CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2406|Reply: 0

Bimbang Bayi Dalam Kedudukan Songsang, Jangan Risau, Ibu Boleh Amalkan 5 Doa Ini

[Copy link]
Post time 25-5-2023 09:15 AM | Show all posts |Read mode
Bimbang Bayi Dalam Kedudukan Songsang, Jangan Risau, Ibu Boleh Amalkan 5 Doa Ini


Masalah bayi songsang merupakan perkara yang sering terjadi kepada ibu hamil. Keadaan ini menyebabkan kepala bayi berada di atas dan tidak menghampiri pintu serviks. Selain melakukan senaman, ibu boleh juga membaca doa bayi songsang untuk kembalikan kedudukan asal. Ikuti perkongsian di bawah.

SENARAI DOA BAYI SONGSANG IBU BOLEH AMALKAN


Bakal ibu yang mengalami masalah bayi songsang, boleh amalkan doa ini:

“Ya Allah yang membalikkan keadaan, balikkan semula keadaan itu. Ya Allah yang membalikkan hati, balikkan semula hati itu.”

Selain itu, ada beberapa doa juga boleh dibaca iaitu:

1. SURAH YASIN AYAT 1-12

Amalkan membaca surah Yasin setiap kali selepas solat Maghrib. Ini bertujuan untuk memberikan ketenangan hati untuk bayi dalam kandungan.

2. AYAT KURSI

Ayat Kursi adalah ayat yang paling mulia dalam al-Quran. Bacaan ayat ini boleh dilakukan sebagai solat Subuh dan solat Maghrib.

3. SURAH AL-FATIHAH

Doa seterusnya yang boleh dibaca oleh ibu sekiranya bayi songsang adalah surah al-Fatihah kerana merupakan penawar kepada pelbagai penyakit.

Surah al-Fatihah lazimnya diamalkan sebagai doa selepas solat fardhu dengan membacanya sebanyak 7 kali.

4. AYAT TERAKHIR SURAH AL-BAQARAH

Ayat terakhir Al-Baqarah ayat 286 adalah ayat untuk meminta perlindungan daripada Allah SWT. Dengan membacanya, bayi dalam kandungan dapat dihindarkan daripada sebarang perkara yang tidak diingini.

5. SURAH MARYAM

Surah Maryam ini boleh diamalkan sebagai doa untuk kembalikan posisi bayi sonsang. Dengan membaca surah Maryami ini, ibu telah berikhtiar kepada Allah SWT agar bayi dalam kandungan kembali kepada kedudukan asal.


Ibu juga boleh cuba untuk mengamalkan tips yang dikongsikan ini:

Aktif seperti biasa
Berjalan selama 30 minit sehari
Berenang
Bercakap dengan bayi
Tidur secara mengiring
Lamakan sujud ketika solat & berdoa

PUNCA BERLAKUNYA
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan bayi songsang:

Bayi kembar.
Terlalu banyak atau terlalu sedikit cecair amniotik.
Rahim tidak berbentuk normal atau ada ketumbuhan seperti fibroid.
Plasenta meliputi seluruh atau sebahagian daripada serviks.
Bayi pramatang.
Kecacatan kelahiran.
Ibu-ibu jangan risau, dapatkan nasihat doktor untuk rawatan lanjut.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Orami, Hamil Dalam 3 Bulan & Cleveland Clinic
https://siraplimau.com/doa-bayi-songsang/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 1.499364 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list