CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36349|Reply: 0

[Sabah] JKDM Sabah gagalkan cubaan seludup 20.3 kilogram syabu

[Copy link]
Post time 4-9-2024 05:51 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Siti dan pegawainya menunjukkan rampasan dadah semasa sidang media di sini.
KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya merampas 20.3 kilogram dadah jenis Methamphetamine dalam satu operasi di sebuah syarikat kargo udara di sini 30 Ogos lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Sabah Siti Mang berkata, rampasan dadah bernilai RM649,440 itu dilakukan hasil maklumat daripada pegawai Kastam Kargo Udara, Pasukan Cawangan Narkotik Zon Sabah selepas mengesan satu bungkusan yang disyaki mengandungi dadah berbahaya.

“Hasil pemeriksaan terhadap bungkusan itu terdapat 20 bungkusan plastik kuning keemasan disyaki mengandungi dadah berbahaya.

“Pemeriksaan lanjut bagi 20 bungkusan itu menemukan sejumlah dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan berat kasar 20,295 gram dianggarkan bernilai RM649,440.

“Kesemua dadah itu dibungkus menggunakan plastik berwarna kuning keemasan jenama Guanyingwang, dipercayai untuk mengelirukan pihak berkuasa,” katanya dalam sidang media di Menara Kastam Sabah di sini.

Beliau berkata, modus operandi (MO) bagi kes ini adalah menggunakan bungkusan plastik berwarna kuning keemasan jenama Guanyingwang, yang diseludup masuk ke dalam negara melalui kargo udara.

“Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mandatori atau penjara seumur hidup sekiranya sabit kesalahan.

“Kita juga sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengesan sebarang rangkaian sindiket yang lebih besar dan memastikan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang terlibat.

“Oleh itu kita meminta orang ramai agar membantu pihak JKDM membanteras jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, merkuri, dadah, kenderaan dan lain-lain serta dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti ini,” katanya.

Tambahnya, penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi keputusan, malah turut mendatangkan ancaman keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Beri kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri.

“Pihak JKDM juga memberi jaminan bahawa identiti pemberi maklumat adalah dirahsiakan,” katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.057142 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list