CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1976|Reply: 0

'Ibu mana yang mahu anak tercekik mainan'

[Copy link]
Post time 25-7-2023 04:30 PM | Show all posts |Read mode
'Ibu mana yang mahu anak tercekik mainan'


SITI Mariah bersama Muhammad Hayl Aali. (Gambar kanan) Komponen permainan yang tersangkut pada kerongkong anak Siti Mariah. FOTO ihsan Siti Mariah Abd Rahim


Kuala Lumpur: "Ibu mana yang mahu tengok anak tercekik permainan sampaikan kebiruan mukanya.

"Selama ini, sedaya-upaya saya menjaga anak dengan sebaiknya tapi benda nak berlaku juga, jadi saya anggap ini mungkin juga satu teguran Allah supaya lebih berwaspada," kata Siti Mariah Abd Rahim, 30.

Siti Mariah berkongsi luahannya mengenai kejadian menimpa bayinya, Muhammad Hayl Aali Muhammad Badrul Hisham berusia lapan bulan yang tercekik komponen kecil alat permainan, 24 Jun lalu.

Suri rumah itu berkata, kejadian itu berlaku dengan pantas selepas dia selesai memberi anak bongsu daripada dua beradik itu makan tengah hari di rumah mereka di Jitra, Kedah.

"Selepas makan selalunya dia akan tidur, tetapi hari itu dia tak mahu.

"Jadi, saya duduk berehat sambil meletakkan dia di sebelah manakala kakaknya di tepi sebelum saya melihat telefon untuk membalas mesej WhatsApp adik saya.

"Hanya beberapa saat, anak sulung beritahu adik dia makan permainan dan saya tengok ada objek berwarna kuning tersekat pada kerongkongnya," katanya yang berniaga produk kosmetik secara dalam talian.

Dalam keadaan panik katanya, dia cuba menarik keluar komponen permainan berbentuk ais krim itu tetapi tidak berjaya sebelum dia mendapatkan bantuan jiran.

"Jiran dan suaminya juga cuba membantu, tetapi objek itu tidak berjaya ditarik.

"Kami putuskan ke Hospital Jitra untuk mendapatkan bantuan.

"Dalam perjalanan saya berdoa anak tidak apa-apa kerana tengok mukanya sudah kebiruan," katanya.

Siti Mariah berkata, dia bersyukur anaknya terselamat selepas doktor berjaya mengeluarkan objek berkenaan yang dianggarkan bersaiz penutup botol air mineral.

"Anak saya dibenarkan balik rumah selepas ujian sinar X menunjukkan semuanya ok dan tiada kecederaan.

"Cuma tekanan darah dia macam tak ok mungkin dia terkejut. Dalam dua hari juga dia macam takut minum susu dan makan mungkin sebab dia masih trauma.

"Sejak itu, semua permainan yang boleh mendatangkan risiko, saya sudah buang, malah saya juga tak beli lagi permainan yang ada komponen kecil atau halus bimbang perkara ini berulang lagi," katanya.

Mengulas video perkongsiannya di TikTok yang kini mencecah lebih 1.5 juta tontonan, dia berkata, niatnya hanya untuk berkongsi pengalaman dan menyimpan kenangan.

"Saya bukan meminta simpati atau dapat banyak like, tetapi saya mahu simpan sebagai kenangan dan berkongsi pengalaman ini.

"Alhamdulillah, majoritinya memahami keadaan saya cuma satu dua saja yang menyalahkan saya kerana cuai tapi saya ambil itu sebagai nasihat positif kerana saya pun manusia biasa.

"Saya harap ini juga akan menjadi pengajaran kepada orang lain terutama yang ada anak kecil kerana walaupun perkara itu kita anggap remeh tapi sebenarnya kadang-kadang ia juga boleh mendatangkan bahaya kepada anak kita," katanya.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nak-tercekik-mainan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.175219 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list