|
PCK Sdn Bhd Singapore kini di Malaysia!
![](http://www1.mstar.com.my/archives/2009/3/19/mstar_hiburan/pck2.JPG)
Barisan pelakon Phua Chu Kang.
PHUA Chu Kang, rancangan komedi disukai ramai akan kembali ke udara setiap malam Rabu, 8.30 malam mulai 25 Mac 2009.
Sebanyak 13 episod akan menyajikan cerita-menarik dan telatahbersahaja teraju utama Phua Chu Kang (lakonan Gurmit Singh) dan RosiePhua Chin Huay (Irene Ang).
Seorang kontraktor yang cukup dikenali kini muncul berdekatan dengananda – bersama dengan but kuning yang cukup sinonim dengan dirinya,rambut kerinting, gelagatnya yang riuh di samping isterinya yang turutmembingarkan, Phua Chu Kang kembali untuk melebarkan sayapnya ke dalambidang pembinaan tempatan. Diilhamkan dari siri PCK Pte Ltd yang cukupterkenal, musim pertama Phua Chu Kang Sdn Bhd (PCK Sdn Bhd) memaparkankisah seorang kontraktor yang mencuit hati yang berpindah ke Malaysiabersama isterinya, Rosie untuk membuka cawangan baru kepada syarikatpembinaannya yang sudah masyhur.
Siri komedi 13-episod ini dijangka akan membawakan saat-saat penuhkeceriaan dan kegembiraan pada setiap Rabu, 8.30 malam mulai 25 Mac2009 hanya di ntv7.
Setelah versi asal dari Singapura bersiaran untuk lapan musim dalamtempoh sedekad, aksi lucu keluarga Phua telah memenangi hati ramaipeminat di Malaysia dan Singapura.
Susulan kejayaan siri berkenaan, Chu Kang (Gurmit Singh) telahmemilih untuk meninggalkan Kota Singa untuk membina kehidupan baru diMalaysia bersama teman hidupnya, Rosie (Irene Ang).
![](http://www1.mstar.com.my/archives/2009/3/19/mstar_hiburan/pck1.JPG)
Siri hebat ini kembali menemui peminatnya.
Adiknya, Chu Beng dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pejabatnyadi Singapura sementara anak mereka, Romeo dan Crystal dijaga oleh Ah Madan Margaret.
Chu Kang bekerjasama dengan bekas pekerjanya yang kini seorangjutawan, Izzy (Harith Iskander) yang meraih keuntungan besar daripadaperniagaan menjual burger bersaiz besar.
Chu Kang dan Izzy menubuhkan perkongsian 50-50 dengan impian merekauntuk mengembangkan syarikat pembinaan kecil itu kepada sebuahperniagaan bernilai berbillion ringgit.
Namun sebelum itu, mereka perlu menyelesaikan pergaduhan remeh-temeh, ego serta perbezaan budaya antara mereka terlebih dahulu.
Chu Kang membina kediamannya di rumah agam bersebelahan dengankediaman mewah Izzy di Bandar Botanic, Klang. Rumah Izzy menjadi lebihriuh rendah dengan kehadiran sanak saudaranya yang beraneka ragam.
![](http://www1.mstar.com.my/archives/2009/3/19/mstar_hiburan/pck3.JPG)
Chu Kang bekerjasama dengan bekas pekerjanya yang kini seorang jutawan,Izzy (Harith Iskander) yang meraih keuntungan besar daripada perniagaanmenjual burger bersaiz besar.
Ibu Izzy, Fatimah (Adibah Noor) ialah seorang wanita tua yang sukamengumpat, penuh dengan perasaan ingin tahu dan berlagak tak ubahseperti seorang bos.
Selain merupakan seorang yang prejudis pada Chu Kang dan orangSingapura, Fatimah juga sanggup bekerja sebagai pembantu rumah Phuauntuk mengawasi gerak geri keluarga itu.
Lebih menarik, adik perempuan Rosie yang beperwatakan menggoda turuttinggal bersama mereka. Karakter Suzie dan Rosie umpama langit dan bumi.
Berlainan dengan kakaknya, Suzie ialah seorang yang rupawan, bergayadan bercita rasa tinggi. Kedua-dua adik beradik ini sering bertengkardan keadaan sering memaksa Chu Kang untuk menjadi orang tengah dalampergaduhan mereka.
![](http://www1.mstar.com.my/archives/2009/3/19/mstar_hiburan/pck5.JPG)
Pasangan 'suami isteri' yang serasi.
Chu Kang mengupah Bang (Carliff Carleel) untuk menjadi pekerjanya - seorang pemuda yang tegap namun kelihatan kurang cerdik.
Seorang yang bercita-cita tinggi untuk menjadi pengarah filem, Bangmenganggap kerja pembinaan hanyalah untuk seketika sementara diamemasang strategi untuk mencapai impiannya.
Lebih mengeruhkan keadaan, sebelumpun mereka memulakan usaha niagamereka, Chu Kang mendapat tahu mengenai adik lelaki Izzy iaitu Fazzy(Fadzlie Rahim) yang juga mempunyai sebuah firma pembinaan sertamerupakan pesaing utama mereka.
“Sebagai stesen yang dikenali sebagai Saluran Ceria Anda, kami amatteruja untuk mempersembahkan Phua Chu Kang Sdn Bhd, sebuah siri komediyang pasti digemari semua dan menjanjikan hiburan terbaik untuk seisikeluarga, ” kata Airin Zainul, Pengurus Besar ntv7.
“Dengan kejayaan jitu yang diraih oleh rancangan ini sepanjang lapanmusim di Singapura dan Malaysia, di samping kerjasama cemerlang denganMediacorp, usaha untuk mencipta siri yang diolah khas untuk tatapanpenonton tempatan ini dilihat amatlah bertepatan.”
Sambungnya, “Kami turut berterima-kasih di atas sokongan padu GamudaLand sebagai penaja utama untuk dalam usaha menarik ini. Juga, sejutapenghargaan kepada penaja bersama seperti Macy’s dan Super Coffee Mix.”
Sebagai Penaja Utama, Pengurus Besar Bandar Botanic, Encik StephenGoh berkata, “Kami amat berbangga dapat bekerjasama dengan ntv7 bagimenghasilkan sitkom yang terkenal di seantero Asia. Gamuda Land dan PCKberkongsi bidang yang sama iaitu pembinaan.
"Oleh itu, jalan ceritanya sangat bersesuaian dengan Gamuda Landuntuk menjadi sebahagian daripada PCK. Kami amat yakin bahawa pendudukdi kawasan kami akan turut bergembira melihat kejiranan merekadipaparkan di PCK apabila ianya ke udara.”
Gamuda Land sangat berbangga kerana PCK turut memuatkanperbandarannya seperti Bandar Botanic (Klang), Jade Hills (Kajang) danHorizon Hills (Johor Bahru) di dalam PCK Sdn Bhd, terutamanya BandarBotanic, iaitu lokasi utama penggambaran PCK Sdn Bhd.
Kini di negara yang asing dengan norma budaya berbeza, sertagabungan karakter pelbagai warna – berjayakah Chu Kang dan Rosiemenyesuaikan diri di Malaysia? Dapatkan dos humor yang berlebihan untukmelenyapkan segala kebosanan anda bersama Phua Chu Kang Sdn Bhd padasetiap malam Rabu, 8.30 malam, mulai 25 Mac 2009. |
|