CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12905|Reply: 0

[Sarawak] Rumah tidak kekal di Kampung Jemoreng musnah terbakar

[Copy link]
Post time 5-9-2024 01:32 PM | Show all posts |Read mode




Anggota bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran membabitkan semuah rumah tidak kekal.

MATU: Sebuah rumah tidak kekal di Kampung Jemoreng, di sini, telah musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan sekitar jam 5 pagi dan mengerahkan pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro ke lokasi kejadian, yang terletak kira-kira 25 kilometer dari balai bomba tersebut.

"Setibanya di lokasi pada jam 5.25 pagi, didapati sebuah rumah tidak kekal bertiang dengan keluasan 20x30 kaki persegi telah terbakar 100 peratus.

"Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran hos sepanjang 300 kaki, cabang pembahagi dan dua aliran hos dengan dua nozel.

"Sumber air yang digunakan adalah daripada air parit di kawasan berhampiran kerana sumber air terhad dan jentera bomba tidak dapat memasuki kawasan kebakaran," ujar kenyataan tersebut.

Pasukan penyelamat berjaya mengawal kebakaran pada jam 5.50 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.50 pagi.

Selain itu, tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian ini.

Seramai lapan anggota dengan kekuatan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Fire Rescue Vehicle (FRV) telah terlibat dalam operasi ini.

Siasatan lanjut mengenai punca kebakaran sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.767608 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list