CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2069|Reply: 8

Cikgu Siti Jawab Isu Pilih Kasih

[Copy link]
Post time 17-4-2009 08:21 AM | Show all posts |Read mode
Cikgu Siti Jawab Isu Pilih Kasih



Teks oleh Ellyna Ali


KUALA LUMPUR, 16 APRIL 2009:
  Disebabkan isu pilih kasih, bermacam-macam tuduhan dilemparkan terhadap barisan tenaga pengajar Akademi Fantasia Musim 7(AF7). Biarpun tuduhan tersebut adakalanya keterlaluan, ia masih tidakmematahkan semangat barisan tenaga pengajar itu untuk terus mencurahkanilmu mereka kepada pelajar yang masih bertahan.

Sungguhpunbegitu, adakalanya sinar wajah tenaga pengajaritu menampakkan kekecewaan kerana tidak berupaya menjelaskan apa yangsebenarnya dilalui oleh mereka dalam akademi bersama kesemua anak didikmereka.

Peminat hanya membuat penilaian menerusi apa yangmereka lihat dari kaca TV dan pentas semata-mata tanpa tahu seterukmana tugas seseorang tenaga pengajar yang cuba memberikan layanan sertatumpuan sama rata.

Bagi mendapatkan pengesahan lanjut tentang isu pilih kasih yang sedang meledak sekarang ini, murai.com.my berkesempatan untuk mewawancara guru vokal Cikgu Siti Hajar Ismail.

"Sikappilih kasih di kalangan pelajar ini tidak pernah timbul dan ia samasekali sesuatu yang cukup mustahil untuk berlaku kerana kita perlumemastikan setiap pelajar melakukan yang terbaiksetiap minggu. Barangkali tuduhan itu berlaku kerana penonton melihatkita berinteraksi dengan seseorang pelajar itu menerusi Diari AF tapihakikatnya, banyak lagi yang tidak terlihat.

"Masa yang dihabiskan tenaga pengajar dengan pelajar-pelajar bukan sekadar 8 jam sehari tetapi lebihdari itu. Dalam tempoh itu, macam-macam yang kita lalui dengan mereka.Apa yang diperbincangkan bukan sekadar pembelajaran mereka semata-matamalah mencangkupi soal kehidupan setiap pelajar yang berada di AF7,"katanya.

Sungguhpun begitu, Cikgu Siti berkata, dia tidakmenafikan, kadangkala apabila ada pelajar yang terlalu lemah, tumpuanakan lebih diberikan terhadap mereka. Namun, seboleh-bolehnya merekacuba bersikap adil kepada semua pelajar.

"Kalau ada yangmengatakan mengapa saya kali ini tidak marah-marah lagi macam dulukhususnya terhadap pelajar-pelajar yang lemah pada kali ini, iadisebabkan sikap pelajar-pelajar yang kita pilih sekarang ini semuanyapositif. Sama ada yang dah terkeluar mahu pun yang masih ada, sama adayang konsisten atau pun lemah, semuanya menampakkan semangat untukmemperbaiki kelemahan diri mereka.

"Jadi, bagaimana sayahendak marah-marah macam dulu kalau kali ini saya mendapat kesemuapelajar yang mempunyai sikap serta semangat yang kental? Kalau sayamarah pun cuma seorang saja iaitu Rubisa kerana dia selalu berjanjiuntuk memperbaiki kelemahannya tapi akhirnya kelemahan tersebut tidakpun diperbaiki," katanya.

Tentang tuduhan yang mengatakan diadan Cikgu Fati  mempertahankan Aril dan Akim sewaktu pengkritikmemberikan komen mereka dalam konsert minggu keempat, Cikgu Sitiberkata, ramai telah salah anggap dengan tindakan mereka itu.

"Adakahsaya dan Cikgu Fati marah dan tidak setuju dengan kritikan yangdilemparkan pengkritik pada malam itu? Rasanya tidak. Sebaliknya sayadan Cikgu Fati dengan wajah senyuman hanya memperbetulkan kenyataanpengkritik bahawa pertandingan ini bukan sekadar pertandingan nyanyiantetapi meliputi keseluruhan persembahan," ujarnya.


Adlin kena lebih 'high class' dalam berbahasa...


"Satulagi ialah tentang pemilihan lagu. Saya sekadar ingin memberitahu semuabahawa pemilihan lagu tidak ada kena-mengena dengan semua pelajartapi ditetapkan oleh barisan tenaga pengajar dan pihak produksi.

"Cubalahdengar betul-betul ayat yang kami sampaikan pada malam itu ? Ia jelasmenyatakan apa yang ingin kami perbetulkan. Bukan disebabkan tidaksetuju dengan kritikan pengkritik atau pun disebabkan mahumempertahankan pelajar-pelajar tersebut," katanya lagi.

Cikgu Siti berkata, sebagai guru, dia tidak kisah apa pengkritik hendak cakap tentang persembahan pelajarnya.

"Sebelumini pun, Ramli MS pernah jadi pengkritik dan kritikan yangdilemparkannya sangat celupar. Tapi saya boleh terima kerana apa yangdia cakap itu jelas dan betul. Itulah yang saya harapkan di kalanganbarisan pengkritik kita termasuklah Adlin Aman Ramlie. Sebelum jadi terkenal, saya lebih dulu mengenali Adlin sebagai seorang aktivis teater.

"Bagi saya Adlin adalah salah seorang ikon dalam industri yang mampu memberi nasihat serta pandangan kepada generasi baru berdasarkan kepada pencapaiannya yang diperolehinya selama ini.

"Sungguhpunagak sukar untuk saya menyatakannya  kepada pelajar-pelajar saya keranaAdlin seringkali tidak begitu berhati-hati dengan pengunaan kata namaserta pemilihan beberapa perkataan setiap kali berkomunikasi.

"Bagisaya, kalau Adlin dapat mengubah sedikit caranya berbahasa danberkomunikasi, dia bukan saja akan dapat dijadikan contoh ikon dikalangan pelajar-pelajar AF7 tetapi juga akan kelihatan nampak lebih high class lagi dari segi aura dan penampilan diri," katanya dengan jujur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2009 08:25 AM | Show all posts
pilih ksih apanyaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 08:40 AM | Show all posts
pilih kasih ker???????
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 09:00 AM | Show all posts

Reply #1 alin33's post

"Jadi, bagaimana sayahendak marah-marah macam dulu kalau kali ini saya mendapat kesemuapelajar yang mempunyai sikap serta semangat yang kental? Kalau sayamarah pun cuma seorang saja iaitu Rubisa kerana dia selalu berjanji untuk memperbaiki kelemahannya tapi akhirnya kelemahan tersebut tidak pun diperbaiki," katanya.


Dalam nak menutup perangai pilih kasih dia tu sempat lagi dia buruk-burukkan Rubisa
Perlu ke canang kat semua orang pasal Rubisa berjanji ke apa ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 09:06 AM | Show all posts
sian Rubisa ... dah keluar pun kena lagi ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 11:02 AM | Show all posts
mengong la cikgu2 af7 ni...

sama ngan production team tu skali...

transformasi betoll!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2009 11:31 AM | Show all posts
Ye la kot...dalam diari sejam tuh team editor pun x abeh2 nak tunjuk scene cikgu ngan sorg dua student jek...harus la nampak kesayangan sgt..

Lenkali Adlin xyah la gelar owg katak ke owg gila ke hape...

Kalo takat Syafinaz nak sebut pasal nyalak lam OIAM tu biak pi la, bukan ramai kekanak tgk OIAM pun..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 12:35 PM | Show all posts

Reply #7 SaVilara's post

kannnnn...........
kangkang katak, lembu, kambing hata gajah segala bagai... ape kes??   aku pon panas...tambah lagik satu sampah sarap.....

klo kita yg buat salah, kita x harap org kata kita bgitu skali, kita hrp org kritik, cadangan & ape yg harus kita lakukan jika tersalah, bkn kondem roti canai segala bagai....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2009 12:40 PM | Show all posts

Balas #4 houdini\ catat

kannnnnnnn.................
sian rubisa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.052139 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list