CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33029|Reply: 0

[Sarawak] Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan cari ibu kandung Nur Amira

[Copy link]
Post time 3-9-2024 09:39 PM | Show all posts |Read mode


NUR AMIRA
KUCHING: Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan mencari ibu kandung seorang kanak-kanak, Nur Amira Batrisya Abdullah.

Menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Penerangan Bahagian Samarahan hari ini, kanak-kanak yang berumur dua tahun itu kini berada di bawah jagaan Unit Perlindungan Kanak-Kanak.

Pejabat Kebajikan Masyarakat Samarahan mengenal pasti ibu kandung Nur Amira sebagai Siti Rohaya Abdullah.

Berdasarkan rekod jabatan itu, Siti Rohaya meninggalkan Nur Amira, yang akhirnya menyebabkan kanak-kanak itu berada di bawah jagaan neneknya yang sudah tua dan uzur.

Jabatan itu menambah, Siti Rohaya meninggalkan rumah tanpa memberitahu ahli keluarganya tentang keberadaannya.

Kes itu katanya disiasat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Jabatan itu merayu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Siti Rohaya supaya segera menghubungi Nurkhuzaimah Abdullah di talian 082-671191.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.183833 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list