CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2157|Reply: 0

Burka Diharamkan & Wanita Muslim Dihalau Kerana Pakai Burkinis di Perancis

[Copy link]
Post time 23-7-2010 06:04 AM | Show all posts |Read mode

Sepuluh hari lalu, MP Perancis telah mengundi untuk mengharamkan pemakaian "burka" di kawasan awam. Langkah yang sama turut diambil oleh Syria dan Belgium. Di bawah undang-undang baru itu, burka dan seumpamanya dilabelkan sebagai "penghinaan kepada nilai negara". Presiden Nicolas Sarkozy menyamakan pemakaian  burka sebagai  "sign of debasement". Manakala Menteri Imigresennya pula memanggilnya "a walking coffin".

Di bawah undang-undang baru itu, suami yang memaksa isterinya memakai burka boleh dikenakan denda sebanyak £25 000 atau setahun penjara. Wanita yang memakai burka pula boleh dikenakan denda sebanyak £130 atas alasan mereka lazimnya tidak diberi peluang untuk memilih. Pesalah yang gagal membayar denda akan dipenjarakan. Undang-undang baru ini turut terpakai terhadap pelancong Muslim termasuklah ribuan pelancong kelas atasan dari Timur Tengah.

Belum pun reda isu tersebut, timbul pula isu baru apabila dua orang wanita Muslim dihalau keluar dari kolam renang kerana memakai "burkinis", iaitu bikini yang direka khas untuk menutup aurat si pemakainya. Kejadian ini berlaku di kawasan percutian Rives des Corbieres, Port Leucate, selatan Perancis.Kedua-dua orang wanita itu diberi kata dua sama ada memakai bikini yang lazimnya dipakai atau meninggalkan kolam renang tersebut. Percaya atau tidak, mereka dihalau dari kolam renang itu atas alasan "hygiene".

Bayangkan betapa hinanya pakaian menutup aurat di Barat! Ironinya, pakaian seumpama itu turut dipandang serong di negara kita. Betul?


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.311076 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list