CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Syd

Anugerah Skrin 2010

[Copy link]
 Author| Post time 19-12-2010 07:48 AM | Show all posts
ASK 2010 milik siapa?

DEBARAN Anugerah Skrin 2010 (ASK 2010) semakin sampai kemuncaknya. Jumaat ini bakal menjawab segala persoalan yang bermain di minda peminat seni sejak seminggu dua ini.

Karyawan seni tanah air mahupun peminat sendiri sudah berteka-teki siapakah yang bakal merangkul gelaran terbaik melalui 24 kategori anugerah yang dipertandingkan.

Sebanyak 25 buah filem, 17 telefilem dan 12 drama rantaian telah berjaya tercalon dalam ASk 2010 ini. Namun ketiadaan pengumuman senarai lima calon akhir menyebabkan ramai yang mula membuat ramalan sendiri.

Sekadar menghangatkan suasana, Pancaindera turut ingin berkongsi ramalan untuk beberapa kategori utama dalam ASK 2010 ini.

Filem Terbaik

Jika dilihat pada senarai, Papadom menjadi calon utama yang bakal memenangi anugerah ini. Ia berdasarkan kejayaan filem arahan Afdlin Shauki itu yang pernah memenangi anugerah Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22). Namun, jangan pandang sebelah mata kehebatan Muallaf yang mampu menarik perhatian juri berdasarkan kriteria-kriteria tertentu.

Pengarah Filem Terbaik

Hanya tiga nama yang disebut-sebut akan naik ke pentas kali ini untuk membawa pulang gelaran yang menjadi idaman setiap pengarah filem iaitu allahyarham Yasmin Ahmad (Muallaf), Afdlin Shauki (Papadom) dan Khabir Bathia (Setem). Namun keputusan lebih condong kepada Yasmin selepas kejayaannya memenangi Pengarah Terbaik pada Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) ke-54 baru-baru ini.

Pelakon Filem Lelaki Terbaik

Mampukah lakonan Afdlin Shauki mengulangi kejayaannya dalam FFM22 menerusi AKS 2010? Namun Afdlin jangan meletak harapan tinggi sangat kerana anda terlebih dahulu perlu berdepan dengan calon pilihan lain iaitu Bront Palarae yang memenangi Pelakon Lelaki Terbaik menerusi Belukar pada FFM23 baru-baru ini.

Pelakon Filem Wanita Terbaik

Kalau Lisa Surihani menang lagi menerusi filem Lagenda Budak Setan, tolong jangan pertikaikan buat kali kedua! Mungkin benar pelakon cantik manis itu betul-betul terbaik walaupun muncul dalam setengah jam sahaja dalam filem itu. Tapi kalau Liyana Jasmay (Papadom) atau Sharifah Amani (Muallaf) menang pun, Pancaindera okey sahaja!

Drama Terbaik

Agak sukar untuk meramalkan siapa yang akan menang tetapi berdasarkan pemerhatian, drama-drama seperti Sebelum Akhirat dan Antara Garisan dijangka memberikan saingan sengit. Tetapi jangan terkejut pula kalau drama Taubat Nasuha jadi pilihan juri.

Pengarah Drama Terbaik

Siapa tahu, mungkin kali ini rezeki akan memihak lagi kepada Azman Yahya atau Jinggo menerusi Taubat Nasuha dan Murali Abdullah (Sebelum Akhirat) yang pernah bergelar pengarah terbaik di ASK sebelum ini. Namun Shahrul Ezad (Antara Garisan) pula jangan dilupakan manakala kemampuan Heykal Hanifah juga menyerlah menerusi drama Dalil Cinta.

Pelakon Drama Lelaki Terbaik

Pelakon versatil, Fauzi Nawawi antara nama yang panas bakal membawa pulang anugerah ini berdasarkan lakonan cemerlangnya dalam Sebelum Akhirat. Wataknya yang berkesan sebagai Mubarak kerana selalu mengabaikan tanggungjawab seorang muslim mampu memikat juri. Dua nama lain yang bakal memberikan saingan adalah Rosyam Nor dalam drama Kaki dan Zamarul Hisham (Lillahi Taala).

Pelakon Drama Wanita Terbaik

Ellie Suriaty menjadi pilihan Pancaindera berdasarkan watak yang dipegang dalam drama Kaki. Apa pun jangan ketepikan Nor Khiriah dalam drama Antara Garisan dan Dira Zahar (Perempuan). Kalau salah seorang daripada mereka menang, Pancaindera memang gembira.

Drama Rantaian Terbaik

Kalau drama Nur Kasih tidak menang, Pancaindera tidak tahu hendak kata apa lagi. Bukan kerana kami berat sebelah kerana drama itu disiarkan di TV3. Tetapi fenomena luar biasa Nur Kasih cukup terserlah apabila dianggarkan lima juta orang menonton episod terakhirnya. Tapi Halimah Jongang The Series pun tidak kurang hebatnya.

Drama Komedi Bersiri

Mana-mana drama yang menang, Pancaindera menyokong penuh. Ini kerana Simpang 3, Senario, Teres Kembar 4, Londeh dan Fikirlah Sendiri Nabil 2 memiliki kekuatan dan populariti sendiri. Kalau Senario menang pun tidak apa. Sudah lama sangat ditayangkan di TV3!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2010 07:01 PM | Show all posts
tk sabar nk tgk keputusan... not bad drama2 nih....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2010 08:53 PM | Show all posts
nantikan sebentar lagi siaran langsung
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 10:05 PM | Show all posts
Fazura menang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik....yeahhhhhhhh...i likeeeeeeeee....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2010 10:09 PM | Show all posts
boring ya amat
anugerah nehhh
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2010 12:06 AM | Show all posts
anugerah paling azab.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-12-2010 12:07 AM | Show all posts
sangap sangat
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2010 02:37 AM | Show all posts
nan hadoooooooooooo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-12-2010 06:41 AM | Show all posts
Senarai pemenang Anugerah Skrin 2010:

Kategori Filem

Filem Terbaik: Muallaf

Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Bront Palarae (Belukar)

Pelakon Wanita Terbaik Filem: Sharifah Amani (Muallaf)

Pengarah Terbaik Filem: Yasmin Ahmad (Muallaf)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Fazura (Pisau Cukur)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Aaron Aziz (Evolusi KL Drift 2)

Lakon Layar Terbaik Filem: Shamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)

Kategori Drama/Drama Bersiri/Drama Komedi Bersiri

Drama Terbaik: Antara Garisan

Pelakon Lelaki Terbaik: Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat)

Pelakon Wanita Terbaik: Norkhiriah (Antara Garisan)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Azma Aizal Yusoof (Antara Garisan)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Fadilah Mansor (Sebelum Akhirat)

Pengarah Terbaik: Murali Abdullah (Sebelum Akhirat)

Lakon TV Terbaik : Shahrul Ezad Mohamedin (Antara Garisan)

Drama Rantaian Terbaik: Nur Kasih

Drama Komedi Terbaik: Simpang 3

Kategori Penerbitan Dalaman

Dokumentari atau Majalah Terbaik: Epik Suatu Ketika (Laskar Senoi) (Astro Prima)

Bual Bicara Terbaik: Isu Khas Gaza Palestin Kami Bersamamu (RTM)

Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu 24 (TV3)

Rancangan Hiburan Terbaik: Anugerah Bintang Popular

Rancangan Realiti Terbaik: Showdown 2010 Episod 10 (8TV)

Laporan Khas/ Berita Terbaik: Aduan Rakyat Berbumbung Langit (TV3)

Videografi Terbaik: Datang Bulan

Anugerah Yasmin Ahmad: Shaheizy Sam
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2010 07:19 AM | Show all posts
daku tggu si Faizal Tahir tu jerk......
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2010 11:01 AM | Show all posts
aku paling suka bila sam terima anugerah yasmin ahmad!!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 02:49 AM | Show all posts
cuma sempat tgk bagaikan Sumayyah..
bagi fasha menang lah
September14 Post at 9-11-2010 01:01



      
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.091882 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list