|
1.. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah leher dan dadanya. Sedangkan dalam
khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.
2..Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat? Bahaya mendedahkan lengan yang itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadangnampak alur bontot tersengeh.
3..Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?
4..Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai kain koyak pula. Apabila berjalan, terserlahlah kegebuan betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.
5.. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!
6.. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.
7...Ada perempuan bertudung, merendek pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.
8...Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah itu, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.
Nabi Muhammad SAW juga pernah berkhutbah seperti yang dirawikan oleh Abu Said Al-Khudri RA, kata Nabi, Ingatlah jangan seseorang itu takut kepada orang ramai sehingga dia berkata benar bila dia tahu perkara yang benar. Ertinya, jangan ada dikalangan kamu bila melihat perkara sebenar melainkan mesti menyatakan kebenaran, ..dan mencegah mungkar apabila melihat kemungkaran. Jangan berdiam diri dari mencegah mungkar semata-mata kerana takut kepada orang ramai, walaupun pahit akibatnya.
Bahkan Abu Said yang meriwayatkan hadis ini sambil menangis berkata, Demi Allah! Kami melihat beberapa perkara mungkar lalu kami merasa takut.. inilah kelemahan kami. Tidak seperti beberapa sahabat beliau lain, bila melihat perkara tidak betul, mereka terus menegurnya tidak kira siapa dan apa yang akan berlaku!
Bukan dedah aurat wanita itu sahaja yang maksiat.
Bahkan pada suatu ketika selepas perang dengan kerajaan Parsi, Umar Al-Khattab antara pemimpin Islam ketika itu terus membahagi-bahagikan kain-kain rampasan kepada rakyat di Madinah. Esoknya, masing-masing pun memakai baju dibuat daripada kain yang didapati menurut bahagian masing-masing. Saidina Umar pun memakai baju dari kain yang telah dibahagi-bahagikan itu.
Tiba-tiba bangun seorang sahabat dan berkata membantah, Kami tidak mahu dengar dan kami tidak mahu taat pada tuan!
Kenapa kamu cakap macam tu? Tanya Umar.
Dari mana kamu ambil baju yang kamu pakai ini? Sahabat itu bertanya. Kerana kalau ikut pembahagian semalam, kain yang kamu dapat itu memang tidak cukup dengan tubuh kamu... cuma sedikit saja!
Maka Umar menyuruh anaknya Abdullah bin Umar bangun menjelaskan,
Bangunlah Abdullah.. Saya beri bahagian saya kepada ayah saya! Abdullah menjelaskan. Yakni untuk melengkapkan jadi sehelai baju yang dipakai ayahnya itu.
Maka barulah sahabat itu tadi berkata, Sekarang barulah saya dengar dan saya taat!!
Begitulah sihatnya amalan islah suruh buat baik & cegah mungkar , serta keadilan dalam menguruskan harta, sehingga beliau sendiri pun dapat sama banyak dengan rakyatnya, walaupun baginya tak cukup. Begitu juga halnya yang berlaku di zaman khalifah Muawiyyah bin Abi Sufian ketika beliau bangun berucap, dan taatilah aku!
Lalu bangun seorang tabiin, Abu Qasim Al-Khulai yang juga seorang ulama muda, sedangkan Muawiyyah adalah seorang lama berpengalaman yang jadi khalifah. Kata beliau, wahai Muawiyyah! Sesungguhnya harta yang kamu kumpul diambil dari negeri ini., bukan dari titik peluh kamu, juga bukan dari ibu bapa dan pusaka kamu!. Ini adalah harta negara, mengapa kamu bertindak demikian?
Muawiyah tidak tahan, lalu lari dari majlis berkenaan. Tiba-tiba beliau datang semula dan berkata, Aku mendengar Rasulullah bersabda, Sesungguhnya syaitan itu daripada api dan marah itu daripada syaitan. Untuk padam api, guna air. Justeru sesiapa yang marah hendaklah dia berwuduk. ..dan aku pun telah berwuduk kerana mendengar (nasihat) Rasulullah SAW itu. Sebenarnya apa yang kamu kata tadi itu adalah benar.
Beliau mengaku dan menerima teguran orang bawahan, walaupun peristiwa itu berlaku di zaman kegemilangan Islam. Bahkan perlakuan tidak adil dalam merebut harta di kalangan pemimpin hari ini secara tidak betul juga adalah maksiat.
Catatan santai: ibnuhasyim.com |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Inilah yang akan berlaku akibat tarbiyah yang tidak lengkap dan mengikut Ustaz Dhalan di Perlis bahawa mereka masih lagi bercirikan Jahilliyah walaupun sudah bertudung. Inilah akibatnya berada dalam persekitaran jahilliyah yang didokong oleh kerajaan Jahilliyah UMNO sekarang ini. Tengok sajalah fesyen2 bertudung wanita dan puteri UMNO.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ustaz dengan UMNO pulak jadi scapegoat. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 Gravedigger's post
Bro,
Gambo2 kat atas tu TIDAK menepati pakaian tradisi Arab kat gurun padang pasir. Elok juga tidak dipolitikkan isu ni dgn mengaitkan nama Tuhan, kerna "assimilasi Arab" itu tidak semestinya sama dengan "islamisasi".
Peace |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar-gambar di atas (yg menerangkan kesalahan) adalah menurut aliran sunnah wal jamaah yang berpandu kepada al-quran dan hadith.
Kalau ada fahaman menolak hadith, sila buat posting di bod al-quran dan hadith. Kalau ada fahaman syiah, sila ke bod mazhab.
[ Last edited by ibnur at 16-11-2008 11:06 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by M5 at 16-11-2008 02:03 AM
Bro,
Gambo2 kat atas tu TIDAK menepati pakaian tradisi Arab kat gurun padang pasir. Elok juga tidak dipolitikkan isu ni dgn mengaitkan nama Tuhan, kerna "assimilasi Arab" itu tidak semestiny ...
So bro...pakaian yang menepati wanita Muslimah tu bagaimana? Betullah yang diatas tu tak menepati pakaian tradisi Arab kat Gurun padang pasir yang mengikut benchmark wahabi tapi kita perlu ada suatu identiti yang perlu juga menepati garis2 yang ditetapkan oleh Islam.
Wanita dan Puteri UMNO kan mengaku pakaian mereka dah cukup Islam so boleh terima ka fesyen mereka tu??
Peace to you also.
|
|
|
|
|
|
|
|
kebanyakkan wanita sekarang bertudung sekadar untuk berfesyen dan menunjuk2.... maka terhasillah kombinasi ketat, jambul terjulor, singkat dan seangkatan dengannya...
andai betol wanita2 ini nawaitunya untuk menegakkan syiar ISlam tanpa sebarang prejudis, wanita Arab kain sepenuhnya hitam tanpa menampakkan
susuk tubuh adalah contoh pilihan yg tepat sama sekali... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 ibnur's post
Kalau ada fahaman menolak hadith, sila buat posting di bod al-quran dan hadith. Kalau ada fahaman syiah, sila ke bod mazhab.
Semacam ada satu bentuk alahan bila dikupas suatu isu menggunakan al Qur'an kat board M&M. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #9 M5\ catat
orang christian(nun) tak perlu rujuk hadis pun tau kena pakai tudung.....
menunjukkan ia bukan pakaian arab, tetapi pakaian kehormatan terbaik.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 16-11-2008 01:00 PM
So bro...pakaian yang menepati wanita Muslimah tu bagaimana?Betullah yang diatas tu tak menepati pakaian tradisi Arab kat Gurunpadang pasir yang mengikut benchmark wahabi tapi kita perlu ada suatuidentiti yang perlu juga menepati garis2 yang ditetapkan oleh Islam.
Wanita dan Puteri UMNO kan mengaku pakaian mereka dah cukup Islam so boleh terima ka fesyen mereka tu??
Peace to you also.
Apakah benar terdapat kod berpakaian yg unik, bagi membentuk satu identiti bergelar "Muslimah" seperti yg digariskan oleh al Qur'an?
Apakah mungkin yg kod berpakaian itu diambil dari tradisi lampau dan dijadikan satu standard kepada "Muslimah" dengan justifikasi yg diolah melalui interpretasi yg tidak konsisten dari panduan al Qur'an lantas ditakrifkan sebagai benchmark supaya diikuti oleh masyarakat?
Adakah assimilasi ini merupakan ciri2 ajaran yg dibawa oleh al Qur'an?
Mungkin dengan melihat realiti masyarakat yg dikatakan mengenakan kod etika berpakaian bagi "Muslimah" dapat membantu kita membincangkan isu ini.
Peace |
|
|
|
|
|
|
| |
|