View: 15017|Reply: 4
|
Sejarah Jambatan Kota di Kota Tinggi
[Copy link]
|
|
Sejarah Jambatan Kota
Oleh Amad Bahri Mardi
JAMBATAN Kota menjadi antara mercu
kebanggaan bandar Kota Tinggi.
Sejak pembinaan jambatan sekitar 1930-an, ekonomi dan pembangunan Kota Tinggi berkembang maju
BANDAR Kota Tinggi yang dikenali sebagai Bandar Pelancongan Bersejarah, pernah menjadi ibu negeri kerajaan Johor Lama kira-kira 400 tahun lalu.
Bandar yang unik dan menarik itu menyimpan pelbagai kenangan dan sejarah termasuk tinggalan bangunan lama, makam diraja, kota pertahanan dan peristiwa bersejarah, selain jambatan paling penting yang merintangi Sungai Johor di tengah-tengah bandar berkenaan.
Seperti bandar utama lain dunia, kebanyakan pusat bandar dipisahkan, dikelilingi atau disempadani oleh sungai, begitu juga bandar Kota Tinggi, pusat bandarnya dipisahkan Sungai Johor yang dicantumkan dengan 'Jambatan Kota'.
Sungai Johor adalah sungai yang menjadi laluan utama peniaga dan pedagang sejak pemerintahan Sultan Johor Kedua, Sultan Alauddin Riayat Syah pada 1528. Pada mulanya sungai itu digunakan baginda untuk memudik ke Pekan Tua sehinggalah ia menjadi laluan utama dan menjadi sibuk ketika kerajaan British bertapak di Kota Tinggi selepas membina balai polis pada 1819.
Ahli Jawatankuasa Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) Kawasan Kota Tinggi, Mustafa Abu Bakar, 64, berkata penduduk ketika itu berurusan menggunakan sampan dan bot.
PEMBINAAN jambatan konkrit dimulakan pada 1962.
Bagaimanapun, katanya sekitar 1930-an, sebuah jambatan buat kali pertama dibina menghubungkan kedua-dua belah tebing Sungai Johor untuk menghubungkan pusat bandar dengan kawasan perkampungan menghala ke arah Johor Bahru.
Melalui jambatan itu, katanya penempatan di sebelah bandar dan pesisir sungai seperti Kampung Makam, Kampung Kelantan, Kampung Panti dan Kampung Jawa dapat berhubung lebih mudah ke kawasan arah sebelah balai polis, termasuk ke Kampung Tembioh, Kampung Seri Lalang dan Kampung Batu 25.
Beliau berkata, pembinaan jambatan itu juga, hari demi hari menamatkan era penggunaan perahu dan sampan kecil untuk menyeberangi sungai itu saban hari.
"Sejak pembinaan jambatan bertentangan balai polis sekitar 1930-an, ekonomi dan pembangunan bandar ini turut berkembang maju," katanya.
JAMBATAN kayu dibina oleh kerajaan British
Beliau berkata, sehingga ke hari ini, tiada satu pun nama khusus diberikan kepada jambatan itu, namun, penduduk bandar ini sudah biasa menyebut dan menggelarnya sebagai Jambatan Kota.
Dari segi sejarah pembinaan, jambatan itu dibina kerajaan British berasaskan besi, sekali gus membolehkan kenderaan berat termasuk kenderaan berat tentera British melaluinya.
Selepas kira-kira 10 tahun digunakan, British mengebom jambatan itu bagi menghalang kemaraan tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua pada Disember 1941. Tentera Jepun dijangka melalui bandar Kota Tinggi untuk mara ke Johor Bahru dan Singapura.
Bagaimanapun, andaian British itu meleset apabila tentera Jepun melalui pekan Endau, Mersing kemudian terus ke Johor Bahru dan tidak memasuki Kota Tinggi. Oleh itu, tindakan British mengebom jambatan adalah satu kesilapan.
Pada zaman pemerintahan Jepun, mereka membina jambatan sementara pada Februari 1941 yang jambatan berasaskan besi terapung. Ia berlantaikan papan serta tong minyak dan hanya boleh digunakan untuk laluan pejalan kaki dan basikal saja.
Ketika British kembali memerintah, mereka mendirikan jambatan kayu dan digunakan hingga 1961. Selama kira-kira 15 tahun, jambatan kayu itu menjadi penghubung penduduk di antara kedua belah pinggir sungai dan menjadi nadi penghubung penting menjana kemajuan bandar Kota Tinggi.
Bagaimanapun, pada 1962, jambatan kayu dirobohkan dan digantikan dengan jambatan konkrit yang pembinaannya siap pada 1963.
"Kedudukan jambatan konkrit yang ada sekarang dibina di lokasi baru, berbanding jambatan asal yang dibina bertentangan dengan Balai Polis Trafik Kota Tinggi," katanya.
Jambatan merentasi Sungai Johor itu sehingga kini sentiasa menjadi sebutan, fokus dan rujukan kepada beberapa peristiwa, malah ia menjadi satu daripada mercu tanda kepada bandar ini.
Ketika banjir besar melanda Kota Tinggi pada Januari 2007, jambatan itu menjadi fokus media seluruh negara, apabila gambar dari udara jambatan yang hampir tenggelam itu dipapar hampir semua media arus perdana.
Sebelum itu, banjir besar beberapa kali melanda kawasan ini termasuk pada 1956 dan 1969, ketika ini fokus media juga bertumpu kepada jambatan berkenaan yang membuktikan ia adalah mercu kedudukan bandar ini.
Selain menjadi tumpuan pemancing setiap hujung minggu, Jambatan Kota juga menjadi sasaran ditampal poster dan bendera pada pilihan raya. Ia juga menjadi garis permulaan acara sukan air dan sebagainya. Paling penting, jambatan ini pernah menjadi sebutan selepas kejadian misteri yang berlaku sekitar 1960-an.
Kejadian itu berlaku apabila seorang lelaki yang dikatakan berketurunan Bentan tiba-tiba mengalami muntah-muntah sebaik melintasi jambatan itu. Namun, apabila ia berpatah balik dan tidak memasuki kawasan bandar Kota Tinggi, keadaannya kembali sembuh dan tidak mengalami muntah-muntah lagi.
Info: Jambatan Kota
1962 - Jambatan kayu dirobohkan dan digantikan dengan jambatan konkrit yang pembinaan siap pada 1963.
Menteri Kerja Raya, Datuk V T Sambanthan merasmikan jambatan itu.
Antara mercu tanda utama bandar Kota Tinggi sekarang adalah Dataran Kota, Bangunan Sultan Iskandar, Tugu Kota dan Keris.
Menara Jam Besar juga pernah dibina di sini pada 1960 terletak di Jalan Lombong.
Tarikan sejarah di bandar Kota Tinggi iaitu Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Makam Bendahara Tun Habib, Makam Laksamana Bentan, Kota Touhid dan Muzium Kota Tinggi.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
tak tahu pun betapa bersejarahnya jambatan kota tu....
passedby aje bila gi kota tinggi... tapi bila tengok gambar2 dari
mula2 ianya dibina... so much development...
saya suka kota tinggi... yang paling saya suka air terjun kota tinggi
sejuk betul waterfall dia.. fresh -
|
|
|
|
|
|
|
|
thx 4 da info,
tau jgak aku pasal jambatan nie,
sejarah nie |
|
|
|
|
|
|
|
wow..jambatan ni betul2 depan rumah aku dulu kawasan mainan aku.
yg cerita lelaki dr bentan lepas jambatan ni muntah darah rasanya tak betul..
sebetulnya jambatan kecil di kg Batu 25 tu. Tapi sekarang ni jambatan kecil tu
pun dah tak wujud lagi dah. jambatan kecil tu lah dijadikan penanda sempadan
kota tinggi utk cerita sumpahan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 25-5-2008 07:31 AM
Melalui jambatan itu, katanya penempatan di sebelah bandar dan pesisir sungai seperti Kampung Makam, Kampung Kelantan, Kampung Panti dan Kampung Jawa dapat berhubung lebih mudah ke kawasan arah sebelah balai polis, termasuk ke Kampung Tembioh, Kampung Seri Lalang dan Kampung Batu 25.
Hahaha!! Ade gak story pasal jambatan nie....Kota Tinggi nie kampung RK dan Kampung Panti tuh ramai sedare mare RK... |
|
|
|
|
|
|
|
teringat time nak bertunang dulul... kwn aku, mak dia x bagi ikut.... mak die takut anaknya muntah darah.. kalu gi sane.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|