CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2353|Reply: 2

masjid jamek kg baru

[Copy link]
Post time 6-2-2011 11:49 AM | Show all posts |Read mode
RM20j majukan Masjid Jamek Kampung Baru
Oleh Norfatimah Ahmad
2011/02/06




NAJIB bersama Menteri Wilayah Persekutuan dan
Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja
Zainal Abidin melihat pelan pembangunan semula
Masjid Jamek Kampung Baru, semalam.Projek
martabat mercu tanda penempatan Melayu: Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta untuk pembangunan semula Masjid Jamek Kampung Baru, selaras usaha memartabatkan masjid berkenaan sebagai mercu tanda Kampung Baru moden.
Perdana Menteri berkata, peruntukan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu bagi memenuhi konsep pembangunan Kampung Baru dengan menjadikan masjid berkenaan sebagai titik pembangunan semula kawasan berkenaan.

“Dalam rekaan pembangunan semula kawasan di tengah bandar raya ini, ikonnya mesti Masjid Jamek Kampung Baru yang bakal menjadi lambang Kampung Baru moden yang serba berdaya maju dan canggih,” katanya berucap pada Program Ziarah Masjid di Masjid Jamek Kampung Baru di sini, semalam.

Masjid berkenaan adalah yang pertama dikunjungi Perdana Menteri menerusi program berkenaan yang akan turut diadakan di seluruh negara bagi mendekatkan golongan belia kepada pelbagai program untuk mengimarahkan masjid.

Perdana Menteri berkata, jawatankuasa masjid berkenaan diberi tanggungjawab memilih kontraktor untuk membina, memperbesarkan serta membaik pulih bangunan masjid itu yang bakal memuatkan 5,000 jemaah.

“Masjid Jamek Kampung Baru istimewa kerana memiliki pertalian rapat dan tidak dapat dipisahkan dengan masyarakat Kampung Baru dan Program Ziarah Masjid membawa mesej jelas bagaimana perlunya pemimpin masyarakat bersama mengimarahkan masjid.

“Kita semestinya memberi fokus kepada pembangunan modal insan khususnya belia atau remaja yang menjadi tonggak dakwah dan ejen pembangunan dalam membina kekuatan ummah,” katanya.

Najib berkata, setiap masjid disarankan supaya memberi keutamaan kepada program tarbiah dan dakwah, program keilmuan termasuk kelas tuisyen selain amalan dan aktiviti ibadat khusus bagi mendekatkan golongan belia kepada syiar Islam.

“Ciri-ciri mulia berpaksikan akidah, akhlak dan nilai murni ini dapat memupuk rasa cinta kepada masjid dan ia boleh melahirkan umat Islam berkualiti,” katanya.

Najib berkata, Rang Undang-Undang Pembangunan Kampung Baru yang akan dibentangkan di Parlimen pada Mac 2011 akan menyaksikan perubahan besar di kawasan penempatan itu, sekali gus bermulanya era baru bagi Kampung Baru.

“ Prasyarat utama adalah sepanjang proses pembangunan penduduk tidak perlu berpindah ke tempat lain dan yang pasti, orang Kampung Baru mesti kekal di sini,” katanya selain melancarkan pembinaan Mercu Zikay setinggi 40 tingkat bertentangan masjid berkenaan




aku pi masjid jamek kg baru sbb nak amik bubur lambok pree masa ramadan!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2011 12:20 PM | Show all posts
Alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2011 12:21 PM | Show all posts
takde nak cakap apa, cuma saya adalah pengkomen no.2 dalam ini thread..

kat mesjid kena ada guard lah, untuk jaga selipar mahal dari kena curi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.422764 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list