CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35070|Reply: 0

[Sarawak] Sisa, serpihan balak hanyut ancam WIP loji rawatan air di Balai Ringin

[Copy link]
Post time 3-9-2024 09:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 3-9-2024 01:56 PM



Foto menunjukkan NREB dan kakitangan pihak berkuasa lain menilai keadaan di sungai berkenaan.

KUCHING: Keadaan sisa dan serpihan balak yang hanyut serta terapung akan mengancam water intake point (WIP) di Balai Ringin, kata Datuk Snowdan Lawan.   

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin itu mendedahkan bahawa punca tersebut dikenal pasti oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB).

"Pembersihan tapak sebelum ini oleh sebuah syarikat perladangan di hulu Sungai Krangan, Balai Ringin telah menyebabkan serpihan terapung, kayu dan balak telah hanyut di sungai itu selepas hujan lebat," kata NREB dalam laporannya yang dikongsi oleh Snowdan.

Jelasnya, keadaan ini akan mengancam WIP yang akan membekalkan air ke loji rawatan di kawasan terbabit.



Foto menunjukkan sisa dan serpihan balak yang hanyut serta terapung berhampiran WIP Balai Ringin.


"Ini amat membimbangkan kerana mengancam WIP yang membekalkan air ke loji rawatan air di Balai Ringin,” katanya selepas menerima laporan pegawai NREB yang memeriksa keadaan di kawasan itu pada 31 Ogos lalu.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan itu berkata, NREB melaporkan bahawa sebahagian fasa 2 kawasan ladang melibatkan kawasan tadahan air pada radius lapan kilometer dari WIP.

Jelasnya, NREB telah bertindak berikutan aduan penduduk kampung di kawasan sekitar terutama di Kampung Melayu Balai Ringin.

Snowdan berkata, penduduk kampung pada mulanya melaporkan perkara itu kepada Pegawai Tadbir Daerah Kecil Balai Ringin Mohamad Adam Abdullah.

"Sungai ini menjadi saluran penting bagi penduduk kampung seperti nelayan yang menjadikan ia sebagai sumber pendapatan dan mengangkut hasil tangkapan mereka ke pekan Balai Ringin setiap hari.

"Kini mereka tidak dapat melakukannya di mana kesesakan ini sudah tentu menjejaskan kehidupan harian mereka.   

"Jika keadaan sisa ini terus menyekat aliran sungai, ia mungkin menyebabkan banjir di kawasan penempatan rendah iaitu yang berhampiran dengan tanaman penduduk kampung," kata Snowdan.  

Beliau berkata NREB juga telah menunjukkan bahawa beberapa kawasan penanaman telah ditenggelami banjir akibat aliran sungai yang tidak teratur.   

“Gambar dan video yang disediakan oleh pegawai NREB menunjukkan kawasan itu telah dinaiki air.

“Oleh itu, saya menggesa pihak yang berkenaan supaya bertindak menangani masalah yang menyebabkan berlakunya kesesakan ini.

"Ini memberi kesan kepada masyarakat berhampiran yang terpaksa menanggung musibah tersebut. Pihak bertanggungjawab perlu mencegahnya daripada berulang," tegasnya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.040157 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list