CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: aYuGiLeR

kecewanya anum terkeluar!!! uwaaaaaaaaaaaaa!!

[Copy link]
Post time 5-4-2010 01:44 PM | Show all posts
suda la af thn ni ndak berapa best... yang best c anum suda keluar... makin la ndak best.. chezz

tinggal si shahir jak yang best dalam diari tuh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2010 01:58 PM | Show all posts
anum ok pe konsert aritu..
takleh lupa dia nyanyi lagu pelesit kota .. seram..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2010 02:14 PM | Show all posts
kalau astro nak AF kembali meriah tolong bwk masuk anum balik...
batalkan penyingkiran anum...
walaupun nampak cam tak adil..tapi ramai yang akan setuju...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2010 02:31 PM | Show all posts
anum tu cute?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2010 03:04 PM | Show all posts
takde anum takde fun
cuma nad & anum je yg selamba
pompuan lain buhsannn aku nengok wpun muka cantik
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2010 03:48 PM | Show all posts
Anum Mangsa SMS AF8


Pengetua AF8, Norman Abdul Halim telah meramalkan peserta yang berasaldari Klang, Selangor, Nadia Emilia Roselan bakal tersingkir pada mingguketiga AF8 selepas persembahan hambarnya di dalam konsert ketigaAkademi Fantasia musim kelapan (AF8).

Namun keputusan yang diumumkan oleh Sarimah Ibrahim melalui program'Debaran AF' membuktikan telahan Norman ternyata meleset. Ini keranaAnum atau nama sebenarnya Dayang Nor Anum Arjuna Aharun terpaksamelupakan cita-citanya untuk bergelar juara AF8 apabila namanyadiumumkan sebagai peserta yang tersingkir.

Walaupun tersingkir, pemergian Anum dianggap bermaruah kerana telahmenonjolkan kualiti persembahan yang menarik perhatian ramai semasakonsert ketiga yang diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil malamSabtu lalu.

Menyanyikan lagu "Kau Atau Aku" yang pernah dipularkan oleh Elyana,juri tetap AF8, Adlin Aman Ramlie dan Aznil Hj Nawawi bersetuju bahawaAnum antara peserta yang paling menonjol.

"Awak merupakan pelajar yang paling daring dan berani dalam AF8. Malamini persembahan awak bagus sebab peserta-peserta lain kebanyakannyamembuat persembahan yang lebih teruk daripada awak. Walaupun awak padamulanya kelihatan seperti tidak stabil, tetapi persembahan awak kaliini okay," komen Adlin tentang persembahan Anum.

Aznil pula memuji Anum dengan mengatakan persembahannya bertenaga danberjaya membuka mata orang ramai. Namun inilah yang dinamakan AF yangtidak pernah lekang dengan pelbagai kejutan dan pada minggu ini pesertayang berasal dari Tawau, Sabah itu menjadi mangsa permainan SMS parapengundi setia AF8.

Walau bagaimanapun sebelum mengundurkan diri, Anum yang diumumkannamanya sebagai peserta yang tersingkir diberi peluang untukmengucapkan kata-kata terakhir sebelum meninggalkan pentas persembahan.

"Saya berterima kasih kepada kawan-kawan, tenaga pengajar serta parapeminat yang pernah mengundi saya," ujar Anum yang cuba berlagak tenangdengan tersenyum ketika berdakapan dengan kawan-kawannya buat kaliterakhir.

Namun emosi anak gadis berusia 19 tahun itu ternyata terusik apabilaberhadapan dengan tenaga pengajar yang telah banyak membentuknyamenjadi seorang bintang.

Sebelum diumumkan Anum sebagai peserta yang tersingkir, di awal programSarimah terdahulu memanggil tiga nama peserta yang mendapat undianterendah iaitu Farina, Alif dan Maulana. Namun selepas beberapa ketika,ketiga-tiga peserta tersebut terselamat apabila mendapat undiandaripada penonton disaat saat akhir. Akibatnya tiga nama baru dipanggiloleh Sarimah iaitu Farina, Daus dan Anum.

Selepas Shah, Ema dan Anum terkeluar daripada AF8, kini hanya tinggalsembilan peserta - Alif, Maulana, Daus, Nad, Farina, Ema, Adira, Iwan,Shahir dan Ain.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2010 03:57 PM | Show all posts
Norman: Nad Patut Tersingkir


engetua AF8, Norman Abdul Halim ketika ditanya tentang peserta manakahyang patut tersingkir daripada konsert minggu ketiga jika diukurdaripada kualiti persembahan pada malam tersebut, mengakui Nadmerupakan peserta yang menjadi pilihannya.

Nad atau nama sebenarnya Nadia Emilia Roselan menurut Norman, tidakmemberikan persembahan yang baik atau menonjolkan kemampuan sebenarnya.

"Pada konsert minggu pertama, kedua dan ketiga persembahan Nad sangatmengecewakan. Dia tidak menonjolkan keupayaannya yang sebenar. Malahsemalam saya hadir untuk menyaksikan sesi 'rehearsal' dan diamenyanyikan lagu "Bulan Cinta" jauh lebih baik daripada malam ini.Mungkin kerana dia gugup atau ada sebab-sebab lain," jelas Normanberterus-terang.

Walau bagaimanapun Norman menafikan dakwaan yang dilemparkan olehAdlin, yang mengatakan para peserta AF8 seperti tidak berada di dalamsebuah pertandingan kerana bersikap terlalu relaks.

Nad pilihan Norman untuk tersingkir

"Kesemua peserta menunjukkan daya bersaing serta komitmen yang tinggi.Cuma pada malam ini saya lihat Nad yang paling tidak menonjol," ujarNorman.

Ketika ditanya tentang peserta yang paling meningkat prestasinya,Norman tidak ragu-ragu memberitahu bahawa Daus adalah pesertapilihannya. Katanya peserta yang berasal dari Kuching, Sarawak itumudah mendengar kata serta mempraktikkan apa yang diajar kepadanya.

"Pada mulanya saya anggap Daus tak patut berada di dalam AF8. Tetapisetelah beberapa minggu, saya lihat dia sebagai pelajar yang palingcepat 'menangkap' apa yang diajar. Malah dia tahu apa yang kita nakserta mempraktikkan apa yang diajar oleh tenaga pengajar," ulas Norman.

Sementara itu, mengenai peserta yang paling menonjol pula, Normanmengakui Maulana dilihat sebagai peserta yang paling menyerlah semasakonsert ketiga. Katanya Maulana berusaha memberikan persembahan terbaikbuat para penonton dan dia berjaya melakukannya.

"Maulana selalu berusaha keras. Malah lihat sahaja tali yang diikatpada kakinya. Itu semua adalah usahanya sendiri dan saya mahu pelajarlain mencontohinya," ujar Norman yang mengakui kurang berpuas hatidengan segelintir peserta yang membuat persembahan pada malam tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2010 05:07 PM | Show all posts
daus the best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2010 05:37 PM | Show all posts
patutnya farina kuar...hhuhuhu
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.197912 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list