Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Sarikei baharu terletak di Jalan Seng Lee, Sarikei mulai beroperasi hari ini.
SARIKEI: Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak (PSS) Bahagian Sarikei baharu terletak di Jalan Seng Lee di sini dibuka kepada orang ramai bermula hari ini. PSS tersebut mempunyai 12 tingkat dan menempatkan beberapa pejabat kerajaan.
Di Aras 1, ia menyediakan perkhidmatan Kaunter Perkhidmatan Jabatan dan kafeteria.
Aras 2 ialah Pejabat Daerah Sarikei, Mahkamah Bumiputera, Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Bahagian Sarikei, Pejabat Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Bahagian Sarikei dan Majlis Seni Sarawak Bahagian Sarikei.
Di Aras 3 menempatkan dewan serba guna, bilik mesyuarat, gimnasium dan surau manakala Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Sarikei berada di Aras 4.
Untuk Aras 5 ialah Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sarikei (Seksyen Pembangunan dan Seksyen Kontrak) dan Pejabat Hutan Wilayah Sarawak.
Di Aras 6 terdapat dua pejabat iaitu Pejabat Jabatan Pertanian Bahagian Sarikei dan Pejabat Perbendaharaan Sarawak Bahagian Sarikei.
Pejabat Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Sarikei berada di Aras 7 manakala di Aras 8 ialah Pejabat JKR, Aras 9, Aras 10 dan Aras 11 adalah untuk Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sarikei.
Pejabat Residen Bahagian Sarikei berada di Aras 11 dan Aras 12.
PSS Sarikei merupakan pusat ketujuh di Sarawak dan beroperasi pada waktu pejabat dari Isnin hingga Jumaat serta tutup pada hujung minggu dan cuti umum.
|