|
Band Search update; tak layan citer gadoh!!
[Copy link]
|
|
Reply #19 khys's post
gema........
yg yg derap komando, squadron, the search...dunia search.....
kat johor plak RAMPAGE... dah siap.. cantik... |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya celcom taja gak artis tempatan ![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ari tu ingat nk g dgr kt tepi jln...ujan plak...
tapi sound sistem cm best je...dgr sampai umah aku...![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
mlm td kt johor baru......... best giler... tiket awal2 lagi abiss.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bara Search semakin membakar
Oleh RIZAM ZAKARIYA
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0512/Kosmo/Hiburan/hi_04.1.jpg)
MENJANGKAU usia 28 tahun penubuhan Search, hakikatnya taring ikon rock ini tidak pernah tumpul dimamah keringat usia.
Walaupun kali terakhir mereka mengadakan konsert jelajah seluruh tanah air adalah pada tahun 1992 sebelum disusuli konsert Rock Revolusi di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur 12 tahun kemudian, namun baranya terus membakar sehingga hari ini.
Peminat dan penyokong setia Search juga tidak pernah berkurangan walaupun sebahagian besar usia peminat setianya mungkin sudah mencecah usia separuh abad.
Malahan, peminat Search semakin bertambah dari semasa ke semasa apatah lagi di kalangan remaja hari ini, Search tetap ikon rock sejati.
Konsert Penghargaan Search Di Awan Biru yang dibawa khas oleh Celcom (M) Berhad di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 2 Mei lalu jelas menunjukkan peminat Search masih dahagakan persembahan energetik mereka.
Sambutan luar biasa yang diberikan peminat jelas menunjukkan bara Search tidak pernah terpadam.
Apa tidaknya, dalam suasana hujan lebat yang turun sebelum konsert bermula sehinggalah satu setengah jam kemudiannya, lebih 7,000 peminat fanatik Search langsung tidak berganjak dari tempat mereka berdiri untuk menikmati alunan muzik rock live yang sekian lama dinantikan.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0512/Kosmo/Hiburan/hi_04.2.jpg)
MAJLIS bacaan doa selamat di Kuala Lumpur sebelum
anggota Search bertolak ke Pulau Pinang baru-baru ini.
Mesej itu memang jelas membuktikan bukan sahaja peminat di Pulau Pinang dan Utara Semenanjung sahaja yang menantikan konsert Search, malah ramai lagi peminat setia kumpulan itu dari seluruh negara mempunyai gelodak perasaan yang sama.
Menurut Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, kekecewaan mereka selepas hasrat untuk mengadakan konsert meraikan ulang tahun ke-25 Search tidak kesampaian tiga tahun lalu terubat apabila Celcom menawarkan diri menjadi penaja untuk konsert kali ini.
"Saya bersyukur dengan rezeki ini (kerjasama dengan Celcom) dan saya juga teruja untuk bekerjasama dengan jurutera bunyi dari Indonesia.
"Ternyata sambutan yang diberikan oleh peminat pada konsert sulung kami ini amat mengharukan. Ia juga menunjukkan mereka memang benar-benar dahagakan persembahan live daripada Search," katanya ketika ditemui selepas tamat persembahan.
Konsert sulung dalam siri jelajah itu bermula dengan penampilan, anak sulung Amy, Nabila Huda sebagai pengantara pada pembuka tirai persembahan.
Tepukan dan sorakan gemuruh para peminat Search mula bergema apabila Amy, Yazid, Nasir, Hillary dan Nordin muncul di pentas mengalunkan lagu Derap Komando sebagai pembuka tirai persembahan malam itu.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0512/Kosmo/Hiburan/hi_04.3.jpg)
KONSERT Penghargaan Search di Awan Biru yang diadakan di Seberang Jaya,
Pulau Pinang mengumpulkan lebih 7,000 peminat rock.
Memang tidak dinafikan, magis yang ada pada Amy dan ahli kumpulan Search memang sentiasa memukau sesiapa sahaja yang menonton persembahan Search secara live.
Malah, sejak mula Search terjun ke dalam arena muzik rock tanah air pada 1981 sehingga kini, suara Amy tetap tidak berubah walaupun kini penyanyi rock nombor satu itu sudah bergelar bapa kepada empat cahaya mata, dan mungkin bertambah kepada lima selepas tamat konsert jelajah kali itu.
Dengan gabungan muzik rock yang begitu bertenaga oleh Yazid, Nasir, Hillary dan Nordin, ia cukup berkesan untuk membuatkan jantung setiap peminat yang berada di hadapan pentas berdegup lebih pantas seiring dengan muzik yang dimainkan.
Tidak kurang juga sistem audio yang begitu baik sehingga mampu menambahkan gelodak yang ada di dada setiap peminat yang hadir pada malam itu.
Ditambah pula dengan teknik persembahan lampu limpah yang dibawa khas dari negara jiran Indonesia, ia diatur begitu rapi untuk senada dengan setiap lagu yang dinyanyikan, lantas menambahkan lagi kekuatan persembahan Search malam itu.
Sepanjang mendendangkan 19 lagu popular mereka, ternyata karisma yang ada pada kumpulan Search masih mampu memukau sesiapa sahaja
Malah, setiap kali Amy mendendangkan lagu seperti Fenomena, Karisma, Rampage, Gema di Timur Jauh, Rock N Roll Pie, Selepas Banjir dan Gothik Malam Edan, peminat turut bersama-sama mengalunkan seni kata lagu-lagu tersebut. Ia jelas menunjukkan lagu Search tidak pernah padam dalam ingatan mereka.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0512/Kosmo/Hiburan/hi_04.4.jpg)
VOKAL dan tenaga Amy tidak pernah kurang walaupun
usianya sudah mencecah 51 tahun.
Lebih-lebih lagi apabila Amy mendendangkan lagu keramat mereka, Fantasia Bulan Madu dan Isabela pada babak-babak akhir persembahan. Ternyata sambutan yang diberikan penonton malam itu sama seperti ketika lagu berkenaan mula-mula dipopularkan pada 1987 dan 1989.
Menurut Amy lagi, konsert adalah cara terbaik bagi kumpulan itu untuk berterima kasih kepada peminat yang setia menyokong Search sepanjang 28 tahun lalu.
"Kepada peminat Search di seluruh negara, pastikan kita terus 'Phewiiittt'," katanya sambil membunyikan isyarat bunyi siulan signatur untuk dirinya itu.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom (M) Berhad, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, pihaknya membawakan konsert jelajah Search ke seluruh negara sebagai satu cara untuk menghargai jasa kumpulan itu dalam industri muzik tanah air.
"Celcom sangat berbangga kerana dapat membawa Search lebih dekat dengan peminat mereka dan kami yakin konsert jelajah ini akan melonjakkan lagi kerjaya muzik mereka," katanya.
Selepas Seberang Jaya, Search bersama Celcom akan terus menjelajah ke 10 lagi destinasi di seluruh negara dengan Stadium Nasional Bukit Jalil akan menjadi lokasi penutup siri konsert jelajah itu. |
|
|
|
|
|
|
|
next location kat JENGKA...hehehe...sape nak pegi ni??? |
|
|
|
|
|
|
|
search..rock............
wa hari tu nyaris2 nak gi penang , tgk konsert dia....
tak pe la tunggu jer la kat KL,
lepas ni, jengka, kelate, kedah...jauh la, tak tau la kat kelate ni wa sanggup gi ke tak?
harap2 ini bukan konsert terakhir mereka...last konsert 2004 , 5 tahun sudah...
harap2 lagi 5 tahun ada lagi konsert search.....
amy search..& search memang best.......... |
|
|
|
|
|
|
|
fuh, website dia pun gempak la duniasearch.com....
dulu wa tak berapa suka lagu Yin yang ni, skarang ni cam best plak.... |
|
|
|
|
|
|
|
apesal la takleh beli online. pastu skang byk konsert defer2. kompem ke yang kl KL tu kat bukit kiara??? |
|
|
|
|
|
|
|
Sayangla, tak leh bwk masuk KAMERA,,,
Zainuran Jaafar <[email protected]>
13/07/2009 17:28
To
cc
Subject
Re: Fwd: Can I bring my DSLR into "Search Concert"?
saudara
ini merupakan request by promoter dan juga kebanyakkan konsert memang tak di benarkan bawa alat perakam
2009/7/13
Kamera pun tak bleh
Thanks
Regards,
Zainuran Jaafar <[email protected]>
13/07/2009 17:15
To
cc
Subject
Fwd: Can I bring my DSLR into "Search Concert"?
VIDEO DAN KAMERA TAK DI BENARKAN
---------- Forwarded message ----------
From: sales Dpt <[email protected]>
Date: 2009/7/13
Subject: Fwd: Can I bring my DSLR into "Search Concert"?
To: Zainuran Jaafar <[email protected]>
---------- Forwarded message ----------
From:
Date: Mon, Jul 13, 2009 at 9:52 AM
Subject: Can I bring my DSLR into "Search Concert"?
To: [email protected]
Dear Sir/Mdm,,,
I want to get some clarification here. Since I want to bring my DSLR into this concert.
Its allowed ???
Regards,
--
Zainurain Jaafar
Ticket Hotline
Benar Prima Sdn Bhd
No 96B, 2nd Floor
Jalan Burhanuddin Helmi
Taman Tun Dr Ismail
60000 Kuala Lumpur
Tel: +603-77251177 / 77251166
Fax: +603-77259177
--
Zainurain Jaafar
Ticket Hotline
Benar Prima Sdn Bhd
No 96B, 2nd Floor
Jalan Burhanuddin Helmi
Taman Tun Dr Ismail
60000 Kuala Lumpur
Tel: +603-77251177 / 77251166
Fax: +603-77259177 |
|
|
|
|
|
|
|
Aku g konsert search mlm smlm.
Organizer dia aku bg D
Showmanshp aku bg A+
Song selection aku bg B-
Energy Amy&Search aku bg A
Overall B
Here's why...
Orgnizer
1. Collect ticket yang beli online berterabur dan x eficient. Dah tau ramai org beli online, kaunter yang dibuka 5 je. berebut org nak collect. Paling teruk ticket hanya boleh di ambil pada hari itu shj.
2. Boundary ticket RM58, RM88 mcm x de beza. orang beli ticket RM58 still boleh curi masuk dalam area RM88 even ada barrier.
3. Konsert mula pukul 10.00 mlm (nasib baik aku masuk pukul 9.00
4. Dah mcm penganjuran sure heboh aku rasa
Showmanship
1. x perlu dipertikaikan lagi. Search is legend. Diorang patut bukak sekolah muzik.
Song selection
1. Adoi!!! siapa la yang pilih lagu?!?!?. Frust giler. Search byk nyanyi lagu2 yg kitaorg jarang dgr. Lagu hit cuma Isabella, Gadisku, Laila nama mu diatas, pawana dgn fantasia bulan madu. ITU jer. Byk lagi lagu hit yg diorang x nyanyi.
Energy Amy&Search.
1. Diorang mmg rock!!!!
Personally aku agak frust dgn konsert terakhir diorang. Patutnye diorang kena buat something yg sweet utk dikenang. Bukannye yg ala2 je. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by C-Fu at 3-8-2009 08:52
Yang paling best, bile masuk die tak check tiket. die tak potong tiket, camner Amy nak tau collection tiket berape? sekuriti taik kuda tol. seriously nampak cam kene sabotaj.
![](http://i4.photobucket.com/albums/y138/C-Fu/Searchdiawanmendung.png) |
|
|
|
|
|
|
|
34# C-Fu
setuju dgn komen2 ini. organizer mcm bingai! |
|
|
|
|
|
|
|
Konsert tak berbaloi-baloi
Oleh SOFIATUL SHIMA WAN CHIK
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0810/Kosmo/Hiburan/hi_03.1.jpg)
| KID menjadi figura penting apabila membuat kemunculan semula dalam konsert ini.
|
RASA kecewa yang tidak boleh dinafikan, itulah luahan kebanyakan penonton yang hadir menyaksikan konsert penutup, Konsert Di Awan Biru kumpulan rock terkenal, Search baru-baru ini.
Melodi Fantasia Bulan Madu sebagai lagu terakhir berlalu begitu sahaja dan sekitar 25,000 penonton melangkah pulang dengan rasa penuh hampa terhadap ambien konsert terutamanya jika menyentuh aspek sistem bunyi yang disediakan pada malam Sabtu lalu.
Lantas ia menimbulkan tanda tanya, apakah ertinya tagline promosi konsert yang menggunakan ayat berbaloi-baloi?
Debaran pada awal konsert dan wang ringgit yang disediakan bagi konsert berkenaan disifatkan tidak berbaloi untuk sebuah pengharapan yang diletakkan setinggi gunung terhadap penampilan Amy, Nasir, Yazit, Din dan Hillary.
Apatah lagi kelewatan yang menjadi ritual tradisi Search masih berlaku pada malam tersebut dan kali ini dikatakan terjadi ekoran kesukaran meloloskan diri memasuki kawasan acara kerana parkir kereta yang berlapis-lapis.
Faktor utama penyumbang rasa tidak puas hati tertumpu kepada sistem bunyi yang dikatakan mencacatkan hampir keseluruhan konsert tersebut. Ditambah pula dengan pemilihan lagu yang tidak 'mesra bunyi' bagi peminat yang rata-rata mengharapkan lagu hit mereka.
Mungkin peminat setia kumpulan ini boleh menyanyikan lagu-lagu seperti Paranoid, Gadis Ayu dan Hello Kawan tetapi mereka mengharapkan sesuatu yang lebih dan boleh dinyanyikan bersama. Lagu-lagu yang dirasakan mempunyai rasa yang lebih menangkap sukma.
Ada segolongan pemuzik yang menghadiri konsert tersebut juga menganggap kemunculan Amy tidak seghairah dan energetik seperti dahulu.
Ini ditambah pula dengan kes lupa lirik dan kebanyakan nada tinggi diserahkan kepada audiens untuk dilagukan. Taktik lama, kata mereka.
Selepas 'gorengan' solo gitaris kedua Search, Din untuk lagu Balada Pemuzik Jalanan 'hancur' dek kerana masalah putus bekalan elektrik, kemunculan Kid selaku gitaris undangan boleh dikatakan antara pengundang seri kepada kesuraman malam tersebut.
Walaupun gorengan Kid pada bahagian awal lagu tidak kedengaran, namun mujur persembahan Kid untuk lapan lagu seterusnya tidak mengecewakan kerana berjaya mencuri perhatian seluruh konsert.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0810/Kosmo/Hiburan/hi_03.2.jpg)
BERUSAHA untuk memberikan yang terbaik, tetapi malangnya
segalanya bagaikan serba tidak menjadi.
Permainan gitar Hillary masih seperti selalu, bersih walau sedikit gelincir pada intro lagu Gothic Malam Edan. Yazid dan Nasir, seiring usia, mereka membawakan tenaga secara individu.
Satu hal lagi yang mendorong kepada rasa kecewa penonton terutamanya mat-mat rock yang hadir dengan gaya rock mereka adalah imej yang dipertontonkan oleh Search kali ini. Rata-rata merasakan stail mereka tidak segah nama yang dibawa 28 tahun. Mereka boleh bergaya lebih daripada itu.
Cuma kalau boleh diberikan satu anugerah untuk stail rock berjaya malam itu adalah kepada Din yang memenuhi cita rasa mat rock. Kasut dan bandana yang menonjolkan identiti jiwanya masih setia dipakai oleh Din.
Di sudut hati yang dalam, rata-rata peminat fanatik Search mengharap akan ada sebuah konsert lain yang dapat menebus rasa kecewa mereka terhadap grup tersebut.
Tidak perlu promosi yang terlampau, cukup hanya dengan penyediaan konsert yang serba sempurna daripada aspek bunyi dan persembahan jiwa Search yang 100 peratus. Itu sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
Search mahu tebus kepincangan
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0816/Kosmo/Hiburan/hi_02.1.jpg)
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0816/Kosmo/Hiburan/hi_02.2.jpg)
| AMY mengakui penuh telus dan tulus.
|
DUA minggu Search 'dibantai' impak daripada persembahan yang dikatakan paling tidak berbaloi pada Konsert Awan Biru mereka yang berlangsung di Bukit Kiara Equastrian Park pada 1 Ogos lalu. Tohmahannya - itulah konsert terburuk dalam sejarah perjalanan Search sepanjang lebih 25 tahun!
Lebih 30,000 peminat tegar mereka kecewa dengan sistem bunyi, pencahayaan dan pentas serta Search sendiri kerana gagal mencapai piawaian sebuah konsert grup legenda.
Selaku vokalis, Amy mengambil tanggungjawab terhadap 'kerosakan' yang telah berlaku.
Amy sempat menafikan individu yang bertanggungjawab menguruskan ArtistAtWork membawa lari wang mereka, sebaliknya memberitahu kegagalan menguruskan wang dengan baik menjadi punca perjalanan konsert mereka huru-hara.
Apa yang Search boleh katakan tentang kegagalan konsert mega itu?
Sebenarnya semua berpunca daripada bajet kami yang sudah melebihi had. Untuk Konsert Awan Biru, pihak Celcom memberikan pihak Search yang diwakili ArtistAtWork sebanyak RM490,000 untuk acara di semua lokasi.
Ini bermaksud untuk setiap lokasi, kami seharusnya menggunakan hanya sekitar RM120,000 hingga RM150,000 saja. Malangnya, individu yang bertanggungjawab telah menggunakan bajet melebihi tahap yang seharusnya.
Banyak duit digunakan untuk perkara remeh seperti mencetak sebanyak 400 helai baju pengawal, membuat beg cenderahati pada harga yang tidak relevan, logistik dan sebagainya.
Pada konsert pertama di Pulau Pinang, sebanyak RM300,000 dibelanjakan sebelum konsert di Johor Bahru diadakan dengan bajet RM300,000 juga yang secara dasarnya sudah melebihi had dana kami.
Jadi apa kena mengena dengan sistem bunyi dan kepincangan konsert di Kuala Lumpur?
Sebab sudah membelanjakan dana berlebihan, kita tidak mampu membayar sewa sistem bunyi sebelum ini. Saya akui, kami berhutang ratusan ribu dengan pemilik sistem bunyi tersebut.
Apabila kita ingin mengadakan konsert di KL, mereka tidak mengizinkan sistem bunyi mereka dipakai sehingga kami membayar hutang mereka.
Tetapi kita tidak mempunyai wang dan selepas berunding, kami ingin membayar sedikit, namun pada saat akhir mereka tidak bersetuju. Jadi untuk itu, kami gunakan khidmat sistem bunyi daripada Dino dengan menggunakan krew teknikal kami yang asal.
Apa yang dipersembahkan pada konsert itu adalah yang terbaik usaha daripada krew kami. Malangnya berlaku masalah teknikal dan sistem bunyi blow, membuatkan konsert terhenti selepas lagu kedua.
Kami kecewa dan bila naik ke pentas, kami berharap semuanya kembali baik, tetapi tidak. Search tidak boleh menghentikan konsert kerana masalah itu.
Tapi kerana masalah dalaman ini, reputasi Search tercalar teruk. Semua kecewa. Amy menyanyi sumbang dan permainan setiap anggota Search juga mengecewakan.
Kami akui, kami kecewa kerana gagal memberi persembahan terbaik. Tetapi masalah yang melanda membuat keadaan menjadi buruk. Hanya sebagai profesional, kami tidak akan membatalkan konsert tersebut, sebaliknya berusaha sehabis baik untuk menghiburkan peminat yang datang.
Kalau kami tidak profesional, kami boleh saja batalkan konsert kami sehari sebelumnya kerana sudah tahu masalah sistem bunyi yang kurang baik. Tetapi kami tampil dan bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku.
Ramai yang merungut Search juga tidak memainkan lagu-lagu hit yang selalu dinyanyikan dalam konsert-konsert sebelum ini. Kenapa?
Sebenarnya ada, tapi (kena) potong sebab masalah teknikal yang kami hadapi. Kami berusaha untuk tidak mengeruhkan suasana, jadi kami bermain mengikut kapasiti teknikal pada malam itu.
Apabila terjadinya perkara macam ini, ia membuatkan syarikat besar bimbang menaja konsert artis tempatan. Mereka akan gunakan alasan ini sebagai jalan untuk menaja artis luar. Apa persepsi anda?
Jujurnya, Celcom tak rugi apa-apa dalam hal ini, sebaliknya kami yang rugi besar. Mereka telah mendapat pulangan daripada apa yang mereka keluarkan dan kami juga menjalankan urus niaga seperti yang diharapkan.
Jadi maksudnya sekarang pihak ArtistAtWork rugi dan konsert ini tidak membawa keuntungan. Tapi dengan kehadiran lebih 30,000 penonton, kutipan kasar harga tiket barangkali mencecah RM1 juta. Jadi tidaklah rugi sangat, kan?
Ya, kami rugi dan semua kutipan tiket yang kami dapat adalah untuk membayar segala hutang kami dengan pihak sistem bunyi dan menjelaskan bayaran krew yang tertangguh.
Dalam masa yang sama, sedikit dana harus digunakan untuk konsert di Sabah dan Sarawak kelak. Selebihnya baru dikira keuntungan kami. Sekarang, yang penting bukan soal keuntungan, tetapi kepuasan peminat kami.
Ada ganti rugi untuk peminat?
Insya-Allah, kalau tiada aral, Celcom sudah bersetuju untuk mengadakan sekali lagi konsert di Kuala Lumpur, Disember depan. Kami berharap ia mampu menebus kekecewaan Search dan peminat. |
|
|
|
|
|
|
|
Search tak layan cerita bergaduh
Oleh SY MUSSADDAD MAHDI
TIDAK ada angin ribut, tiba-tiba sahaja keluar cerita yang kononnya Amy dan kumpulan Search bercakaran gara-gara masalah dalaman yang dihadapi oleh mereka.
Walaupun tidak ada kesahihan tentang perkara tersebut, ia sedikit sebanyak menimbulkan rasa kurang senang peminat terhadap cerita yang diperkatakan itu.
Pelbagai dakwaan timbul yang kononnya Amy tidak dibenarkan untuk menyanyikan lagu-lagu Search lagi dan perlu meminta kebenaran ahli yang lain apabila mahu membuat persembahan selepas ini.
Apa yang menimbulkan keraguan peminat apabila cerita tersebut keluar ketika Amy sedang sibuk membuat persiapan untuk persembahan Suatu Masa...Amy yang bakal diadakan di Istana Budaya pada 26 hingga 28 Mac akan datang.
Ketika dihubungi baru-baru ini Amy menafikan khabar angin tersebut sambil menyatakan tidak ada apa-apa masalah yang berlaku di antara mereka selama ini.
"Ini bukan masa untuk bergaduh. Sudah hampir 30 tahun duduk dalam industri hiburan tanah air, dah bermacam-macam perkara telah berlaku pada kami.
"Bila keluar sahaja cerita tersebut saya memang terkejut. Bila saya hubungi kawan-kawan Search yang lain, masing-masing memberikan pandangan tersendiri dan tak timbul langsung masalah ini.
"Tapi apa yang paling pelik bagaimana cerita tersebut boleh timbul sedangkan kami tidak pernah bergaduh mahupun berselisih pendapat.
"Saya tak peduli apa yang orang nak cakap. Apa yang penting saya dan ahli-ahli Search yang lain tahu apa yang berlaku dan tak timbul soal perlu meminta kebenaran untuk menyanyikan lagu Search," luah Amy lagi.
Tambah Amy lagi, isu ini mungkin sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu dan sebagai orang lama dalam industri hiburan dia sudah lali dengan perkara tersebut.
Untuk itu, bapa kepada pelakon Nabila Huda ini lebih gemar mengambil sikap berdiam diri dan enggan melayan sebarang gosip yang langsung tidak menjejaskan reputasinya sebagai orang lama.
"Tak perlu nak bertelagah dalam isu kecil macam ini. Kalau 20 tahun lalu timbul isu seperti ini, mungkin saya akan layan. Tapi tidak lagi sekarang.
"Perjalanan jauh sudah kami tempuhi bersama-sama selama ini. Semua dah tahu hati budi masing-masing," jelasnya tanpa berselindung.
Sebagai sebuah kumpulan 'otai' yang telah mengecapi pelbagai kejayaan sudah pasti banyak perancangan yang diatur selepas ini.
Seach juga bakal mengembara ke Dublin, Ireland, London dan Liverpool pada 13 hingga 23 Februari dan sebelum ini mereka juga baru sahaja mengadakan persembahan di Macau, Hong Kong.
l Bukan masalah disiplin - Nasir
"Saya tak faham bagaimana isu itu boleh timbul. Bagi saya isu ini bukan datang daripada anggota Search sendiri dan mungkin datang dari pihak yang tak senang dengan kami," ungkap Nasir sebaik sahaja diajukan pertanyaan itu.
Walaupun terkejut dengan cerita 'perselisihan' antara anggota Search dan Amy, dia hanya mengambil pendekatan untuk tidak mengambil tahu memandangkan semua anggota Search tidak pernah bercakaran mengenai isu tersebut.
"Kalau nak cerita pasal masalah disiplin mahupun perjuangan, ini bukan masanya. Sudah jauh perjalanan kami dan isu-isu remeh temeh bukan lagi masalah besar pada kami.
"Bila sudah berada pada tahap ini, sudah pasti kami memasang impian untuk melengkapkan kembara seni yang sudah dimulakan hampir 30 tahun yang lalu.
"Jadi buat apa nak layan cerita kotor daripada otak orang yang kotor. Nanti kami juga yang terpalit kotoran itu," kata Nasir tanpa berselindung.
Tambah Nasir lagi, apa yang dikesalkan apabila khabar angin tersebut mendakwa mereka tidak membenarkan Amy menyanyikan koleksi lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh mereka selama ini.
Baginya tidak pernah timbul soal itu memandangkan selama ini tidak pernah lagi mereka tidak membenarkan mana-mana artis menyanyikan lagu mereka.
"Ramai penyanyi baru menyanyikan lagu kami. Dalam pertandingan realiti contohnya, pasti ada yang menyanyikan lagu kami. Tidak ada apa-apa masalah pun yang berlaku.
"Kami sentiasa menyokong kerjaya seni Amy walaupun dia bergerak secara solo. Malah kami tetap menyokong aktiviti Amy seperti persembahan Suatu Masa...Amy yang akan berlangsung pada penghujung Mac nanti.
"Walaupun Amy bergerak secara solo, dia tetap membawa nama Seach. Orang tetap memanggil dia dengan nama Amy Seach dan secara tak langsung dia membawa kami bersama-sama.
"Kami tahu Amy tetap komited dan teruja lebih-lebih lagi melibatkan persembahan secara berkumpulan. Dia pasti akan turut serta jika tiada komitmen lain.
"Jika orang lain masih mahu menjaja cerita 'percakaran' kami, apa lagi yang boleh saya katakan?," jelasnya.
l Aku tak mahu komen - Yazid
"Aku tak mahu komen apa-apa. Cerita itu bukan keluar dari mulut kami dan aku tak tahu siapa dalang yang mengeluarkan cerita tersebut.
"Amy sudah lama buat persembahan dan bergerak solo. 10 tahun dulu orang dah berkata macam-macam. Tak kan sampai sekarang korang masih lagi nak buat cerita macam ni?
"Aku tak faham dan tak tahu apa lagi yang korang nak buat lepas ni," kata Yazid apabila ditanyakan masalah yang melanda kumpulan mereka.
Walaupun enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut, Yazid berharap agar semua cerita yang keluar tidak lagi diperbesar-besarkan memandangkan semua itu adalah tidak benar.
Selain siri konsert jelajah di United Kingdom (UK), Search juga bakal mengadakan konsert tertutup di lima buah lokasi yang masih lagi dirahsiakan.
Mereka juga bakal terlibat dalam konsert Radio Rosak yang akan dilaksanakan sedikit masa lagi dan paling mengujakan apabila kisah mereka bakal difilemkan.
Walaupun masih belum ada pengumuman rasmi mengenai filem yang bakal direncanakan, tetapi Pancaindera difahamkan semua anggota Search sudahpun bersetuju dengan rancangan membawa kesemua ahli ke layar perak untuk dipertontonkan kepada peminat yang tak pernah jemu menyokong kerjaya seni mereka sejak dahulu lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
LATEST:
FREE TICKET....
SEARCH PERFORM di myBSN Online Konsert.
Over 3,000 concert tickets will be given away to MyBSN users for FREE! Watch cool, live performances by famous celebrities such as Search, Reshmonu, Tilu, Atilia and many more. Don’t miss the special appearance by MyBSN Brand Ambassador, HUJAN taking centre stage!
Have fun and enjoy the show…
Where?
Date: Friday, 10 December 2010
Time: 7:00 pm – 12:00 am
Venue: Parking Area, Wisma BSN, 117, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
How to get tickets?
If you haven’t registered:
Register for MyBSN Internet Banking and perform First Time Login.
Print screen the Successful page.
Bring your printout and present it at our ticketing counter.
If you have already registered:
Login and perform any transaction online.
Print your transaction receipt and present it at our ticketing counter.
Ticketing Counter:
Date : Wednesday, 8 December 2010
Time : 10:00am-5:00pm
Venue : Wisma BSN Lobby, Jalan Ampang
Notes: Only 1500x2 tickets (1 person gets 2 tickets) will be given on First Come, First Serve basis. So, hurry!
visit: www.mybsn.com.my |
|
|
|
|
|
|
| |
|