab) mak dia pulak kawen ngn half arab mcm dia gak. mmbr aku mmg arab habis ar muka.. tp xde pun nma family, nama syed. keturunan arab betul pun xkecoh.

tp x la seteruk org portugis kat malacca. dah keturunan lebih dri sepuluh, pun bangga gila. klu ada drah portugis pun sikit2 sgt. nenek moyang asal portugis mungkin satu je,lepas tu bercampur dgn india2. darah india dlm 90% pun, ape salah bangga dgn darah india, anggap la diri tu org india berketurunan dan budaya portugis.npk sgt pndng tinggi dgn portugis dn merendahkan bangsa asal. even org portugis dtg sini pun xrase dorang tu portugis
ada pulak yg kata dorang  langsung xde drah portugis. sbb budaya portugis zaman tu, amalkan sistem hamba, dorang bnyk ambil hamba kat india dan afrika. dorang krisitan kan hamba2 tu. dan owner tu bg nama keluarga kat hmba tu utk identity kpd hmba tu,sbg tanda keluarga mana milik dia.

bila belanda conquer malacca semua portugis balik, knp yg tinggal kat mesia tak ikut sekali? belanda musuh ketat portugis kut. xkan berani nk duk sini. mesti portugis pun xmaw dorang, dorang pun xde identity,tinggal je sini
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2010 09:41 PM | Show all posts
Reply  C.K


    klu kat mesia pantang arab mesti ada syed,sharifah, al attas, mcm2 al. aku pun  ...
blacksun Post at 4-7-2010 06:46 PM


kalu ikutkan...tak wujud pom melayu asli...org tanah melayu seme campuran unless org asli
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2010 10:45 PM | Show all posts
Reply 225# C.K


klu ko nk pandang mcm tu...senang cite,xde langsung bangsa,etnik dlm dunia ni kecuali bangsa manusia sbb kita asal pun dr Nabi Adam AS. termasuklah org asli tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2010 10:54 PM | Show all posts
Reply  C.K


klu ko nk pandang mcm tu...senang cite,xde langsung bangsa,etnik dlm dunia ni kecua ...
blacksun Post at 4-7-2010 10:45 PM


dan momkim ang kena pikir jugak kot2 homo erectus ada hijack hang atau tak
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 04:00 AM | Show all posts
tak tau plak genot ni 'bin'...igt 'binti'...apa daaa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2011 11:21 AM | Show all posts
misteri.............
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2011 12:05 PM | Show all posts
Kedah Yang Dilawati Oleh Abu Dulaf 940 Tahun Masehi




Dalam tahun 940 Masehi, Abu Dulaf al-Muhalhil berasal dari Bukhara singgah sendiri di Kalaha (Kedah) dan meriwayatkan bahawa:





" Apabila saya sampai di Kalah, saya dapati tempatnya amat indah dengan tembok-tembok kota, taman-taman bungan dan aliran mata-mata air dari bumi. Saya lihat lombong bijih timah yang tidak ada tolok bandingnya dalam dunia ini. Di dalam kota ada tukang-tukang membuat pedang " qala'I " iaitu pedang Hindi yang tulen Seperti di Negara China, terdapat orang-orang yang tidak menyembelih ternakan yang mereka makan. Penduduknya mempunyai sistem keadilan dan mempunyai penjara serta hukuman denda ".

" Mereka makan gandum, buah kurma, sayur-sayuran yang ditimbang bila dijual dan roti yang dilonggok-longgok sahaja bila dijual. Mereka tidak mempuyai hamam tetapi mandi di sungai-sungai yang mengalir deras. Wang mereka ialah dirham perak Wang dipanggil ' fahri '. Mereka memakai kain ' al firand ' (sutera) yang sangat mahal seperti orang-orang China dan menyebut Maharaja China di dalam Khutbah Jumaat dan qiblat Raja Kalah pun mengadap ke arah Maharaja itu "


(Paul Wheatley, 1961:217)





Abu Dulaf menyebut orang-orang di Kedah telah pandai menggunakan tepung gandum, buah kurma, roti dan sayur seperti orang-orang Arab. Tergambar bahawa kebudayaan Arab telah sedikit sebanyak terserap dikalangan orang-orang Melayu di sini. Mengikut Paul Wheatley dalam nota kecilnya di muka surat yang sama, dirham perak yang dipanggil " Fahri " itu ialah matawang yang digunakan di Khurasan, Utara Iran. Di Kedah dipraktikkan sistem 'barter' atau sistem hebah barang dengan barang dan " fahri " itu digunakan ketika amat perlu sahaja. Pedang " qala'i " yang ditempah di Kedah menjadi barangan eksport yang dikenali oleh orang-orang Arab sebagai " al-sayf al-Hind "

Abu Dulaf menimbulkan kekeliruan apabila menyebut bahawa Raja Kalah " Menyebut nama Maharaja China di dalam Khutbah Jumaat dan qiblat Raja Kalah pun Mengadap ke arah Maharaja itu "

Abu Dulaf keliru melihat penduduk di Kedah yang beragama Islam tidak menyebut nama Khalifah Al-Muttaqi (940 - 944 Masehi) yang baru bersemayam di Damsyik pada masa itu di dalam Khutbah mereka. Berita begitu belum sampai ke sini lagi. Mungkin orang Kedah menyebut nama Maharaja Sribuza (Sri Wijaya) atau lain yang didengarnya sebagai nama Maharaja China.

Maksud qiblat mengarah ke negara China ialah qiblat Raja Kalah atau Kedah dan bukan orang bersembahyang. Abu Dulaf memungkinkan bahawa agama Islam belum lagi dianuti oleh Raja Kedah sungguhpun rakyatnya telah Islam.



Sources : http://www.mykedah2.com/10heritage/102_1_p3.htm



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.065690 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list