|
Mas Idayu kasihan pada Shila, Syahir tiada bakat menyanyi
SYAHIR
SHAH ALAM – ‘Syahir selepas habis pertandingan, menyanyi bukan kerjaya awak’.
Demikian komen juri tetap Famili Duo musim tiga (FD3), Mas Idayu yang tidak berpuas hati dengan persembahan Syahir Amzah pada konsert minggu kelima, malam ini.
Kata Mas Idayu, nyanyian Syahir malam ini seperti menggagalkan keseluruhan persembahan, malah hanya bergantung kepada kekuatan Shila.
“Shila memang bagus, tapi saya tengok awak macam menguasai satu pentas sendirian.
“Masuk sahaja Syahir, tempo dah salah, jujurnya bila tengok Shahir saya kasihan kepada Shila,” jelasnya.
Senada dengan Mas Idayu, Ajai yang juga juri berpendapat Syahir tidak mempunyai bakat dalam nyanyian atau sehebat kakaknya.
“Memang jelas nampak macam Shila menguasai. Syahir sepatutnya kena tambah energi untuk setara dengan kakak awak,” komen Ajai.
Mereka membawakan lagu Baby One More Time nyanyian asal Britney Spears selain Beat It (Michael Jackson) mengikut tema Idola/Lagenda.
Usai komen juri, pengacara Janna bertanyakan sama ada Shila menyesal memilih Syahir sebagai rakan duo, namun penyanyi iti menegaskan FD3 adalah pengenalan kepada adiknya dalam bidang nyanyian.
“Saya tidak menyesal, pentas ini adalah ‘exposure’ untuknya, kami akan berusaha sehabis baik, mungkin setiap kemampuan orang itu berbeza,” ujar Shila.
Beberapa minggu terawal FD3, pemilik nama sebenar Amir Syahir yang berpasangan dengan kakaknya, Shila Amzah itu kerap ditegur juri.
FD3 yang bermula sejak 15 Oktober lalu disertai enam pasangan duo yang mempunyai pertalian saudara atau suami isteri dengan menawarkan RM100,000 untuk juara keseluruhan. – KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... a-syahir-mas-idayu/
|
|