CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11799|Reply: 12

Badan Jadi Kurus Disebabkan Masalah ‘Slip Disc’, Adira Tampil Beri Kata-Kata Semangat Buat Hafiz Suip

[Copy link]
Post time 10-6-2024 08:38 AM | Show all posts |Read mode




Penyanyi Adira Suhaimi, 32, meluahkan harapan dan doa agar rakan seindustri, Hafiz Suip, 34, dapat bangkit semula dalam dunia muzik tanah air. Ini selepas Hafiz menyatakan perasaannya yang menganggap dirinya sudah tidak relevan dalam industri muzik.


Adira, atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, memahami apa yang dirasai oleh Hafiz, kerana dia sendiri pernah melalui fasa turun naik dalam industri hiburan.


“Saya doakan yang terbaik buatnya dan minta dia bangkit semula sebab dia ada ‘talent’ (bakat) yang bukan semua orang ada,” kata Adira.


Menurutnya, adalah perkara biasa bagi seorang artis untuk merasakan saat-saat ‘down’. Adira percaya bahawa Hafiz masih mempunyai keinginan untuk terus berada dalam industri muzik dan memerlukan sokongan daripada semua pihak, terutama rakan-rakan seindustri.


Adira berkongsi pengalamannya sendiri dalam menghadapi fasa turun naik, yang dianggap sebagai satu lumrah dalam kerjaya seorang artis.






“Ada masa kita juga berasa ‘down’. Mungkin Hafiz tengah ‘down’ ketika keluarkan kenyataan itu,” katanya.


Adira menambah bahawa kemunculan ramai artis baru yang lebih muda dan berpenampilan menarik turut menjadi cabaran buat artis yang telah lama bertapak.


“Saya sendiri pernah melalui fasa turun naik itu kerana kemunculan ramai artis baru yang jauh lebih muda dan memiliki pakej lengkap dari segi paras rupa yang kacak dan cantik. Artis perlu kuat dan terus bertahan dengan segalanya untuk kekal berada dalam industri muzik. Kalau sudah masuk bidang nyanyian memang susah nak undur semula,” jelasnya.


Ketika ditanya mengenai kali terakhir dia berjumpa dengan Hafiz, Adira memberitahu bahawa mereka baru sahaja berduet dalam persembahan lagu “Ombak Rindu” di Singapura, dua bulan lalu.


“Saya tengok Hafiz okay saja. Saya juga ada bertanya mengenai badannya yang kurus dan dia beritahu kerana masalah slip disc (kesakitan tulang belakang) yang dihadapi.






Hafiz beritahu dia tidak boleh melebihi berat badan yang ditetapkan supaya masalah yang dihadapi itu tidak teruk. Kulitnya gelap juga kerana dia suka memancing,” tambahnya.


Sebelum ini, Hafiz menjadi perhatian apabila dia membalas pertanyaan peminat di media sosial mengenai ketiadaannya dengan memberitahu bahawa dia merasakan dirinya sudah tidak relevan dalam industri muzik.


Namun, kenyataan itu mendapat reaksi yang tidak bersetuju daripada peminatnya yang masih percaya pada kehebatan vokalnya, terutamanya setelah menjadi juara Akademi Fantasia musim ketujuh.


Tindakan Hafiz menyahaktif akaun Instagramnya sebelum ini juga menimbulkan spekulasi tentang kehilangannya dari dunia hiburan. Namun, peminat masih setia menyokong dan menantikan kemunculannya semula.






Sebagai artis yang pernah melalui jatuh bangun dalam industri, Adira menekankan betapa pentingnya sokongan moral dan semangat juang untuk terus bertahan.


Bakat Hafiz yang diakui ramai tidak seharusnya disia-siakan, dan dengan dorongan serta sokongan, diharapkan Hafiz akan kembali mempersembahkan karya-karya hebatnya dalam industri muzik tanah air.


Sumber : Murai.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2024 09:11 AM | Show all posts
kau down bukan sebab talent2 baru, kau down sebab gatal bijik menyondol jantan kawah bulan merah tu...siap kawin lari lagi... dah elok2 tengah mendoniaaaa lagu awan dania..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 01:34 PM | Show all posts
lawanya adira and full of fame before dato redflag tu muncul. yih!
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 02:02 PM | Show all posts
hapiz ni ex boifren sheols kan? masa nak aktif nyanyi balik lepas kawen tu duet olak dgn hafiz. tu yg laki tak bg mendonia tu. kalo bole duk rumah je hadap laki scammer tu. kenyang bg anak2 makan duit scam
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
sepadan jer korang berdua.. sila berduet banyak2
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp batch yg top same2 ngan apiz mmg da sendu sikit semuanya—akem, azama, black, tumuk.. lepas pkp jd mcmni.. taken over by bbnus yg cuter.. tp bila sampai musimnya balik nanti, maybe batch ni akan in demand balik. But for now, sbb visual factor kot, acik2 dah move on.. tp kalo ade lagu sedap, bleh je dgr dek. Just sabar tp mmg jgn harap ngetop mcm dulu, nanti jd patiah latep.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2024 03:03 PM | Show all posts
Dah Adira plak jadi jurucakap. Hafiz kalau tak nak kena speku bukan2, boleh je bagi tahu hal sebenar atau dok la dendiam mancing je.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau betul2 dia sakit harap dia berubat & semoga dipermudahkan
sbb nampak kecut sangat tgk pic kata atas tu
kalau dia mmg amik brg tu tepuk dahi je la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2024 04:27 PM | Show all posts
pengurus die kt nova kata dorg ada projek single baru utk dia
tp tu lah manager sendiri pun tak nk kontek alasan die tgh bercuti
bila die bercuti, xnk diganggu

acaner tu

tp dlm statement adira 2 bln lps dorg ada show sama2
so rsnya job show yg xberapa ada tu die pegi je
despite his physical condition yg dah lain tu


Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 11:06 PM | Show all posts
tgh jiwa kacau ke hafiz...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Untunglah sakit slip disc jadi kurus. Mokcik ni pun slip disc, dah 2 kali masuk hospital tapi tak kurus kurus pun
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 04:41 PM | Show all posts
linb replied at 11-6-2024 09:33 AM
Untunglah sakit slip disc jadi kurus. Mokcik ni pun slip disc, dah 2 kali masuk hospital tapi tak ku ...

kannnnnnnn....dalam family aku ada je yg kena slip dics...tak kurus punn....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ternampak lalu dkt tt xtau la acc sahih wife dia ke x tp tulis dia ni panas baran?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.053220 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list