CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9735|Reply: 5

[Politik] Sanusi sahkan PN rangka 'Langkah Chow Kit' untuk guling Kerajaan MADANI

  [Copy link]
Post time 4-1-2024 10:41 AM | Show all posts |Read mode



ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mengesahkan wujud rancangan di pihak Perikatan Nasional (PN) untuk menumbangkan Kerajaan Persekutuan menerusi proses demokrasi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, langkah itu dirangka berdasarkan kelompongan Akta Antilompat Parti yang digunakan kerajaan MADANI untuk menarik sokongan lima Ahli Parlimen PN.

"Saya rasa apa-apa proses yang dibenarkan undang-undang boleh dilakukan mengikut yang dibenarkan Perlembagaan kerana dibenarkan bagi menyatakan sokongan kepada sesiapa.

"Yang lima orang (Ahli Parlimen PN) sokong (kerajaan) tak ada siapa kata apa, (malah) mereka seronok. Kalau sokongan lima orang itu digambarkan sebagai berperlembagaan berdasarkan demokrasi, tindakan sebaliknya juga biasa sahaja.

"Mereka boleh ambil lima, kalau kita boleh ambil 10 takkan nak marah? Sokong dia tak apa, tak sokong dia takkan tak boleh? Tentu boleh juga," katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PN berkata, kelompongan dalam Akta Antilompat Parti yang dimanfaatkan Kerajaan Perpaduan akan digunakan PN yang mahu mengambil langkah sama.

"Jadi itu proses biasa dalam demokrasi, dibenarkan Perlembagaan. Saya rasa itu lompong dalam Akta Antilompat Parti, yang menunjukkan jalan lompong itu adalah mereka, jadi kita lalu sahaja.

"Saya tak fikir ia Langkah Dubai, (mungkin) langkah Chow Kit kerana perkara itu dibincang di Kuala Lumpur. Saya rasa Dubai itu 'dummy' sahaja sebab mereka nak berjalan ke Dubai.

"(Mungkin) ada langkah Alor Setar kerana dibincang di Alor Setar, ada langkah Bera, ada langkah Sembrong. Semua itu boleh dibuat ikut Perlembagaan.

"Kita sentiasa mencuba, pihak satu lagi bertahan macam lawan bola. Takkan biarkan mereka sahaja jaring gol, kita tak boleh jaring ka? Jadi kalau kita jaring gol jangan marah," katanya.

Muhammad Sanusi yakin Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dapat ditumbangkan dalam tempoh terdekat ini.

"Tentu mereka takut benda nak hilang. Kita yang nak pergi ambil memang seronok kalau berlaku. Saya yakin akan berlaku, takkan bertahan lima tahun.

"Mereka akan tumbang melalui peralihan sokongan. Saya tahu bila tapi tak boleh beritahu. Siapa tidur tak lena datang ambil ubat di rumah saya, saya jampi air secawan.

"Apa masalah? Dahulu mereka namakan Langkah Sheraton. Bukan langkah Sheraton, situ pergi makan saja. Semua benda berlaku sebelum itu," katanya.

Beliau mendakwa banyak pihak yakin peralihan Kerajaan Persekutuan boleh berlaku menyebabkan kebimbangan kepada pihak yang menyokong mereka.

"Mereka kata bumbung kami konkrit tak boleh pecah, kubu pun orang bagi pecah, secara demokrasi tak mustahil akan berlaku. Saya nampak ia akan terjadi kalau boleh bulan ini, kalau minggu ini lagi seronok," katanya.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2024 11:19 AM | Show all posts
Edited by Abahmung at 4-1-2024 11:21 AM

‘Sebarang langkah jatuhkan kerajaan akan ternoktah Feb ini’
Diterbitkan:  Jan 4, 2024 8:44 AM



Sebarang langkah mahupun usaha untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan ternoktah Feb nanti selepas Sultan Johor menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Penganalisis Sosio Politik dari Universiti Malaya (UM), Dr Abdul Muqit Muhammad yakin selepas kegagalan 'Langkah Dubai' parti politik akan lebih realistik dalam mengatur sebarang gerakan selepas ini.


"Saya rasa selepas daripada kegagalan Langkah Dubai ini saya rasa parti-parti politik atau politikus sudah pun mula bersifat realistik dan juga lebih berhati-hati untuk menggerakkan gerakan yang sama terutamanya selepas ini kita akan ada Yang di-Pertuan Agong dari Johor.

" Yang mana kita lihat kenyataan-kenyataan bakal Agong iaitu Sultan Ibrahim Sultan Iskandar itu sudah pun menunjukkan satu reaksi bagaimana sikap Baginda terhadap mana-mana pihak yang cuba menggoyahkan kerajaan yang sedia ada, pada saya itu satu kenyataann yang neutral sebenarnya.

"Bukanlah bermaksud Seri Paduka mahu mencampuri urusan politik dan sebagainya tetapi kenyataan itu kenyataan bersifat harapan dan juga sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada Perikatan Nasional (PN) sebab apabila kenyataan dikeluarkan bakal Agong pada saya itu perlu menjadi pertimbangan yang lebih khusus daripada PN daripada pembangkang," katanya dalam satu  wawancara bersama Kini TV.


Katanya, melalui Langkah Dubai jelas pembangkang gagal kerana mereka sering melakukan propaganda yang memainkan isu sama.

Abdul Muqit berkata, PN seharusnya menunggu sehingga pilihan raya umum akan datang jika berhasrat mahu menjatuhkan kerajaan seandainya kerajaan gabungan ini gagal menjalankan tugas pada rakyat.

"Seandainya kerajaan PH atau kerajaan perpaduan tak mampu menyelesaikan isu rakyat dengan baik tunggu pilihan raya umum, sebab itu proses yang terbaik untuk memilih pemimpin, untuk memilih kerajaan kalau tidak kita akan mengulangi kesilapan yang sama dan kita akan sentiasa kebelakang," katanya lagi.

Semalam, Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan memang wujud gerakan mahu menjatuhkan kerajaan - digelar 'Langkah Dubai' - seperti dilaporkan beberapa hari lalu.



Bahkan timbalan perdana menteri itu mendakwa gerakan berkenaan bukan saja didalangi pemimpin dari parti pembangkang bahkan turut disertai individu tertentu dari blok kerajaan.

Bagaimanapun Anwar memilih untuk tidak 'mengambil pusing' mengenai rancangan sulit yang dinamakan 'Langkah Dubai' untuk menggulingkan kerajaannya baru-baru ini

Sambil mengakui menyedari rancangan seumpama itu, dia sebaliknya berkata, tumpuan kerjaan adalah untuk membangunkan negara.


Semalam, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Noor mengakui wujud gerakan untuk menjatuhkan kerajaan, namun bukanlah Langkah Dubai sebaliknya Langkah Chow Kit.

Kata Muhammad Sanusi mereka hanya perlu bermesyuarat di Kuala Lumpur bagi menjatuhkan kerajaan Anwar.

Bagi Pensyarah Akademi Pengajian Melayu UM, Dr Awang Azman Awang Pawi pula, Langkah Dubai hanyalah sekadar idea kedai kopi di ibu negara Emiriah Arab Bersatu itu.

Menurutnya, fokus utama pada bulan Jan ini adalah kepada peralihan Yang di-Pertuan Agong, bukannya pertukaran kerajaan.


"Walau pun sebenarnya fokus dalam bulan Jan ini bukan fokus peralihan kerajaan perpaduan sebaliknya satu fokus peralihan Yang di-Pertuan Agong yang lalu dengan  Agong yang baru pada 1 Feb, ini fokus utama dalam kerajaan yang memastikan peralihan tersebut berjalan lancar dan pelbagai perkara yang dirancang.

"Saya kira ia merupakan idea kedai kopi di Dubai, saya kira begitu sahaja, idea itu idea besar, perancangan sangat besar, tetapi dari segi pelaksanaan tindakan tersebut tidak dapat dilakukan. Mereka kena sedar apa-apa nak menumbangkan kerajaan, satu ia perlu melalui Parlimen di Dewan Rakyat, seperti undi tidak percaya seumpamanya, itu yang pertama.

"Yang kedua sekarang ada akta anti lompat parti yang menyekat daripada pergerakan yang sangat berleluasa seperti sebelum pembentukan akta lompat parti, yang ketiga kita lihat Umno mempunya akur janji dan perjanjian mereka sendiri apabila ahli Parlimen mereka keluar seumpanya mereka kena bayar RM100 juta tak mungkin itu dilakukan oleh ahli Parlimen (Umno)," katanya.

Jelasnya RM100 juta adalah satu jumlah yang besar dan tiada wakil rakyat yang mahu menunjukkan mereka mempunyai wang sebanyak itu semata-mata untuk berpaling tadah dari kerajaan.

“Apatah lagi jika gerakan mereka berpaling tadah tidak berjaya ia akan menyebabkan masa depan politik mereka itu semakin gelap,” tambahnya.





Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 11:28 AM | Show all posts
Melangkah ja lah kerja nya.

Pembangkang sedap lah memang takde kerja. Yang sedang memerintah ni boleh fokus memerintah ka kalau siang malam hanya berpolitik. Boleh hancur Malaysia!
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 11:30 AM | Show all posts
sampah sangat ahli2 politik malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu aje lah lagi 4 tahun tengok kerajaan mahaldahni buat apa dalam tempoh tuh

Da setahun nihhh semua segala benda naik xder yg turun
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
1 feb dah boleh tutup cerita melangkah ni , agung tak suka, PN boleh merangkak je sampai pru 16
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 8169 Replies : 83
MONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
royaldanishMONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
Views : 78368 Replies : 199
BROOKLYN 99
anony-mousBROOKLYN 99
Views : 5817 Replies : 20
ONLY MURDERS IN THE BUILDING
PrickfordONLY MURDERS IN THE BUILDING
Views : 6698 Replies : 27
STRANGER THINGS SEASON 2
farleoSTRANGER THINGS SEASON 2
Views : 29981 Replies : 48
GOOD GIRLS (NETFLIX)
adila39GOOD GIRLS (NETFLIX)
Views : 9921 Replies : 18
Sambal Village Park
delima.HSambal Village Park
Views : 1882 Replies : 13
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 193094 Replies : 4473
Sambal village grocer
redr0seSambal village grocer
Views : 2002 Replies : 5
Sambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan terangkat!
bang_nsrSambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan te
Views : 4975 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.058111 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list