View: 7407|Reply: 18
|
WAKTU IMSAK, ADAKAH BID’AH.
[Copy link]
|
|
salam semua buat sahabat. semoga kita sama2 mencari keredhaanNya..
mari kita berbincang dengan aman dan bukan bertekak. semoga kita berada dijalan yang lurus dan bukan dijalan org2 yang sesat. amin...
WAKTU IMSAK, ADAKAH BID’AH.![](http://3.bp.blogspot.com/_0IYLfg7qLCM/TFUam3FsCEI/AAAAAAAAAsU/cXCdhnW2eVw/s400/puasa.jpg) (Gambar Dari Google)
SEBELUM RAMADHAN menjelma, elok juga kita ambil tahu tentang persoalan paling asas iaitu sahur. Sahur atau bersahur pula amat berkait rapat dengan waktu imsak. Waktu imsak kebiasannya dalam lingkungan 10 atau 15 minit( tolong perbetulkan jika saya silap) Persoalannya adakah waktu imsak itu selari dengan sunnah atau bid’ah.
Memang terdapat segelintir pihak yang mendakwa waktu imsak itu sebagai bercanggah dengan sunnah lalu melabelkannya sebagai bid’ah. Saya tidak ingin mengulas panjang kerana matlamat kewujudan blog saya bukanlah untuk berbicara persoalan khilafiah. Blog saya bukan gelanggang untuk bertikam lidah dan bersilat kata dalam persoalan bid’ah membid’ah.
Kembali kepada tajuk. Adalah digalakkan untuk kita melewatkan sahur, malah itu satu amalan yang mulia. Dalam satu hadis al-Bukhari dan Muslim, Nabi s.a.w bersabda “ Makan dan minumlah sehingga azan Ibn Ummi Maktum, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar( subuh).” Berdasarkan hadis ini, selagi belum tiba waktu subuh, maka selagi itulah dibenarkan makan dan minum. Ini kerana waktu sahur hanya berakhir dengan bermulanya azan subuh.
Tentang imsak pula, terdapat satu hadis yang sedikit sebanyak memperihalkan tentangnya( walaupun secara tidak langsung), iaitu hadis daripada Anas bin Malik yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Shahihnya, sabda Nabi s.a.w “ Zaid bin Tsabit menerangkan dia bersahur bersama Nabi s.a.w, kemudiannya bangun pergi mendirikan solat(subuh), Anas bertanya: “Berapa lamakah tempoh antara keduanya ( antara sahur dan solat subuh)?, Zaid menjawab., “sekadar tempoh membaca 50 atau 60 ayat Al-Quran.” Berdasarkan hadis ini jangka masa antara waktu sahur dengan waktu subuh ialah kira-kira bacaan 50 hingga 60 ayat Al-Quran yang sederhana panjangnya dan mungkin dalam tempoh masa 15 hingga 20 minit.
Dalam persoalan ini, hadis pertama menceritakan boleh makan dan minum sehingga masuknya waktu subuh. Ia tepat tanpa sebarang keraguan. Hadis kedua pula sekadar menceritakan tempoh antara bersahur dengan bersolat subuh, iaitu menyamai bacaan 50 hingga 60 ayat Al-Quran. Namun ia tidak menasakhkan( memansuhkan) hadis yang pertama.
Kesimpulannya, tiada masalah andai kita ingin bersahur pada pukul satu pagi sekalipun sambil blogwalking( tak bersahur pun tak salah),cuma ia tidak menepati sunnah. Dan, harus juga untuk bersahur sehingga kedengaran azan subuh. Cuma, sebagai langkah persediaan untuk bersolat subuh atau melakukan ibadat yang lain seperti membaca Al-Quran, pergi ke surau atau masjid, maka wajar untuk berhenti bersahur lebih awal, mungkin dalam tempoh kira-kira 10 atau 15 minit( sebelum masuknya maktu subuh) apatah lagi dalam kes suami dan isteri yang saling gaul mengauli pada malamnya. Jadi masa yang berbaki selepas bersahur itu bolehlah digunakan untuk mensucikan diri dengan mandi junub.
Jadi adakah waktu imsak itu bid’ah? Memang bid’ah kalau kita beranggapan wajib berhenti makan dan minum serta amalan lain yang membatalkan puasa setelah masuknya waktu imsak. Ini memang berlaku di sesetengah tempat malah secara peribadi saya pernah ditengking oleh pak lebai kerana menghabiskan minuman yang masih berbaki di dalam cawan. Dengan merujuk takwim imsak yang diedarkan oleh syarikat pengeluar kicap, persis Mufti, Pak Lebai itupun berfatwa “Dah masuk imsak, jangan makan. Tu yang dok minum tu(merujuk kepada saya) jahil betul.”
Tapi, tidaklah bid’ah andainya kita berhenti makan lebih awal sedikit kerana ingin mempersiapkan diri untuk membaca Al-Quran atau bersolat subuh atau urusan-urusan lain, namun kita mesti menyakini dalil yang sahih bahawa penamat sahur hanyalah azan subuh.
Akhir sekali, eloklah kita renung kata-kata ulama terkemuka Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya Fatwa Mu’asirah “ Jika seseorang selalu mengamalkan puasanya bermula daripada waktu imsak, maka ia telah melakukan suatu keterlaluan dalam agama ini dan bertentangan dengan sunnah Nabi s.a.w”
dari blog sahabat saya:
http://www.bicaradariaku.com/2010/08/waktu-imsak-adakah-bidah.html
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by nickname at 10-8-2010 11:01
tu lah kadang2 sesetengah lebai2 ni tak boleh nak tegur cara elok2,tak sayang mulut betul..
sy bukan nak ulas bidaah atau tak,dan tak layak pun,tp untuk sy imsak ni langkah supaya sy tidak terbabas..lagi pun 10 minit dari subuh je kan bukan imsak 1jam..
kalau bidaah pun tak berdosa rasanya ,berbanding kesalahan lain2 yg terang2.. |
|
|
|
|
|
|
|
pernah confuse gak pasal imsak ni. tapi bila dah makin dewasa...belajar sana belajar sini... baru lah tahu pasal perkara ni. TQ tuan tanah. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ambil langkah mudah, bukan meletakkan waktu Imsak tu sebagai PENUTUP sahur aku, tapi sebagai WARNING TIME, bahawa 'cepat cepat habiskan sisa2 makanan yg ada dalam mulut...cepat2 bersiap2 utk ke masjid utk solat Subuh'... |
|
|
|
|
|
|
|
tu lah kadang2 sesetengah lebai2 ni tak boleh nak tegur cara elok2,tak sayang mulut betul..
sy ...
nickname Post at 10-8-2010 10:58 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
Kadangkala, manusia ni bila ada ilmu, CARA MENEGUR tu mendatangkan marah
Tegur secara berhemah..secara berkias..lebih2 lagi yg nak ditegur tu org yg dah berumur...yg tua..kena pandai guna pendekatan dakwah...
Teringat aku kpd ustaz tazkirah kami tu bercerita..pasal 'wirid lepas solat'...
Dia amalkan wirid ni secara sendirian..tapi kalau pergi ke masjid2 kecil dikampung(yg dah terbiasa dgn wirid lepas solat ni), dia selalu imam solat, ketuai juga wirid lepas solat..after all...benda yg baik memuji allah...mengagungkan allah... |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua
alhamdulillah, ramai yg faham dan ada ilmu
![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua
alhamdulillah, ramai yg faham dan ada ilmu
![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aku paham dgn perasaan worang2 hat benci pada bidaah ni....depa bohkan sebab apa....tp sbb cr pengamalan n penekanan masyarakat (lobai2 kaum tua isele nenek moyang) pada amalan2 bidaah tuh mcm terlalu penting...padahai menda hat wajib n sunat nih depa tak pulok bagi penekanan mcm tuh skali....
tgk lah lam artikel nih, suka suki jah lobai tua tuh pi tudoh si penulis sbg worang jahil...dia hat jahil padahainya.ms aku kecik2 dolu pong, pi balik ikot kawan balik kampong dia time posa. kena maroh jugok pasai dok mamah cakelat lg ms dh masok wktu imsak.kawan aku tuh,mak dia siap tarik balik keluaq cakelat hat dia mamah tuh dr mulot n kena marah2.lepaih tuh tudoh aku tak sey posa![](static/image/smiley/default/3shakehead.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
eh, tuan mod. saya ingat saya post tajuk ni kat thread agama islam tadi. boleh pindahkan tak?
terima kasih mod kalau baca
heheehh ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 8# 7anan
salam. kadang2 kita tak leh nak marah kat datuk nenek moyang juga.. dia amalkan apa yg di ajar juga oleh mak ayah datuk nenek dia. mereka org2 tua dulu2 yang tak belajar tinggu atau jauh2 mana nak macam kita boleh timba ilmu semudah sekarang ini. malah semakin senang dapat ilmu semakin banyak kekeliruan pulak dgn bermacam2 fahaman dan fatwa.
mak2 ayah kita mana nak tahu banyak sgt kalau hanya itu yg mereka belajar. so kita lebih beruntung kerana mudah menimba ilmu dunia dan agama. cuma terpulang pada kita sahaja.
org2 lama yang tahu ialah yg belajar agama berguru2 pondok dan belajar jauh sahaja kot...
wallahualam... |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya konsep tu depa tersasar sikit imsak tu bukan oh dam imsak stoppppppp makan...ni selalu org juga org ada misconception actually waktu tu like "alaaa waktu ni tinggal 10 minit sebelum azan subuh so... "....so ....okay jer jgn makan 10 minit post - /lepas azan sudahlah - very obvious. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu tak faham tentan Imsak. Yang diajar kat kita, bila dah masuk Imsak, kenalah stop makan.
Sampailah satu hari, adalah seorang Ustaz, tak ingatlah sama ada dia ustaz sekolah dulu ke atau waktu aku sambung belajar. Ustaz tu pernah tanya, "Boleh makan ke tak waktu Imsak?"
Kita orang jawab, "Tak boleh!!!"
Ustaz senyum sambil kata, "Salah tu. Boleh... selagi belum masuk solat Subuh, masih lagi boleh bersahur. Imsak cuma satu peringatan untuk mengingatkan kita yang masa bersahur dah nak habis."
Teringat masa 'tak reti' dulu. Bila terlambat bangun, pastu tersedar dah masuk waktu Imsak, terus tak dapat bersahur. Kesian.
Apapun, terima kasih di atas info yang diberi. ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ramai orang paham imsak tue dah kira start posa.....menambah² amalan dalam agama sedangkan dikira posa pada azan subuh...... |
|
|
|
|
|
|
|
yup betul,
saya sebelum ni pun paham masuk waktu imyak, totttttttttttt. stop! tak leh makan ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
so, baru lah kita faham kan
alhamdulillah...
![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aku x kesah pasal bida'ah asalkan tidak melanggar syariat.
imsak ni waktu amaran jer...bukan membatalkan puasa pun kalu makan time imsak...so no hal lah |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah, bertambah ilmu, jelas lah kekeliruan... |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah...dapat fhm lg... |
|
|
|
|
|
|
|
dah lah pak lebai tu tegur tak berhemah, tak betul lak tu ( dah imsak, tak boleh makan). 2 kesilapan dia disini.
masuk waktu imsak bukan bererti hukum berhenti makan dan minum. seolah olah kalau buat jugak batal puasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278) |
|
|
|
|
|
|
| |
|