CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2078|Reply: 3

Mahkamah Sivil tiada bidang kuasa putuskan status agama

[Copy link]
Post time 21-8-2010 01:56 PM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan, di sini, semalam memutuskan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk menentukan status agama pendaki Everest, Sarjan M Moorthy yang penukaran agamanya kepada Islam menimbulkan pertikaian.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Zainun Ali, Datuk Abdul Wahab Patail dan Datuk Clement Allan Skinner membuat keputusan itu ketika menolak rayuan yang dikemukakan oleh balu Moorthy, S Kaliammal.

Panel hakim memutuskan Mahkamah Syariah pihak berkuasa kompeten menentukan perkara berkaitan penukaran agama Islam.

Kaliammal, hadir di mahkamah, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Disember 2005, yang enggan menentukan status agama suaminya atas alasan perkara bersifat sedemikian terletak dalam bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah.

Beliau memfailkan saman pemula pada 21 Disember 2005 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang antara lain, memohon pengisytiharan bahawa Moorthy seorang penganut agama Hindu.

Pada hari berikutnya, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperoleh saman ex-parte daripada Mahkamah Syariah bahawa Moorthy sudah memeluk Islam sebelum beliau meninggal dunia. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2010 04:38 PM | Show all posts
betul la yg berkaitan dgn agama mesti di mahkamah syariah.

kawan sy seorang lawyer sedang buat phd, thesis Nya mengenai perbankan.

sbb bank yg mengamalkn Islamic financing/ banking etc, mrk menyaman customers yg x byr hutang gunakan civil court! by right kena guna syariah court!

dia ni lawyer yg byk deal loan2/financing ni dan x puas hati dgn sistem perbankan ! siap semua bank2 yg kaut profit bertopengkn nama islamic!
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 10:13 AM | Show all posts
isu nye nie mesti x de bertulis yg menyatakan dia dah convert islam..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 11:21 PM | Show all posts
nilh masalah bile simati merahsia status agama dr keluarganya.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.059925 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list