CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52626|Reply: 0

[Sarawak] Kes gaduh di Padungan: Polis terima dua laporan

[Copy link]
Post time 1-9-2024 06:01 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Polis mengesahkan telah menerima dua laporan berhubung kes pergaduhan di tepi jalan bulatan Padungan, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya dua laporan terbabit dibuat di Balai Polis Sekama, Kuching pada 2.53 petang.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching telah berjumpa dan menjalankan siasatan terhadap kedua-dua individu tersebut.

"Hasil siasatan lanjut mendapati laporan tersebut berkait dengan satu video tular berdurasi 43 saat dari laman sosial media.

"Video tersebut berhubung kejadian pergaduhan yang melibatkan dua lelaki tempatan di Jalan Padungan pada 30 ogos jam lebih kurang 2.10 petang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujarnya, kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh dua atau lebih menganggu ketenteraman awam dengan bergaduh ditempat awam).

Seksyen terbabit, jelasnya memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai enam bulan atau denda yang boleh sampai RM1,000 atau kedua-duanya.

Sehubungan itu, Farhan berkata, pihaknya berharap kerjasama orang ramai untuk tampil menyalurkan maklumat berkaitan kejadian berkenaan.

Menurutnya, orang ramai boleh berhubung dengan Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-244444 atau mana-mana balai polis berhampiran.

"Orang ramai juga boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Delvin Goh a/k Dzul di talian 014-9080039," katanya.

Beliau pada yang sama mengingatkan agar orang ramai agar tidak mengambil tindakan sesuka hati sekiranya berlaku insiden tidak diingini.

"Sebarang kesalahan lalu lintas perlu lapor kepada pihak polis untuk diambil tindakan mengikut undang-undang yang ada.

"Tndakan tegas akan diambil kepada pihak yang mengambil tindakan di luar batasan undang-undang," tambah Farhan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.116503 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list