CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23238|Reply: 0

[Kedah] Beberapa kampung di daerah Sik dilanda banjir kilat

[Copy link]
Post time 1-10-2024 10:23 AM | Show all posts |Read mode
Beberapa kampung di daerah Sik dilanda banjir kilat


Zuliaty Zulkiffli[email protected]







ANTARA kawasan terjejas banjir kilat di Sik. FOTO Ihsan APM





Sik: Hujan lebat hampir empat jam di daerah ini, malam tadi, menyebabkan beberapa kampung dinaiki air akibat banjir kilat.

Pegawai Pertahanan Awam Malaysia Daerah Sik, Leftenan (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, banjir kilat berlaku apabila air 'turun' di bahagian hulu akibat hujan lebat.

Beliau berkata, dalam pada itu, Pusat Kawalan Operasi APM Daerah Sik menerima panggilan kecemasan daripada penduduk kampung untuk menyelamatkan tiga sekeluarga di Kampung Charuk Tenang, selepas rumah mereka dinaiki air pada 10.17 malam.

"Kesemua mereka terperangkap dalam rumah dan bimbang paras air semakin naik disebabkan ketika itu masih hujan.

"Pasukan APM Sik kemudian tiba di kawasan kejadian dan mendapati air sedikit surut dan membantu memindahkan mangsa ke kawasan selamat," katanya di sini, hari ini.

Haisul Aisyah berkata, beberapa kampung lain iaitu Kampung Bendang Man, Kampung Chepir, Kampung Jerai di Hulu Sungai Chepir, serta Kampung Lubuk Tualang di Hulu Sungai Charuk Tebal, turut dinaiki air.

Beliau berkata, beberapa keluarga berpindah ke surau Kampung lalang dan tiga lagi keluarga ke Balai Islam Tanjung Belit.

"Setakat ini, tiada pusat pemindahan sementara dibuka di daerah ini," katanya.



Disiarkan pada: Oktober 1, 2024 @ 7:44am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1139528/beberapa-kampung-di-daerah-sik-dilanda-banjir-kilat





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.214543 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list