Antara pengunjung yang hadir menyaksikan konsert tersebut.
SIBU: Ribuan pengunjung serta warga Sibu telah hadir pada Konsert Ambang Merdeka yang berlangsung di Dataran Tun Tuanku Bujang sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak 2024 pada malam Jumaat.
Konsert diserikan dengan persembahan Etnik Kreatif khususnya seni tarian Iban sebelum dihiburkan dengan persembahan artis-artis tempatan antaranya Rickie Andrewson.
Penampilan Baby Shima turut mengamatkan suasana yang menjadi tumpuan pada konsert tersebut.
Hadir menyerikan majlis tersebut ialah Menteri di Jabatan Premier Sarawak selaku Menteri Bertanggungjawab Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak 2024, Dato Sri John Sikie Tayai.
Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala, Timbalan-Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Penguang Manggil dan Datuk Micheal Tiang Ming Tee, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Datuk Jefferson Jamit Unyat, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee dan Residen Bahagian Sibu Abang Mohamad Porkan Abang Budiman.
|