CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12821|Reply: 0

[Sarawak] Warga emas mangsa insiden perlanggaran bot laju, perahu di Batang Oya dijumpai lemas

[Copy link]
Post time 5-9-2024 01:29 PM | Show all posts |Read mode




Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

MUKAH: Seorang lelaki warga emas yang hilang selepas insiden perlanggaran antara bot laju dan perahu di Batang Oya dekat sini Isnin lalu telah ditemui lemas tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dalat, DSP Saga Chunggat ketika mengesahkan perkara itu berkata mayat mangsa, Dos Katik, 81, ditemui terapung di Sungai Klid oleh penduduk tempatan, kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

"Mangsa dijumpai terapung oleh penduduk tempatan pada jam lebih kurang 12.30 tengah malam.

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Dalat dan seterusnya ke Hospital Mukah untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan memberitahu bahawa Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis (IPD) Dalat yang memaklumkan penemuan mayat pada jam 1.10 pagi.

Katanya, mangsa dijumpai terapung oleh cucu mangsa kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian pelanggaran bot.

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jeti Lebrasau dan diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Hospital Dalat bagi pengesahan kematian.

"Setelah proses pengesahan selesai, mayat dipindahkan ke Hospital Mukah untuk tindakan lanjut," tambah kenyataan itu.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada jam 4 pagi setelah mendapat maklumat penuh daripada anggota yang bertugas.

Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden itu.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.032744 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list