CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1517|Reply: 0

bazar & buffet :ramadhan pesta makanan ke pesta ibadah?

[Copy link]
Post time 13-8-2010 09:44 AM | Show all posts |Read mode



bismillah...


Aktiviti menyeronokkan bagi kebanyakan umat islam ialah ke pasar ramadhan. Ahli keluarga dan sanak saudara berhimpun bersama untuk berbuka  puasa. Tidak cukup dengan itu, kakitangan pejabat dan rakan sekerja  turut bersama berkongsi kemeriahan ini dengan berbuka di luar. Persiapan  ini dilakukan sebaiknya, tidak cukup memasak di dapur ada sebahagian  lagi yang bakal menyambut keseronokan waktu berbuka puasa di bulan mulia  ini dengan ‘menyerbu’ ke pasar-pasar Ramadan sebelum waktu berbuka  puasa tiba.


Namun dengan ‘keghairahan’ sewaktu membeli juadah berbuka ini,  terdapat segelintir di kalangan umat Islam yang tidak perasan pakaian  yang tidak sesuai dikenakan mereka. Biarpun kepanasan dan keletihan  akibat berpuasa sepanjang hari, aurat perlu dijaga agar tidak mengurangi  pahala diri sendiri dan juga orang lain. Mereka yang datang untuk  membeli pelbagai juadah tidaklah perlu bersolek ‘tebal’ atau berpakaian  yang menjolok mata. Begitu juga dengan kaum lelaki yang datang membeli  juadah, tidaklah sopan dengan hanya memakai seluar pendek dan baju  singlet.


Semasa membeli makanan, elakkan pembaziran kerana perut yang lapar  mendorong hawa nafsu membeli di luar tahap keperluan. Jangan jadikan kos  perbelanjaan makanan pada bulan ini ‘meningkat’ mengatasi tiga bulan  lalu. Tidak wajar bagi seseorang Islam menjadikan Ramadan yang mulia ini  seolah-olah ‘bulan pesta makanan’.

Segala jenis juadah muncul dan dibeli oleh pelanggan untuk dibawa  pulang serta dihidangkan kepada keluarga. Bulan yang baik untuk  melakukan program diet dan menjaga kesihatan, akhirnya menambahkan  ‘penyakit’ lain dari aspek fizikal sama ada penyakit obesiti, diabetes,  darah tinggi, jantung dan sebagainya. Manakala penyakit hati yang timbul  pula seperti sifat tamak, gelojoh dan mementingkan diri semakin menular  di dalam jiwa tanpa disedari.


Berusahalah menjauhkan diri daripada dorongan nafsu ketika berbuka  dengan beraneka jenis makanan yang lazat. Sebaiknya sama sahaja adat  makan pada bulan puasa dan bulan lain. Mereka yang menurut keinginan  nafsu perut ketika berbuka puasa sebenarnya terpedaya dengan pujukan  iblis yang bertujuan menghilangkan keberkatan ibadah puasa.

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya  sehingga terserlah kesan puasa itu pada dirinya. Sewaktu berpuasa  hinggalah menunggu waktu berbuka puasa, kebanyakan umat Islam melupai  waktu mustajabnya doa. Bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya  matahari di bulan puasa, seseorang muslim itu dikira dalam tempoh  beribadah. Mereka perlu menjauhi perbuatan dan amal yang tidak  berfaedah, apatah lagi dengan perbuatan yang tidak baik dan mengurangkan  pahala.

Justeru mereka perlu memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka  puasa. Ini antara ‘kerugian’ yang sering dilalaikan oleh umat Islam  pada bulan Ramadan ini.


Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

“Tiga  golongan yang tidak ditolak doa mereka ialah pemimpin yang adil,  individu berpuasa sehingga berbuka puasa dan doa orang yang di zalimi.


(Riwayat al-Tirmizi) dan sebuah hadis lain ada menyebutkan, “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika berbuka atau hampir berbuka, doanya tidak akan ditolak.” (Riwayat Ibn Majah)


Oleh itu, hindarilah amalan yang sia-sia dan tidak bermanfaat ketika  menghadap ke arah juadah makanan menantikan masuknya waktu berbuka  puasa. Sebenarnya terdapat begitu banyak panduan dan saranan untuk  memenuhi ruang ibadah dan menghayati keberkatan di bulan Ramadan tahun  ini dengan penuh rasa keinsafan di hati.

Selain itu, antara faktor utama yang dapat meningkatkan tahap ibadah  yang lebih berkualiti adalah menerusi pembacaan kitab, buku, sumber  internet dan media massa . Penambahan ilmu berkaitan puasa dapat  merangsang perkembangan ilmu dan amali untuk mencapai keredaan Allah di  bulan mulia ini. Semoga Allah memberkati segala usaha kita dalam Ramadan  kali ini.


sumber: ulasan buku

         

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.341358 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list