CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10152|Reply: 0

[Sabah] 11 individu termasuk warga Malaysia ditahan di perairan Filipina selepas bot pelancong tersasar

[Copy link]
Post time 5-9-2024 01:20 PM | Show all posts |Read mode


TAHAN: Tangkap layar penahanan kesemua individu yang dikeluarkan laman rasmi Kumpulan Kebangsaan Maritim Filipina (PNP).

TAWAU: Pihak berkuasa Filipina menahan 11  individu, membabitkan lapan warga China dan tiga rakyat Malaysia selepas disyaki memasuki perairan negara itu secara haram, Ahad lalu.

Memetik laporan yang dikeluarkan laman rasmi Kumpulan Maritim Filipina (PNP Maritime Group), kesemua individu itu ditahan Pihak Berkuasa Maritim, Tentera Laut Filipina dan Tentera Darat Filipina di perairan Sitangkai, Tawi-Tawi, Wilayah Selatan negara berkenaan.

Kesemua mereka tanpa dokumen yang sah didapati memasuki wilayah Filipina dengan menaiki dua bot laju.

“Difahamkan mereka adalah pelancong yang sedang bercuti di Semporna, Sabah, dan didakwa memancing di perairan Malaysia sebelum bot yang dinaiki tidak sengaja memasuki perairan Filipina.

“Kemasukan tanpa kebenaran sebagai warga asing ini adalah pelanggaran undang-undang Imigresen dan Maritim Filipina.

“Sebagai langkah pematuham prosedur operasi standard (SOP) kesemua warga asing dan kapal akan dibawa ke Ibu Pejabat Kompeni Marin ke-24 di Panglima Alari, Sitangkai, Tawi-Tawi sebelum dipindahkan ke Bongao, Tawi-Tawi untuk proses siasatan dan dokumentasi oleh Biro Imigresen (BI),” katanya.

Menurutnya, Kumpulan Maritim PNP memandang serius menjaga keamaman sempadan sempadan maritim negara dan memastikan semua individu yang memasuki Filipina mempunyai dokumen dan proses yang betul mengikut undang-undang negara berkenaan.

“Operasi ini adalah sebahagian daripada usaha Kumpulan Maritim PNP yang lebih teliti bagi Projek SALBABIDA, yang memberi tumpuan kepada perlindungan alam sekitar, pemuliharaan sumber dan pencegahan aktiviti haram termasuk kemasukan tanpa kebenaran ke negara ini.

“Kumpulan Maritim PNP, dengan kerjasama pihak berkuasa maritim lain akan terus berwaspada dalam menegakkan undang-undang Filipina dan menjaga kedaulatan negara,” katanya.

Difahamkan, sebaik sahaja diusir, kesemua 11 warga asing terbabit akan disenaraihitamkan dan dihalang daripada memasuki negara itu lagi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.513062 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list