Post Last Edit by Avicenna at 25-8-2010 13:05
Assalamualaikum. Pernah baca ayat seribu dinar? Tentu pernah bukan. Tapi tahukan apa sebabnya turun ayat itu. Mari kita renungkan bersama… Surat Ath Thalaaq (Talak) 2. Demikianlah diberi pelajaran dengan itu orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. 3. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakkal kepadaAllah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
ASBAB AN-NUZUL: (2,3) Diriwayatkan oleh Ibnu Marduwaihdari al-Kalbi dari Abi Saleh daripada Ibnu Abbas, bahawa Auf bin Malik Al-Asja’I berjumpa Rasulullah S.A.W. dan berkata: “Anakku telah ditawan oleh musuh dan ibunya sangat gelisah. Apa yang Tuan akan perintahkan kepadaku?”. Rasulullah S.A.W. bersabda: “Aku perintahkan agar engkau dan isterimu memperbanyakkan mengucap ‘La haula wala quwwata illa billah”. Maka berkatalah isterinya: “Alangkah baiknya apa yang diperintahkan oleh Rasulullah kepadamu”. Kedua suami-isteri itu pun memperbanyakkan bacaan itu. Di waktu musuh sedang lalai, anaknya yang ditawan itu dapat melarikan diri dengan membawa pulang kambing musuhnya ke rumah bapanya. Maka turunlah ayat ini bagi orang-orang yang bertakwa. Ucapan La Haula Wala Quwwata IllaBillah (tidak ada daya dan kekuatan kecuali kekuatan Allah) boleh digunakan untuk mencari anak yang diculik, hilang atau mungkin untuk para ibu bapa yang rindu anak yang dah lama tak balik kampong. Wassalam. |