CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19721|Reply: 1

Duit adalah duit, Chef Wan ‘berhabis’ bersedekah

 Close [Copy link]
Post time 28-7-2024 11:51 AM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA – Mengutamakan keseimbangan dunia dan akhirat, cef selebriti Datuk Chef Wan tidak kisah berkongsi rezeki bukan hanya dengan ahli kekuarga terdekat bahkan pesakit kanser.

Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail, 66, berkata selepas pemergian ibu mereka, Allahyarham Noraini Abdullah awal tahun lalu, beliau berharap dapat menjaga insan disekelilingnya.

“Adik beradik pun saya bagi elaun. Seorang yang RM3,000, seorang RM2,000, macam duit pencen. Semua orang dapat.

Selepas ibu saya meninggal, bekas isteri saya semua dapat (elaun). Adik beradik semua saya jaga.

“Pada saya, saya seorang yang seimbang. Duit adalah duit. Tadi cef saya pun cakap untuk kanser, ‘banyak cef bagi dana tahun ini’ saya kata, ‘tak apalah, sedekah’,” katanya dalam perkongsian di TikTok.

Semangat kekeluargaan juga menjadi keutamaannya apabila ingin lebih kerap berkumpul dengan seisi keluarga terutama pada sambutan hari istimewa.

“Mereka dah difahamkan gaya hidup saya yang sibuk, jadi kalau saya tiada pun adik-beradiknya saya boleh datang ke sini (restoran) menjamu selera,” kongsinya.

Pada masa sama, bapa kepada dua anak itu turut menyatakan. lebih baik mengutamakan kebajikan dengan individu terdekat serta mereka yang memerlukan.

Ujar Chef Wan, tidak akan habis harta seseorang dengan bersedekah yang juga tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.

“Biar kita mati miskin, biar kurang harta tapi kita lebihkan kebajikan. Pada akhirnya bukan tanya berapa rumah yang awak ada kan? Ada lima biji rumah, nak buat apa banyak rumah?,” ujarnya.

Akui personaliti masakan tersohor di arena antarabangsa itu, pada usia ini dia enggan lagi memikirkan hal duniawi termasuk menambah hartanah.

“Anak semua dah ada dah bahagian masing-masing, cukuplah. Tak payah beli rumah lagi dah. Duit itu lebih baik pergi mengembara, bagi kebajikan mana yang perlu.

“Kena (beri) rumah kebajikan yang betul-betul. Orang-orang susah, cacat, autistik, buta, rumah orang tua-tua,” katanya.

Sekitar Ogos tahun lalu Chef Wan didiagnos kanser limfoma, begitu juga arwah ibunya namun semangat insan tercinta melawan sel barah menyuntik semangat juangnya melalui sesi kemoterapi sehingga sembuh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2024 01:19 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ramai pembeli komplen, jeruk keluaran Aliff Syukri berlendir basi
maklukpenggodaRamai pembeli komplen, jeruk keluaran Al
Views : 30961 Replies : 72
Amira Othman terima notifikasi Fattah?
RalineAmira Othman terima notifikasi Fattah?
Views : 26162 Replies : 10
Isteri Hafidz Roshdi dah selamat beranak
RalineIsteri Hafidz Roshdi dah selamat beranak
Views : 21087 Replies : 82
“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu” – Aliff Syukri Menyesal Bina Rumah Besar
Raline“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu
Views : 27520 Replies : 84
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 161037 Replies : 2452
Pelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai ‘rumah busuk’ Aiman Tino sudah meningkat
RalinePelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai
Views : 2409 Replies : 5
Risau bersendirian?
En.KyaireyRisau bersendirian?
Views : 3481 Replies : 17
Masak guna ajinomoto
budi_jentayuMasak guna ajinomoto
Views : 19928 Replies : 92
Hensem boy
CariMalayHensem boy
Views : 3763 Replies : 26
Tak Sangka Mengandung Time PKP
Lavender85Tak Sangka Mengandung Time PKP
Views : 3322 Replies : 28

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.110270 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list