CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2435|Reply: 3

Datuk Siti dah berdamai dgn Datuk Pah

[Copy link]
Post time 19-8-2010 10:41 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by wan_dcni at 19-8-2010 11:46

SESUDAH lebih lima tahun berada dalam ‘kancah dingin’, akhirnya Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini dan penghibur handalan, DatukSiti Nurhaliza, kembali mengukuh­kan ikatan silaturahim mereka apabila dipertemukan semula dengan usaha pihak media tempatan..

Alhamdulillah.. Berkat bulan mulia ni, akhirnya Biduanita 2 Zaman ni kembali menjalin silaturahim.. Buang yang keruh ambil yang jernih..

Sesungguhnya KEMAAFAN itulah YANG TERINDAH... HOOOREYYYY!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2010 11:54 AM | Show all posts
Mengesahkan mengenai perkara itu, Siti yang ditemui pada majlis pelancaran lagu raya terbaru, Panggilan, di Ampang, Hulu Klang, malam kelmarin, berkata dia menyambut baik usaha pihak media itu kerana selama ini tidak pernah menyimpan sebarang rasa dendam atau marah terhadap Kak Pah.

Siti anggap semua cerita dulu sebagai satu pengalaman yang mematangkan diri Siti dan harus dilalui dengan tabah. Semua yang terjadi antara Siti dan Kak Pah dulu sudah Siti lupakan dan tidak pernah Siti simpan dalam hati,” kata Siti.

Kak Pah tiada masalah untuk bertemu dengan Siti. “Sebenarnya sudah lama pihak media mahu mempertemukan saya dengan Siti baik dalam perjumpaan tertutup mahupun terbuka, cuma masa tidak mengizinkan kami ketika itu. Terus terang, sejak tahun lalu lagi saya sudah bertemu dengan Datuk K (Khalid Muhd Jiwa) dan Siti di majlis rasmi. Ketika ini kami bertegur sapa dan bertanyakan khabar.

Dulu saya dan Siti menjadi mangsa keadaan dan ia hasil perbuatan orang di sekeliling yang menghasut, memfitnah dan cuba melaga-lagakan kami. Semuanya saya anggap sebagai salah faham saja dan tiada sebab untuk kami memanjangkan isu lama,” jelas Kak Pah.

Siti pula enggan mengulas lanjut mengenai perkara yang sudah-sudah kerana menyifatkan selama ini tiada sengketa atau pergaduhan antara mereka hingga pertemuan itu perlu disifatkan sebagai satu misi damai. Pada 2004, kontroversi pernah tercetus apabila gara-gara e-mel yang membabitkan Kak Pah dan Siti. Ia menggemparkan dunia hiburan tanah air hingga kes itu terseret ke mahkamah apabila Sharifah Aini didakwa menyebarkan e-mel yang memburuk-burukkan Siti.

Lepas ni bolehla berduet pula.. Pasti melertzz.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2010 07:09 PM | Show all posts
Alhamdulillah...  I likeee...




                  
                  
                  
                  
                  
                  
                  
                  
                  
                  
                  
                  
                  
                  
                  
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 10:56 AM | Show all posts
Baguslah..harap diorang ikhlas...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.049824 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list