CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8632|Reply: 0

Mei Xing akui undian sukar

[Copy link]
Post time 24-12-2023 08:48 AM | Show all posts |Read mode
Mei Xing akui undian sukar


MEI Xing ditemui media ketika menjalani sesi latihan bersama skuad badminton negara di Petronas Akademi Badminton Malaysia, Jalan Bukit Kiara hari ini. FOTO BERNAMA


Kuala Lumpur: Pemain beregu wanita negara, Teoh Mei Xing teruja serta berazam untuk membuktikan sesuatu apabila berdepan undian sukar menentang gandingan nombor dua dunia Baek Ha Na-Lee So Hee pada pusingan pertama Terbuka Malaysia 2024 bulan depan.

Beregu Korea Selatan itu menunjukkan prestasi yang baik tahun ini setelah memenangi pingat perak pada Sukan Asia dan penutup musim Jelajah Dunia Akhir, kedua-duanya berlangsung di Hangzhou, China.

Ha Na-So Hee juga menunjukkan konsistensi hebat apabila mereka mara ke sembilan final Jelajah Dunia pada 2023 termasuk Terbuka Malaysia pada Januari, walaupun hanya berjaya merangkul kejuaraan tiga kali pada Terbuka Indonesia, Masters Malaysia dan Terbuka Jerman.

Bagaimanapun, Mei Xing, 26, optimis untuk memberikan cabaran hebat menentang pasangan Korea Selatan itu kerana beliau dan gandingannya Anna Cheong yang menduduki ranking ke-64 dunia, membuat persediaan rapi bagi pembukaan musim bermula 9 hingga 14 Jan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

"Ia undian yang sangat sukar, tetapi kami tidak mahu terlalu risau. Kami berharap dapat kecewakan mereka, tetapi kami perlu lakukan bahagian (persiapan) kami dahulu untuk bermain dengan bagus kerana mereka sangat kuat.

"Kami harus bersedia bermain dalam tempoh yang panjang, kemudian elakkan kesilapan dan kesalahan yang disengajakan. Perlawanan ini adalah yang pertama kami menentang mereka bersama-sama, jadi kami mahu mengambil pengalaman dan belajar daripada mereka," kata Mei Xing ketika ditemui pada sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini hari ini.

Beliau juga menekankan keperluan untuk mencipta keserasian dengan Anna, terutamanya terhadap kelajuan dan ritma selepas Anna terlepas sebahagian besar musim 2023 kerana mengalami keretakan anterior cruciate ligament (ACL) pada kaki kanannya, Oktober tahun lalu.

Semasa ketiadaan Anna, Mei Xing berganding sementara dengan Go Pei Kee sambil terus beraksi dalam beregu campuran bersama Hoo Pang Ron.

Kini, jurulatih negara memutuskan bahawa Mei Xing hanya bermain dalam acara beregu wanita dan pemain itu berharap dapat meningkatkan tumpuan dan kembali dalam kelompok 20 terbaik dunia, selepas menduduki ranking ke-17 pada awal tahun ini.

"Agak kecewa saya tidak dapat bermain dengan baik dalam beregu campuran beberapa bulan lepas, tetapi sekarang saya perlu menerima keputusan yang dibuat. Saya belajar beberapa perkara seperti keberanian dan mengambil banyak pukulan di hadapan, saya harap dapat menggunakannya untuk memberi kelebihan dalam kategori beregu wanita," katanya.

Berpasangan dengan Pang Ron, Mei Xing memenangi gelaran Antarabangsa Maldives dan mara ke final semasa cabaran Antarabangsa Iran Fajr, manakala bersama Pei Kee, beliau menamatkan saingan di tempat kedua dalam acara beregu wanita pada pertemuan di Iran.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... g-akui-undian-sukar

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.035343 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list