CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22431|Reply: 0

[Sarawak] Hospital Sibu hadapi masalah kondensasi berterusan

[Copy link]
Post time 1-10-2024 11:58 PM | Show all posts |Read mode
Insiden terbaharu berlaku di tingkat bawah, air menitik dari siling ke laluan antara Wad Bersalin dan Bilik Bedah



Hospital Sibu terus diselubungi masalah kondensasi berterusan yang memerlukan tindakan segera.

“Walaupun tanda amaran itu berguna, ia bukanlah penyelesaian sepenuhnya.”
Pengunjung

Oleh Andy Sabang

SIBU: Hospital Sibu sedang menghadapi masalah kondensasi yang berterusan, dengan insiden terbaharu berlaku di tingkat bawah, di mana air mula menitik dari siling ke atas laluan antara Wad Bersalin (Wad 5) dan Bilik Bedah (Wad 6).

Bagi menangani situasi tersebut, kakitangan hospital tersebut meletakkan beberapa baldi di lantai untuk menadah air menitik dan memasang tanda bertulis 'Pembersihan Sedang Dijalankan' bagi memberi amaran kepada pengunjung.

Namun kehadiran kulat di beberapa bahagian siling yang terjejas telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengunjung.

Seorang pengunjung yang namanya dirahsiakan menyatakan kebimbangan mengenai risiko keselamatan ditimbulkan akibat lantai basah.

“Walaupun tanda amaran itu berguna, ia bukanlah penyelesaian sepenuhnya.

“Orang ramai boleh tergelincir jika tidak berhati-hati, mungkin menyebabkan kecederaan.

“Saya berharap pengurusan hospital tersebut bertindak cepat untuk memperbaiki masalah ini dan mengelak sebarang kemalangan,” katanya.

Masalah kondensasi ini bukanlah isu baharu kerana turut berlaku di beberapa wad dalam hospital.

Baru-baru ini, Wad 26 (Pediatrik), Wad 11 (Pembedahan Wanita) dan Wad 17 (Ortopedik Wanita) juga melaporkan masalah serupa.

Isu ini pertama kali dibangkitkan pada 12 November tahun lalu, apabila seorang individu melaporkan air menitik dari siling di Wad 26 berserta pertumbuhan kulat.

Sebagai respons kepada kebimbangan semakin meningkat, Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman Awang Sauni melawat Hospital Sibu pada 14 November 2023 dan mengumumkan kerajaan persekutuan meluluskan RM2 juta untuk pembaikan siling terjejas.

Setakat 28 Mei tahun ini, Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Sibu Michael Lee menyatakan hospital tersebut menunggu perintah pelaksanaan untuk memulakan pembaikan di Wad 26 bagi menyelesaikan isu kondensasi berterusan.

Namun dengan situasi ini terus memberi kesan kepada operasi harian dan keselamatan pengunjung, tindakan segera sangat diperlukan untuk memastikan kesejahteraan pesakit dan pengunjung.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.046513 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list