CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 538|Reply: 0

Thailand benarkan ganja ditanam di rumah

[Copy link]
Post time 27-1-2022 01:16 PM | Show all posts |Read mode

Thailand menjadi negara Asia Tenggara pertama yang membenarkan ganja digunakan untuk kegunaan perubatan dan penyelidikan pada tahun 2018. - Foto Reuters

BANGKOK: Agensi narkotik Thailand mengeluarkan ganja daripada senarai dadahnya, sekali gus membuka jalan kepada isi rumah untuk menanam tumbuhan itu.

Thailand menjadi negara Asia Tenggara pertama yang membenarkan ganja digunakan untuk kegunaan perubatan dan penyelidikan pada tahun 2018.

Menteri Kesihatan, Anutin Charnvirakul, berkata di bawah peraturan baharu itu, orang ramai boleh menanam tanaman ganja di rumah selepas memaklumkan kepada kerajaan tempatan, tetapi ia tidak boleh digunakan untuk tujuan komersial tanpa lesen lanjut.

Peraturan itu perlu diterbitkan dalam Warta Diraja secara rasmi dan perlu juga melepasi 120 hari sebelum menanam tumbuhan ganja di rumah menjadi sah.

Kementerian kesihatan minggu ini akan membentangkan draf rang undang-undang berasingan kepada Parlimen yang menyediakan butiran mengenai penggunaan ganja secara sah, termasuk pengeluaran dan penggunaan komersialnya serta garis panduan mengenai penggunaan rekreasi.

Sementara itu, Ketua Pengawal Selia Makanan dan Dadah, Paisal Dankhum, berkata ganja buatan sendiri perlu digunakan untuk tujuan perubatan seperti perubatan tradisional dan pemeriksaan rawak.

Draf rang undang-undang mengenakan hukuman sehingga AS$605.33 (RM2,536) dan menetapkan denda sehingga 300,000 baht (RM38,000) atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya kerana menanam ganja tanpa memaklumkan kerajaan tempatan dan menjualnya tanpa lesen.

Ia adalah langkah terbaru dalam rancangan Thailand untuk mempromosikan ganja sebagai tanaman tunai.

Kira-kira satu pertiga daripada tenaga buruh di negara itu bekerja dalam bidang pertanian, menurut Bank Dunia.

Syarikat minuman dan kosmetik Thailand tahun lalu melancarkan produk dengan hem dan CBD iaitu sebatian yang tidak memberikan kesan berkhayal selepas penggunaannya diluluskan untuk barangan pengguna. - REUTERS

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.044807 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list