View: 5256|Reply: 5
|
“Saya pun kadang-kadang terlajak, terlambat, tertinggal" - Pernah Tertinggal Solat, Mira Filzah Akui Masih Dalam Fasa Menjaga Ibadah
[Copy link]
|
|
Pelakon terkenal Mira Filzah, atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 31, baru-baru ini mengakui bahawa dia masih dalam fasa menjaga ibadah dengan sempurna, terutamanya dalam melengkapkan solat lima waktu sehari.
Pengakuan ikhlas ini memperlihatkan sisi kerendahan hati Mira yang tidak segan untuk berkongsi cabaran yang dihadapinya sebagai seorang Muslim.
Dalam satu hantaran di Instagram Story, Mira mengungkapkan bahawa dia, seperti insan biasa lain, kadang-kadang terlambat atau tertinggal solat.
“Saya pun kadang-kadang terlajak, terlambat, tertinggal, terpaksa qada’ (ganti) dan sebagainya. Tapi kita sama-sama perbaikilah. Yang penting usaha, buat juga,” tulisnya.
Ibu kepada seorang cahaya mata ini berkongsi pengalamannya menjaga ibadah selepas menerima pertanyaan daripada seorang pengikut mengenai pendekatan yang dilakukannya untuk memastikan solat lima waktu sehari dijaga dengan baik.
Mira menekankan bahawa menjadikan solat sebagai rutin harian adalah kunci untuk memastikan ibadah ini dilaksanakan dengan konsisten.
“Macam mana ya nak cakap. Bila anda lakukan solat seperti rutin harian, anda akan terbiasa dan rasa pelik atau janggal sekiranya tidak buat. Contoh, anda bangun pagi keluar pergi kerja tak gosok gigi, tak boleh kan?” ujarnya, memberikan analogi yang mudah difahami oleh semua.
Mira, yang dikenali melalui drama rantaian Lelaki Kiriman Tuhan, menjelaskan bahawa apabila seseorang itu menjadikan sembahyang sebagai satu kebiasaan, mereka akan berasa tidak selesa jika rukun Islam kedua ini ditinggalkan begitu sahaja.
Pengalaman ini adalah satu refleksi betapa pentingnya disiplin dalam menjalani kehidupan seharian sebagai seorang Muslim.
Sumber : Murai.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni kalau bercerita, tak membosankan tak sah |
|
|
|
|
|
|
|
Omg berapa umur laki dia
Beruban mcm 50an
Bapak mighra lagi npk muda helok
|
|
|
|
|
|
|
|
ok nasib baik ada penerangan yg dia menjawab Q&A follower. kalo tak, rasa nak maki gak apsal benda camni pon masuk artikel. sbb takde sape expect dia ni ustazah lah. mana2 retis bertudung aku tak expect pon lah solat mcm mukminah sejati. korang same je mcm kitorang2. tololwers pon tak payah nak high expectation sgt |
|
|
|
|
|
|
|
punya bodoh ko smayang tak smayang cerite kat orang... nak kate bimbo.. muka biasher2.. kah kah kah |
|
|
|
|
|
|
| |
|