View: 29336|Reply: 0
|
Kenapa Tapir Suka Hidup Bersendirian?
[Copy link]
|
|
Kenapa Tapir Suka Hidup Bersendirian?
Apabila bercakap tentang haiwan yang suka hidup bersendirian, pasti nama harimau akan disebut-sebut. Tapi sebenarnya banyak je haiwan yang lebih rela hidup bersendirian. Salah satunya adalah tapir.
Persoalannya kenapa tapir ataupun tenuk lebih suka hidup bersendirian macam korang yang tengah baca ni?
Satu benda yang korang kena tahu, tapir merupakan haiwan yang sangat aktif pada waktu malam. Siang pulak adalah waktu deme membuta.
Waktu malam inilah digunakan oleh tapir untuk mencari makanan. Nak cari makanan pada malam hari memang tak boleh nak gerak secara berkumpulan. Sebab tapir akan mudah dikesan oleh pemangsa yang lain. Lagi satu, deme tak perlu kumpul banyak makanan dan cuma cari makanan untuk diri sendiri.
Tapi ada juga kes-kes terpencil yang menunjukkan tapir ini hidup berkumpulan terutamanya ketika makanan hampir habis. Nak tak nak deme terpaksa bergaul untuk memastikan sumber makanan mencukupi.
Biarpun sentiasa bersendirian, tapir tetap ada pasangan terutamanya pada musim mengawan. Itulah satu-satunya masa yang deme berinteraksi sesama lain. Paling menarik sekali adalah tapir jantan sangat setia pada yang satu.
Sebab tapir jantan hanya akan mengawan dengan seekor tapir betina sahaja. Kebiasaannya tapir ni akan mengawan sekitar Mei hingga Jun. Cara deme nak pikat pasangan, senang je iaitu dengan menggunakan bunyi dan mengeluarkan bau tertentu.
Lepas tapir betina dah beranak, dia akan jaga anaknya sehingga umur 3 bulan. Setelah si anak dah tahu serba sedikit tentang kehidupan, si ibu akan tinggalkannya untuk terus berdikari. Mungkin ini kot sebabnya mengapa tapir biasa hidup sendiri.
Kepada korang semua, tapir yang suka hidup bersendiri pun pandai cari pasangan. Korang bila lagi?
Sumber:https://thepatriots.asia/kenapa-tapir-suka-hidup-bersendirian/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|